AZRIZAINALABIDIN Artikal 80 - Panjang 3428 Kita tahu tujuan hidup ini seperti yang telah di nyatakan di dalam Quran. Bila kita sudah berada di jalan yang lurus, yang benar, dan ada Quran sebagai panduan jelas, kita lihat progress kita. Biar sedikit asalkan ada progress. Ikut kemampuan. Terus melatih diri. Utamakan yang utama. Sejauh mana sudah perjalanan kita. Apa yang telah kita lakukan. Harap anda tidak lupa bahawa jauh sudah perjalanan atau baru bermula, yang penting anda sudah berada on the road, jalan yang lurus, jalan yang benar, ia penting kerana salah jalan anda tak akan sampai ke destinasi, bila jalan betul, lambat laun sampai juga. Ramai-ramai ikut jalan yang sama, pasti ada yang sudah jauh di hadapan, ada yang tertinggal jauh di belakang, dan ada yang baru hendak bermula. Setiap individu punyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Punya kadar usaha yang berbeza bergantung kepada kesungguhan individu. Menilai sesama individu banyak menyasar dari ketepatan, Hanya Allah...