Ingat
AZRIZAINALABIDIN
Artikal 76 - Panjang 4927
Banyak perkara seharian yang kita ingati tapi jika kita mengingati Allah, pasti kita juga akan ingat hukum dan undang-undang yang telah dinyatakan secara jelas dalam Quran agar boleh kita rujuk dari masa ke semasa. Bukankah sempurna sesuatu agama itu apabila ada kitab yang boleh di rujuk? Bukankah kebenaran itu terbukti apabila tidak ada satu pun dari ayat-ayat Quran itu salah.
Undang-undang dan hukum yang dicipta oleh manusia terdapat pelbagai kelemahan dan percanggahan yang terpaksa dirombak dari masa ke semasa. Berbanding hukum dan undang-undang yang Allah telah tetapkan menyebabkan satu dunia dapat bersatu merujuk kepada Quran yang tidak pernah berubah walau sebaris ayat. Menariknya Allah sendiri menjanjikan bahawa tiada siapa yang dapat mengubah Quran kerana Dia sendiri akan memeliharanya.
Bertambah menarik, apabila seseorang individu itu ingat kepada Allah, individu itu menjaga tingkah laku walau ketika tiada mata yang memandang.
Puasa itu sendiri diwajibkan ke atas umat Islam di bulan Ramadhan agar umat Islam dapat mempersiapkan diri dengan latihan mengawal diri. Walaupun mereka punya makanan dan minuman, mereka tahan diri mereka dari makan dan minum. Setelah habis sebulan berpuasa, dapat anda bayangkan adakah isu makan dan minum itu masih lagi asing buat mereka? Bagaimana seseorang individu itu dibentuk setelah sebulan menjalani latihan berpuasa?
Banyak yang diajarkan dalam Quran mengenai pelbagai perkara. Apa yang diajar, hanya dapat diketahui jika tahu maksud ayat Quran yang dalam bahasa Arab. Menariknya, kitab untuk panduan ajaran islam ini tidak dihalang untuk dibaca oleh bukan Muslim juga. Berbanding sebilangan manusia yang cenderung merahsiakan ilmu yang mereka miliki tidak dikongsikan walau bermanfaat untuk manusia sejagat.
Bertambah menarik, tiada istilah terlambat untuk siapa sahaja, samada yang Islam atau bukan islam untuk mengakui Allah Tuhan yang satu, menuruti perintahNya dan menjauhi laranganNya. Masing-masing berpeluang untuk mendapatkan syurga yang Allah janjikan selagi masih bernyawa untuk kembali kepada kebenaran.
Bukan sahaja terbukti berkurun lamanya Quran itu terpelihara malah antara content Quran itu sendiri dibuktikan secara sainstifik oleh cerdik pandai ahli sains dari masa ke semasa. Siapakah yang mampu menyatakan seperti Quran? Paling menarik, mengetahui ilmu Quran dari Allah. Bukan dari manusia yang mengarang mana-mana buku. Lihat sahaja sekeliling. Siapa yang menciptakan langit? Bayangkan apakah ilmu yang terkandung dalam Quran dari yang menciptakan langit seluas mata memandang. Bagaimana alam ini begitu unik dengan pertukaran malam dan siang. Kehebatan Pencipta ini mencurahkan ilmu untuk kita di dalam Quran.
Jelas, Islam itu untuk semua. Siapa sahaja yang mahu mengikuti kebenaran. Islam bukan milik sesiapa. Mana-mana individu yang ingin mengikuti kebenaran, percaya kepada Allah, boleh sahaja mengikuti ajaran Islam selagi masih bernafas. Menurut sahaja apa yang Allah suruh sudah terbukti memberi manfaat kepada Muslim dan bukan Muslim, malah Allah janjikan pula akan membalas dengan kebaikkan jika ada individu yang menuruti suruhanNya dan menjauhi laranganNya.
Jauh sangat beza janji manusia berbanding janji Allah. Bila manusia berjanji, berdepan pula dengan masalah yang tidak dapat dielakkan, maka janji tanpa sengaja tidak dapat dikotakan. Sedangkan Allah menciptakan bumi yang terapung, pasti mudah sahaja bagi Allah untuk mengotakan janjiNya. Masih lagikah kita merasakan diri kita cukup pandai menafikan Allah? Bila tiba hari pembalasan, kebenaran sekali lagi akan dibuktikan. Selagi masih bernyawa peluang untuk kembali kepada kebenaran sentiasa terbuka. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun.
Tidakkah kita rasa tersentuh dengan "Maha Pengampun" setelah apa yang kita lakukan selama ini?
SETERUSNYA
Alignment

Quran 2:76
"Dan apabila mereka (orang-orang Yahudi pada zaman Rasulullah) bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: "Kami telah beriman"; dan apabila mereka berjumpa sesama sendiri, mereka berkata: "Patutkah kamu ceritakan kepada mereka (orang-orang Islam) dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah kepada kamu (di dalam Kitab Taurat mengenai kebenaran Nabi Muhammad) untuk menjadikannya hujah (bukti) yang dapat mengalahkah kamu di sisi Tuhan kamu? Tidakkah kamu berakal?"
"And when they meet those who believe, they say, "We have believed"; but when they are alone with one another, they say, "Do you talk to them about what Allah has revealed to you so they can argue with you about it before your Lord?" Then will you not reason?"
Kefahaman AZA
"Hati yang telah keras bukan sahaja sukar untuk dilembutkan tetapi akan membuatkan manusia semakin jauh dari Allah"
LABEL
Alignment
SEBELUMNYA