Buruk baik marah

AZRIZAINALABIDIN
Artikal 60 - Panjang 5752
Apabila anda marah, degupan jantung anda semakin kencang dan tekanan darah anda meningkat, juga tahap hormon tenaga, adrenaline dan noradrenaline. Marah berpunca dari dua kejadian luaran dan dalaman.

Anda mungkin marah kepada manusia, keadaan, kebimbangan, masalah peribadi, ingatan kepada trauma atau berada dalam suasana kemarahan sedang berlaku.

Ketika marah anda tidak dapat berfikir dengan baik. Lidah anda akan menuturkan kata-kata yang tak sepatutnya.

Mengelakkan diri dari kekecewaan dengan kemarahan bukan bererti rasa kecewa itu akan menghilang setelah anda marah.

Kata-kata sering ter salah guna atau ter salah tafsir oleh anda mahupun orang lain. Contohnya kata-kata "tak pernah" atau "sentiasa" menggambarkan kesimpulan jangkamasa yang panjang hasil penilaian anda yang tidak mungkin tepat dituturkan kepada orang lain kerana bukan semua perkara berlaku dihadapan mata anda atau di dalam pengetahuan anda.

Ini tidak bermakna kata-kata tersebut tidak boleh digunakan atau kata-kata lain yang mungkin ter salah guna atau ter salah tafsir. Cara terbaik adalah diam ketika marah sebelum pelbagai kata-kata lain ter keluar.

Cara semulajadi meluahkan kemarahan adalah dengan melawan atau mempertahankan diri apabila diserang. Jelas rasa marah itu perlu bagi menjalani kehidupan. Hanya cara mengawal rasa marah tersebut dan bentuk respond dari kemarahan tersebut yang akan menentukan kesan buruk baik kemarahan itu apabila diluahkan.

Cara paling sihat untuk meluahkan kemarahan adalah dengan ketegasan dan jauh sekali dari mendesak atau meminta yang melampau. Antara cara lain digunakan bagi menangani kemarahan adalah meluahkan, memendam dan menenangkan diri.

Mengawal kemarahan adalah dengan matlamat dapat mengawal meluahkan kemarahan. Juga mengawal dalaman anda dengan menurunkan kadar degupan jantung yang sedang marah dan berusaha mencapai ketenangan yang diperlukan yang akhirnya dapat meredakan kemarahan.

Faktor kemarahan adalah kerana kurangnya kadar toleransi terhadap perkara yang mengecewakan. Ia disebabkan anda rasa anda bukan tempat untuk dikecewakan, ketidak selesaan atau yang menyakitkan hati. Belajarlah untuk bertolenransi kerana tidak semua perkara berada di dalam kawalan anda dan bukan semuanya anda mampu kawal.

Marah tidak akan menyelesaikan masalah. Marah memberi isyarat anda sedang berdepan dengan sesuatu yang melampaui batas kesabaran yang telah anda tetapkan. Tak mungkin seumur hidup tidak berjumpa dengan situasi yang menyebabkan anda marah. Sengaja atau tak sengaja, anda hanya perlu tegas tanpa marah-marah kerana setiap individu punyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Apabila harian anda diselubungi rasa kemarahan, tukar kemarahan anda dengan menahan kemarahan dan berhenti berfikir mengenai perkara yang membuat anda marah. Focus kepada yang lebih positif. Banyak perkara positif yang menyimpang dari melayan fikiran yang akan membuat anda rasa marah. Berhati-hati menggunakan teknik ini. Ia boleh menyebabkan anda hypertension, tekanan darah tinggi dan kemurungan.

Tindakan apabila ada menyedari samar kemarahan sedang muncul.

1. Pada ketika itu juga anda mesti berhenti bercakap, pedulikan persekitaran, rapatkan mulut anda dan tarik nafas anda dalam-dalam melalui hidung dan pastikan perut anda mengempis semasa proses menarik nafas tersebut.

2. Sebutkan secara perlahan antara dengar dan tidak : ampunkan dosa-dosa ku Ya Allah. Kalau nak sebut bahasa arab pun boleh asalkan faham maksud istirfar.

3. Kemudian anda kena pastikan apa yang anda perlukan dan bagaimana untuk mencapai apa yang anda perlukan tanpa mencederakan sesiapa atau marah-marah. Lakukan tindakan yang boleh anda kawal. Perkara yang diluar kawalan anda perlukan toleransi dan kerjasama yang perlu diusahakan untuk dicapai.

Walaupun anda telah membaca post ini, bukan bermakna anda tidak marah selepas ini. Setiap apa jua kelemahan kita, perlukan latihan dan perkara berkaitan walaupun kita punyai pengetahuan.

Sahih Al-Bukhari 6549 "Diriwayatkan dari Abu Sa'id Al-Khudri ra, dia berkata: Rasulullah Saw pernah bersabda, "Allah Swt akan berfirman kepada penghuni syurga, "Hai penghuni syurga". Mereka menjawab, "Labbaik wa sa'daik, ya Tuhan kami". Allah bertanya, "Apakah kalian sudah rela dan senang?" Mereka menjawab, "Bagaimana mungkin kami tidak senang sedangkan Engkau telah memberi kami kenikmatan yang tidak Engkau berikan kepada makhluk Mu selain kami". Allah berfirman, "Aku akan memberi kalian nikmat yang lebih baik daripada itu". Mereka bertanya, "Ya Tuhan, apa nikmat yang lebih baik daripada semua ini?" Allah menjawab, "Aku akan mencurahkan keredhaan Ku kepada kalian, maka Aku tidak akan memurkai kalian selama-lamanya"".

Berikut sumber dari Ustaz Somad

Dari Anas bin Malik, ia berkata: Rasulullah Saw bersabda: “Siapa yang menahan amarahnya, maka Allah akan menahan azab darinya. Siapa yang menjaga lidahnya, maka Allah akan menutupi aibnya. Siapa yang memohon ampun kepada Allah, maka Allah akan menerimanya”. (terdapat perbedaan susunan antara beberapa riwayat).

Sumber:
Musnad Abi Ya’la al-Maushili, Syu’ab al-Iman Imam al-Baihaqi, Ibnu Abi ad-Dunia dalam Dzam al-Ghadhab.

Status Hadits: Hadits Hasan, Shahih Kunuz as-Sunnah.

QURAN 2:60

"Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukulah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi"

"And [recall] when Moses prayed for water for his people, so We said, "Strike with your staff the stone." And there gushed forth from it twelve springs, and every people knew its watering place. "Eat and drink from the provision of Allah, and do not commit abuse on the earth, spreading corruption."

KEFAHAMAN AZA

"Nikmat yang kita perolehi jangan pula kita jadikan bencana untuk diri kita mahupun mudarat kepada yang lain"

Popular posts from this blog

Tawaran upgrade Unifi speed

Bagaimana untuk reset password maybank2u anda?

Cara guna Maybank E-Wallet (MAE)

Bangsa lebih penting - Artikal 1

Penipu!

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza"

TELEGRAM MESSENGER

Kalau korang dapat apa-apa yang menarik di group korang, sila share ke telegram berikut.

Untuk apa-apa info umum di info umum

Untuk berkaitan Islam di share islam

Untuk berkaitan covid-19 di covid-19

Untuk berkaitan Blog AZA di Komuniti Blog AZA

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

COVID-19

Korang boleh baca fakta sebenar mengenai covid-19 di GLOBAL REPORT 2019-nCOV novel coronavirus kerana tak boleh percaya jika sekadar teori / pendapat / asumsi / imaginasi.

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more

Senarai Penuh Artikal di Blog AZA

Show more