Anak

AZA - Artikal 88

Tiada apa diminta oleh ibubapa kepada anak-anak mereka setelah mereka berjaya membesarkan kita dan menyekolahkan kita. Melihat kita dapat hidup senang sudap cukup membahagiakan buat mereka. Rakyat dari negara jiran juga ramai yang datang untuk mencari rezeki di Malaysia.

Namun, mengapa masih ada anak-anak yang meminta wang dari ibubapa setelah tamat persekolahan? Diri yang sudah cukup dewasa pasti sahaja tahu mengenal mana yang baik, mana yang buruk. Pasti sahaja saban hari, kau bertemu kata nasihat tentang mengajak berbuat kebaikkan dan bersabar. Sampai bila kau akan meminta wang dari ibubapa?

Kali terakhir nota saya (21 Julai 2015) yang lepas ada menyatakan "Sampai bila kau akan meminta wang dari ibubapa?". Dua hari kemudian, saya dikejutkan dengan berita bahawa, seseorang yang saya kenal telah membunuh diri. Tersentak saya dengan perkataan itu kerana fikiran mengimbas pada persoalan nota terakhir saya. Mungkinkah dia membaca nota saya ini dan bertindak mengakhirkan hidupnya?

Article ini tetap saya publish juga kerana ianya penting untuk mengingatkan. Hidup ini kita akan berdepan dengan pelbagai pilihan. Baik buruk kita yang pilih untuk melakukannya. Jarang sangat kita tidak beroleh pilihan. Selagi hayat dikandung badan, kita terus berusaha mengikut keupayaan kita. Lebih rendah sasaran yang ingin kita capai, lebih mudah ianya dicapai.

Bila kita kurang berharap, kita kurang putus harap. Sentiasa utamakan Quran dan Sunnah sebagai panduan kala kita susah atau senang. Ujian kala kita susah sering mendekatkan kita kepada Allah manakala ujian kala kita senang sering membuatkan kita lupa kepada Allah. Apa yang baik kita peroleh, belum tentu baik untuk kita kerana Allah lebih Mengetahui.

Usah diberatkan perkara yang berada diluar kawalan kita. Semua orang melaluinya. Cukup berasa cukup dengan mengutamakan yang utama, barulah berusaha memenuhi kehendak kita yang lain tanpa rasa tertekan atau terpaksa kerana ia cuma kehendak kita sedangkan yang utama kita telah ada. Kita bukan di dalam penjara, Kita bebas berbuat pelbagai perkara. Hargai apa yang kita ada kerana mungkin sahaja kita tidak dapat memilikinya.

Baru-baru ini pula, kita ada dengar berita seorang lelaki (Mohd Shukri Saad, 39) terjun di jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Pulau Pinang dan mayatnya telah dijumpai. Jarang sangat kita dengar orang "Islam" bunuh diri kerana ianya jelas ditegah oleh Islam. Namun siapalah kita untuk mengetahui kebenaran dan akhir jalan cerita. Hanya dihari pembalasan nanti sekali lagi Allah akan membuktikan kebenaran.

Kita sendiri diuji dengan pelbagai perkara. Kita rasa kita kuat namun terbukti kita lemah bila hadapi realiti sebenar. Mungkin individu lain mudah sahaja menghadapi ujian yang sama. Namun dia bukan kita. Kita bukan dia. Banyak tak sama antara kita. Kekuatan dan kelemahan kita tak sama. Kepandaian dan kebodohan kita tak sama. Banyak lagi perkara yang tak sama antara kita yang menyebabkan ianya tak semudah untuk kita atau individu lain.

Baik buruk yang kita lakukan, ada yang langsung tak melibatkan individu lain, ada pula yang melibatkan negara, agama, bangsa, atau apa sahaja yang berkaitan samada secara langsung atau tidak langsung. Bila kita nak buat sesuatu keputusan, ada yang kita lakukan tanpa berfikir, malah ada juga setelah masa yang panjang baru tindakan itu kita ambil.

Kita tahu tak semua perkara di dalam kawalan kita. Undang-undang sedia ada telah dicipta setelah sekian lama. Ianya semakin bertambah, berbelit-belit dan bercanggah antara bendera. Tak terhafal oleh kita pelbagai undang-undang sedia ada. Cukup kita utamakan ikut Quran dan Sunnah. Undang-undang sedia punyai pelbagai kelemahan kerana ianya ciptaan manusia yang perlu dirombak dari masa ke semasa.

Semasa Adam dan Hawa tak ada perkara yang kita lihat seperti hari ini. Tak ada kereta. Maka undang-undang jalan raya dicipta. Si pencipta terdahulu jika tidak berpandukan Quran dan Sunnah dalam apa jua undang-undang yang mereka cipta, maka menyasarkan ia dari kebenaran dan terjadilah pelbagai kesilapan, percanggahan dan rombakan.

Memang memeningkan kalau fikir cabang-cabang yang wujud hasil ciptaan manusia. Kita permudahkan dengan utamakan Quran dan Sunnah. Untuk jadi pakar, kita kena tahu sesuatu lebih detail kalau tidak kita akan jadi doktor sahaja. Cabang-cabang yang luas yang ada kita pilih kita nak yang mana. Maka radius kita berkisar di situ sahaja. Tak perlu beratkan dengan perkara diluar kawalan kita. Di luar pengetahuan kita.

Hidup ini sebenarnya simple sahaja. Utamakan yang utama. Tak banyak kan yang utama? Dah dapat yang utama, yang lain tu sampingan sahaja. Usah diberatkan. Kalau tiada Quran dan Sunnah, lagi sukar kita tiada panduan tetap.

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?" Juz 54 Ayat 17.

Quran 2:88

"Dan mereka (kaum Yahudi) berkata pula: "Hati kami tertutup (tidak dapat menerima Islam)". (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup) bahkan Allah telah melaknatkan mereka disebabkan kekufuran mereka, oleh itu maka sedikit benar mereka yang beriman."

"And they said, "Our hearts are wrapped." But, [in fact], Allah has cursed them for their disbelief, so little is it that they believe."

Kefahaman AZA

"000"

LABEL

000 + Total + 000

SETERUSNYA

Hargai

SEBELUMNYA

Bantu

Popular posts from this blog

Tawaran upgrade Unifi speed

Bagaimana untuk reset password maybank2u anda?

Cara guna Maybank E-Wallet (MAE)

Bangsa lebih penting - Artikal 1

Penipu!

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza"

TELEGRAM MESSENGER

Kalau korang dapat apa-apa yang menarik di group korang, sila share ke telegram berikut.

Untuk apa-apa info umum di info umum

Untuk berkaitan Islam di share islam

Untuk berkaitan covid-19 di covid-19

Untuk berkaitan Blog AZA di Komuniti Blog AZA

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

COVID-19

Korang boleh baca fakta sebenar mengenai covid-19 di GLOBAL REPORT 2019-nCOV novel coronavirus kerana tak boleh percaya jika sekadar teori / pendapat / asumsi / imaginasi.

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more

Senarai Penuh Artikal di Blog AZA

Show more