Alignment
AZRIZAINALABIDIN
Artikal 77 - Panjang 4854
Kita perlu ambil tahu mengenai alignment iaitu perkara-perkara yang menyasarkan kita. Apa jua yang anda miliki, samada berupa kelebihan atau kelayakkan, pastikan perkara tersebut tidak menyebabkan anda merasakan individu lain tidak layak dan serba kekurangan berbanding anda.
Syaitan merasakan dirinya lebih baik dari Adam. Lantas tidak mahu menurut perintah Allah untuk tunduk kepada Adam. Selalu ingatkan diri anda bahawa segala kelebihan dan kelayakan yang anda miliki adalah berpunca dari Allah, hanya dengan izin Allah sahaja anda mendapat kelebihan dan kelayakkan tersebut. Lantas seharusnya anda mendidik rasa rendah diri bukan rasa ego. Perbuatan dan kata-kata anda dapat dilihat oleh individu lain.
Tetapi rasa ego tersebut tidak dapat dilihat oleh individu lain. Lantas ianya menjadi masalah kritikal jika anda tidak sedari awal menghindari ego yang menyasarkan alignment anda. Sehebat mana atau benarnya anda, apabila ada individu lain yang berkata buruk kepada anda, atau cuba memberi teguran kepada anda, jangan terus ditentang atau dilawan. Carilah kebenaran dari kata-kata individu tersebut walaupun sedikit kebenaran yang terdapat dari kata-kata tersebut bagi memperbaiki atau menambah usaha sedia ada anda.
Quran adalah kata-kata dari Allah yang menjadi panduan individu. Kekuasaan Allah sentiasa akan mengingatkan diri kita betapa lemahnya kita manusia bukan berasa ego dengan kelebihan dan kelayakkan yang kita rasai. Apabila kita ambil berat kepada seseorang individu, jumpa individu tersebut bukannya mengata dibelakang mereka.
Segala kebaikkan dan keburukkan yang kita terima, seharusnya mencetus rasa terima kasih kita kepada Allah. Malah kita memuji Allah dengan segala kebaikkan dan keburukkan yang kita terima kerana kita sedar segala yang berlaku hanya dengan izin Allah dan Allah menguji individu mengikut potensi kemampuan individu tersebut. Manusia tidak mengetahui potensi individu lain dengan tepat dan menyebabkan ujian yang mereka lakukan juga tidak tepat malah ada yang menyebabkan mudarat kepada kedua-dua belah pihak kerana menyasar jauh dari ketepatan.
Lantas, cepat-cepat kita memuji Allah, apabila kita dipuji, bagi menjaga diri agar tidak ego dan mengingatkan diri kita segala sumber kebaikkan dan kelayakkan yang kita miliki adalah dari Allah, hanya dengan izin Allah ianya dapat kita miliki dan rasai. Apa yang kita rasa akan memberi impak kepada tindakan kita. Hati kita akan mengerakkan diri kepada tindakan yang kita lakukan. Oleh sebab itu, kita harus prihatin dengan apa yang kita rasa agar rasa tersebut tidak dibiarkan menjadi ego dan diterjemahkan melalui perbuatan kita. Keseimbangan dalam melakukan perlu kita sedari agar keseimbangan kita kecapi. Utamakan progress dalam usaha kita mengutamakan yang utama. Perbaiki sikap dan niat kita.
Berada on the road bermakna persekitaran anda sudah align dengan tujuan anda. Perlu prihatin perkara yang tidak terlihat oleh individu lain iaitu rasa dalam diri anda agar tidak menyasar dari alignment. Persekitaran memberi impak kepada anda kerana anda terdedah kepada apa yang anda lihat dan dengar. Hidup ini bukan berkisar mengenai kita sahaja.
Ada individu berusaha dan merasakan kejayaan adalah hasil usaha mereka hingga lupa kejayaan tersebut sumbernya dari Allah. Ada individu tidak berusaha, tetapi mengharapkan kejayaan dari Allah. Seharusnya individu berusaha dengan potensi yang dimiliki dan menyedari kejayaan dari usaha yang dilakukan hanya dengan izin Allah. Ikut sahaja kata-kata dari Allah seperti yang terkandung di dalam Quran. Quran sudah lama menjadi panduan.
Pelbagai individu cuba mencari kelemahan Quran sejak berkurun dahulu namun hanya kebenaran yang ditemui. Cukup sudah masa tersebut dibazirkan. Tak perlu lagi anda pula membazirkan masa mencari kelemahan Quran. Oleh sebab itu mengikut sahaja apa yang terkandung di dalam Quran sudah memberi erti anda mengikut kebenaran.
Pengetahuan individu terlalu sedikit bak setitis air yang menitis ke lautan. Setelah berkurun lama mencari kelemahan Quran, masih ada individu ego kini yang cuba menjadi hero mencari kelemahan Quran. Bukankah dengan mengikut sahaja apa yang terkandung di dalam Quran akan menemukan anda "jika" ada kelemahan yang terdapat di dalam Quran?
Kini anda boleh nampak impak individu yang tidak menghindar rasa ego.
SETERUSNYA
100 %

Quran 2:77
"(Mereka berani berkata demikian) dan tidakkah mereka ketahui bahawasanya Allah mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan?"
"But do they not know that Allah knows what they conceal and what they declare?"
Kefahaman AZA
"Jauh beza Allah tahu berbanding manusia"
LABEL
SETERUSNYA
100 %
SEBELUMNYA