Manufacturing
AZRIZAINALABIDIN
Artikal 58 - Panjang 3366
Perniagaan yang bergantung kepada hasil pengeluaran produk, tentunya sentiasa ingin memperbaiki tahap pencapaian pengeluaran.
Jika hari ini berjaya mencapai 1,000 unit sehari, pada masa mendatang menyasarkan pula untuk dapat lebih lagi. Kejayaan perniagaan mestilah tidak mengabaikan pekerja.
Bukankah jelas jika kerja yang tidak dapat diselesaikan dari jam 9 pagi hingga jam 5 petang menggambarkan beban kerja yang berlebihan? Sehinggakan kerja tersebut memerlukan kerja lebih masa untuk sasaran dicapai. Kerja di bahagian pengurusan tidak sama dengan bekerja secara terus dengan conveyor. Individu yang bekerja dengan conveyor memerlukan seseorang untuk mengambil alih tugas mereka bila sahaja mereka ingin ke tandas. Jauh sangat beza bekerja dengan bukan conveyor.
Kerja lebih masa tidak diperlukan sekiranya perniagaan menambah pekerja. Jika bekerja dengan conveyor memerlukan 10 individu dari jam 9 pagi hingga jam 5 petang, maka 10 individu yang lain akan manyambung sasaran yang ingin dicapai dari jam 5 petang hingga jam 1 pagi. Jika masih tidak cukup mencapai sasaran yang ingin dicapai, maka 10 individu yang lain akan manyambung sasaran yang ingin dicapai dari jam 1 pagi hingga jam 9 pagi. Jika masih tak cukup untuk mencapai sasaran harian walaupun setelah 24 conveyor berjalan tanpa henti, maka conveyor baru perlu di wujudkan dengan pertambahan pekerja. Senario sebegini dapat menjaga kadar waktu 8 jam sahaja sehari untuk setiap individu bekerja.
Berjaya mencapai sasaran biarlah turut berjaya menjaga pekerja. "Karoshi" adalah istilah bagi kematian yang disebabkan kerja yang berlebihan di Jepun. Bukankah kerja 8 jam sudah cukup memenatkan individu? Sebagai pekerja, kita suka melihat syarikat di mana kita bekerja, berkembang maju. Kita tidak mahu melihat ada antara rakan sekerja yang sakit-sakit disebabkan "karoshi".
Kerja lebih masa memerlukan kawalan undang-undang untuk membataskan kadar kerja lebih masa yang dibenarkan bagi setiap individu. Manakala perniagaan tidak mengabaikan pekerja dalam usaha untuk mencapai sasaran pengeluaran. Pertambahan pekerja, conveyor, mesin dan segala yang berkaitan diperlukan seiring dengan pencapaian perniagaan.
"Dan (kenangkanlah) ketika Kami berfirman: "Masuklah kamu ke bandar ini, kemudian makanlah dari benda-benda yang ada di dalamnya dengan sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu sukai. Dan masuklah kamu melalui pintunya dengan tunduk (merendah diri); dan (mintalah ampun dengan) berkata: ' Ya Allah ampunilah dosa kami '; supaya kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu, dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik"
"And [recall] when We said, "Enter this city and eat from it wherever you will in [ease and] abundance, and enter the gate bowing humbly and say, 'Relieve us of our burdens.' We will [then] forgive your sins for you, and We will increase the doers of good [in goodness and reward]."
"Tiada istilah rugi bila buat apa yang Allah suruh dan jauhi apa yang Allah larang. Tinggal lagi bagaimana cara kita berfikir atau melihat agar kita tidak semakin jauh dari Allah"
Bagaimana untuk dapat kegembiraan
Artikal 58 - Panjang 3366
Perniagaan yang bergantung kepada hasil pengeluaran produk, tentunya sentiasa ingin memperbaiki tahap pencapaian pengeluaran.
Jika hari ini berjaya mencapai 1,000 unit sehari, pada masa mendatang menyasarkan pula untuk dapat lebih lagi. Kejayaan perniagaan mestilah tidak mengabaikan pekerja.
Bagaimana setiap pencapaian dicapai?
Kerja lebih masa tidak diperlukan sekiranya perniagaan menambah pekerja. Jika bekerja dengan conveyor memerlukan 10 individu dari jam 9 pagi hingga jam 5 petang, maka 10 individu yang lain akan manyambung sasaran yang ingin dicapai dari jam 5 petang hingga jam 1 pagi. Jika masih tidak cukup mencapai sasaran yang ingin dicapai, maka 10 individu yang lain akan manyambung sasaran yang ingin dicapai dari jam 1 pagi hingga jam 9 pagi. Jika masih tak cukup untuk mencapai sasaran harian walaupun setelah 24 conveyor berjalan tanpa henti, maka conveyor baru perlu di wujudkan dengan pertambahan pekerja. Senario sebegini dapat menjaga kadar waktu 8 jam sahaja sehari untuk setiap individu bekerja.
Apakah impak disebalik setiap kejayaan pencapaian?
Kerja lebih masa memerlukan kawalan undang-undang untuk membataskan kadar kerja lebih masa yang dibenarkan bagi setiap individu. Manakala perniagaan tidak mengabaikan pekerja dalam usaha untuk mencapai sasaran pengeluaran. Pertambahan pekerja, conveyor, mesin dan segala yang berkaitan diperlukan seiring dengan pencapaian perniagaan.
QURAN 2:58
"And [recall] when We said, "Enter this city and eat from it wherever you will in [ease and] abundance, and enter the gate bowing humbly and say, 'Relieve us of our burdens.' We will [then] forgive your sins for you, and We will increase the doers of good [in goodness and reward]."
KEFAHAMAN AZA
LABEL
SETERUSNYA
SEBELUMNYA