Kolam jiwa
AZRIZAINALABIDIN
Artikal 82 - Panjang 2681
Ketika anda sedang membaca content ini, sedarkah anda betapa bertuahnya anda? Anda punyai daya penglihatan, lantas anda boleh melihat, boleh membaca. Anda terlupa nak menghargai perkara yang dah biasa anda nikmati. Sebaliknya anda merasa kurang bertuah kerana terlalu banyak perkara yang anda belum miliki. Tahukah anda, si kaya masih rasakan diri mereka belum temui kegembiraan. Begitu juga si cantik dan si sihat. Mengapa?
Walau apa pun yang anda miliki jika anda tidak hargai apa yang sedang anda miliki dan asyik menginginkan kepada perkara yang belum anda miliki anda tidak akan temui kegembiraan. Menghargai apa yang anda miliki adalah jaminan rasa kegembiraan yang anda perolehi serta merta. Sebaliknya melupakan untuk menghargai apa yang anda miliki dan asyik kepada perkara yang belum anda miliki hanya mengisi kolam jiwa anda dengan kedukaan sedangkan anda boleh penuhinya dengan kegembiraan.
Penting untuk memastikan anda sentiasa gembira kerana kegembiraan bukan sahaja akan membuatkan diri anda gembira, malah insan yang melihat anda turut rasa gembira. Bila anda gembira dan dikelilingi oleh insan yang turut gembira, ia membuatkan anda rasa cukup, rasa puas. Anda tak perlu yang lain yang anda belum dapat untuk rasa gembira. Walaupun perkara yang anda dah biasa nikmati, namun anda masih perlu untuk hargainya. Itu sahaja yang anda ada. Kecil atau besar, banyak atau sedikit, realitinya begitu, ia memberi makna buat anda, penting buat anda.
Pernah terjadi dalam hidup anda, apa yang anda rasakan tidak baik buat anda, terjadi dalam hidup anda, namun akhirnya ternyata perkara yang tidak baik tersebut sebenarnya baik buat anda. atau pernah terjadi dalam hidup anda, apa yang anda rasakan baik buat anda, terjadi dalam hidup anda, namun akhirnya ternyata perkara yang anda sangka baik tersebut sebenarnya tidak baik buat anda.
Jelas menghargai apa yang anda dah biasa nikmati akan memberikan anda kegembiraan. Ironinya "biasa" itu kini memiliki kelebihannya yang tersendiri. Jangan dibiarkan kolam jiwa anda diganti dan diisikan dengan kedukaan sedangkan ianya boleh diisi dengan kegembiraan cukup sekadar perkara yang dah "biasa" anda nikmati.
SETERUSNYA
Pragmatik

Quran 2:82
"Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya."
"But they who believe and do righteous deeds - those are the companions of Paradise; they will abide therein eternally."
Kefahaman AZA
"Pembalasan setimpal pasti akan Allah laksanakan"
LABEL
Pragmatik
SEBELUMNYA