Kesegeraan
AZRIZAINALABIDIN
Artikal 52 - Panjang 5092
Urgency (kesegeraan) hanya dapat diterima jika disebabkan masalah di luar kawalan yang berlaku di dalam sesuatu bahagian.
Kekerapan urgency adalah isyarat abnormality yang wujud di dalam sesuatu bahagian tidak diambil tindakan jalan penyelesaian. Walaupun secara keseluruhan wang pada mana-mana bahagian adalah dari sumber yang sama, namun prestasi sesuatu bahagian dapat diukur dan dilihat dari peruntukkan wang yang telah disediakan. Bagaimana wang tersebut diurus oleh bahagian masing-masing.
Setiap bahagian adalah sama penting di dalam sesebuah kumpulan. Punyai bidang kepakaran masing-masing dan akan memberi impak kepada jaringan luas rangkaian bahagian di dalam kumpulan. Lantas prestasi setiap bahagian diperlukan disamping kerjasama berkumpulan mengikut procedure dan tarikh yang telah ditetapkan. Kekerapan mencipta keadaan yang berstatus urgent mestilah dikenakan penalti terhadap bahagian yang mencipta urgency selain daripada mengambil tindakan jalan penyelesaian.
Penalti yang dikenakan jelas akan memberi impak kepada prestasi bahagian lantas urgency dapat diminimakan kerana setiap bahagian perlu menunjukkan prestasi bahagian masing-masing dan prestasi tersebut dapat dilihat oleh mana-mana bahagian di dalam sebuah jaringan luas yang berkaitan. Urgency yang sering dicipta mendapat sokongan dari bahagian berkaitan adalah isyarat kerjasama berkumpulan walaupun berbeza bahagian. Status urgency itu sendiri memerlukan keutamaan layanan sekaligus menafikan untuk mendahulukan rutin harian. Namun sokongan yang diberikan telah menggalakkan urgency terus dijana tanpa tindakan jalan penyelesaian.
Punca bahagian yang mencipta urgency tidak dapat dilihat oleh jaringan luas bahagian lain yang berkaitan adalah kerana telah mendapat sokongan awal dari jaringan bahagian terdekat lantas kesamaran ini terus menggalakkan punca bahagian yang mencipta urgency terus berlarutan. Urgency mencipta senario terdesak ke setiap bahagian berkaitan. Bekerja dalam keadaan terdesak dengan batas waktu yang terhad, pasti membuatkan kerja dalam keadaan tertekan. Rombakan rutin terpaksa dilakukan bagi memberi laluan urgency lantas menyebabkan kebarangkalian rutin harian terkesan. Aliran yang berbeza kerana rombakan dilakukan akan membuka ruang berlakunya kesilapan terhadap perkara terlepas pandang lantas masalah baru dicipta menambah tahap senario terdesak.
Ini diburukkan lagi apabila kekerapan rombakan dilakukan lantas aliran menjadi semakin berserabut dan ruang berlakunya kesilapan semakin luas. Setiap bahagian perlu memastikan tugas yang dilakukan dapat mengalir sempurna bukan sahaja pada bahagian masing-masing tetapi apabila menyerahkan tugas tersebut untuk disambung ke peringkat seterusnya oleh bahagian yang lain. Sudah tentu masalah yang wujud di peringkat bahagian perlu tindakan penyelesaian terlebih dahulu agar dapat mengalir sempurna ke bahagian yang lain. Urgency juga berlaku kerana perancangan yang tidak realistic. Bagaimana hasil yang diharapkan dapat diperoleh jika sedari awal perancangan yang tidak realistik telah dilakukan.
Soalnya mengapa perancangan yang tidak realistik tersebut dibenarkan sedangkan setiap bahagian akan terkesan dengan perancangan tersebut dan tentunya ianya mesti dihalang sedari awal demi memastikan setiap bahagian akan dapat menjalankan tugas masing-masing kerana masa adalah keperluan yang mesti diperuntukkan sedangkan perancangan yang tidak realistik menafikan keperluan masa yang diperlukan. Capacity pula menggariskan tahap kemampuan yang mampu dicapai.
Jika membuat perancangan melebihi kapasiti pasti sahaja kegagalan telah berlaku walaupun masih berada di peringkat perancangan. Mana mungkin angka yang ditetapkan mampu dicapai sedangkan jelas tidak cukup kapasiti. Selain dari sistem dan kira-kira, perancangan juga mengabaikan faktor kemanusiaan. Perancangan dibuat tanpa memperuntukkan ruang untuk manusia mendapatkan rehat yang cukup dengan membuat perancangan bekerja setiap hari tanpa tiada hari untuk rehat.
Waktu selepas habis bekerja juga dirancang untuk dimuatkan mencapai sasaran lantas menyebabkan setiap ruang terluang yang tinggal semakin mengecil untuk menampung waktu yang diperlukan jika sasaran tidak dicapai. Kesemua perkara di atas adalah punca berlakunya urgency yang boleh dielakkan jika mengikuti procedure dan tarikh yang telah ditetapkan. Urgency tidak sepatutnya sering berlaku kerana ianya jelas menggambarkan kelemahan yang berpunca dari bahagian pencipta urgency tanpa melakukan tindakan penyelesaian lantas mencipta scenario terdesak ke seluruh rangkaian berkaitan.
"Kemudian sesudah itu kami maafkan kesalahan kamu, supaya kamu bersyukur."
"Then We forgave you after that so perhaps you would be grateful."
"Jelas betapa bersyukur itu amat bernilai. Oleh sebab itu setiap individu mestilah menjadikan rasa syukur itu salah satu keutamaan yang mesti dipelihara sentiasa sesuai dengan nilainya yang amat berharga."
SETERUSNYA
Menyusun

QURAN 2:52
"Then We forgave you after that so perhaps you would be grateful."
KEFAHAMAN AZA
LABEL
Menyusun
SEBELUMNYA