Ayam

AZRIZAINALABIDIN
Artikal 41 - Panjang 8750
Akhirnya saya [on] semula komputer yang saya dah [shut down].

Letih dah tanya sama hati nak buat nota ke tak. Sekarang jari dah mula menaip. Mata pun tak mengantuk ni. Baik taip saja nota kali ni. Baru-baru ni saya mula berjinak buat online bisness. Sebelum ni, bertahun-tahun saya penuhi masa saya main online game. Sampailah saya bertemu dengan seorang rakan sekolah tahun 1994.

Dia ajak saya buat belajar bisness. Saya pulak tak fikir banyak setuju saja memandangkan masa saya pun banyak terluang dan main online game sahaja. Boleh la cuba. Isi masa kat perkara lain pula. Saya dan dia tak lah rapat sangat masa sekolah. Tak tahulah mengapa dengan dia saya nak pulak buat bisness. Dah banyak dah bisness saya buat. Tapi semuanya offline. Baru-baru ni jer [start] buat online bisness.

Sebenarnya saya tersentuh hati berkawan dengan dia. Tu yang saya tak nak rapat-rapat sangat ngan orang tu. Tapi saya teruskan juga. Namun hati sering lari-lari takut tewas. Allah yang Maha mengetahui betapa penatnya buat online bisness ni. Serius. Ikut hati, dah lama saya [surrender]. Namun saya layan gak dengan pujuk hati sendiri.

Ni dah nak sampai [part] tujuan saya menulis nota kali ni. Baru-baru ni, saya balik beraya di kampung. Bila habis cuti raya saya mula bekerja macam biasa. Balik kerja bukak facebook. Macam tu lah hari-hari. Tapi sekarang Facebook saya dah delete. Hanya tinggal Google plus sahaja.

Pada suatu malam, saya dah [ready] nak tidur. Entah mengapa, fikiran saya mengimbas ke kampung terkenang cerita lama yang dah lama saya lupakan. Bersusah payah saya menyapu air mata, cuba untuk tidak terus mengalirkan air mata.
Tak pernah saya begini disebabkan cerita yang nak saya kongsikan pada nota kali ini.

Begini ceritanya..

Ketika masih bersekolah rendah, ibu saya menyuruh saya menjual ayam di kedai berhampiran. Ayam tu dah cukup dewasa. Kaki ayam tu ibu ikat. "pegang kuat-kuat kaki ayam ni, g jual kat kedai" kata ibu saya. Tangan saya yang kecil itu pun menggenggam kuat-kuat kaki ayam tersebut.

Saya berjalan kaki menuju kedai berhampiran. Melalui denai dan melintas titi (jambatan). Selepas itu melalui beberapa gerai di pinggir jalan sebelum sampai ke kedai yang nak saya jual ayam tersebut.

Boss kedai tersebut dah biasa ngan saya. Dia tahu kedatangan saya nak jual ayam seperti biasa.Keadaan kedai agak sibuk hari tu. "letak ayam tu kat atas penimbang" ujar boss kedai tu kepada saya.

Saya menurut dengan meletakkan ayam tersebut di atas penimbang. Penimbang tersebut di atas sebuah meja tempat ikan segar yang banyak memenuhi meja tersebut. Entah mengapa, ayam tersebut bergerak sehingga menyebabkan penimbang tersebut jatuh ke lantai.

Sepantas itu juga saya rasa pipi saya ditampar. Marah betul boss kedai itu kepada saya.

Saya takut tak tahu nak buat apa. Bising boss kedai tu kat saya. Namun diberikannya juga wang hasil jual ayam tersebut kepada saya.

"Mahal tau timbang ni!?" antara kata-kata boss kedai tu yang saya ingat. Duit hasil jual ayam tersebut saya genggam erat untuk diberi kepada ibu. Entah siapalah yang ada di kedai itu tadi melihat kejadian itu berlaku.

Tak berani saya nak mengangkat muka. Sampai di rumah saya berikan duit itu kepada ibu saya. Akhirnya saya buat keputusan untuk ceritakan perihal yang berlaku di kedai tadi kepada ibu saya.

"Itulah kau, kenapa tak pegang kuat-kuat ayam tu" marah ibu saya kepada saya. Saya tahu itu memang salah saya. Saya tahu boss kedai itu tak salah tampar saya.

Saya tahu ibu saya tak boleh menyebelahi saya. Namun air mata ini laju seakan tidak mahu berhenti. Bagaimana aku boleh mengingati cerita lama ini. Berkali-kali ku sapu air mata ini.

Ya Allah, ampunkan dosa ku, dosa ibu ku, dosa arwah ayah ku, dosa arwah adik ku, dosa adik ku, ampunkan dosa kami. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

***English***

Finally, i turn on my computer even i already shut it down. I'm tired of making decision either to create new article or not and now my fingers is start to typing on the keyboard. I don't feel to go to bed yet. So i decided to create new article. Recently i started doing online business. Previously, years of my time i spend on playing online game. Until i met a friend of mine. We are in the same school in year 1994.

He ask me to do online business. As for myself, i don't think any further, just agreed because i have a lot of free time which i spend on playing online game. I want to try this beside i can fulfill the time that i have with doing online business instead of playing online game. We are not really a close friend. I met him after 20 years we are left that school. I don't know why with him easy for me to agreed as what he ask for. Actually i did a lot of offline business previously. Until recently started to do online business which I'm not doing anymore.

Actually with him some how he know how to touch my heart. That is why i am always remind myself not too close with anyone. But i continue as i was agreed before. Even my heart still carefully not to get too close to avoid fail with what I'm afraid for. Allah is the one who is knows how tired i am doing online business. Serious. If i follow my heart, i already surrender a long time before. But i keep on convince myself.

Now, it's come to a part which is why I'm writing this article.Recently I'm going back to my home town for celebrating Hari Raya. When my holiday end, i started working as usual. Back from work, i will login into my Facebook. That was my routine. But now i already deleted my Facebook. Google plus is the only social media i have now.

At one night, I'm ready go to bed. Somehow, my mind recall to a story about my home town which i already manage to forget. I'm trying hard to stop crying but it's really hard to stop.

I never being like and this is the story

When i was at standard school, at age below 12 years old, i can't remember at what age of me exactly at that time, my mother ask to sell a chicken to nearby shop. That chicken already at proper age to sell. My mother tighten both the chicken legs with a rope. "Hold it tightly, go selling this chicken" my mother said. I hold it tightly with my small hands.

Then i started walking to the shop through path and bridge. After that I'm crossing a couple of stalls before i can reach to the shop for selling the chicken.

The owner of the shop has been familiar with me and knows why I'm coming to his shop this time. The shop is quite busy that day. "Put the chiken on the weight measurement" said the shop owner to me.

I follow according as what he said by put the chicken on the measurement weight. The measurement weight is put on the table which full of fresh fishes. Eventually the chicken move a bit and causing the weight measurement drop onto the floor.

At the same time, i felt my cheek got slapped. The shop owner really mad at me.

I am afraid. I don't know what to do? The shop owner scolded at me. But still he give me the money for the chicken that i sold to him.

"it's expensive you know!?" some of the statement by the shop owner that i still can recall. The money i kept on my hand tightly to give to my mother. I don't know who else seeing the incident at the shop.

I don't have a guts to looks at them during that incident. When i manage to reach at my home, i pass the money to my mother. Finally i decided to tell my mother about what have been happen.

"I told you to hold it tight right!?" my mother scolded at me. I know it's my fault. I know the shop owner has a right to slap me.

I know my mother can't be at my side. But i can't stop crying right now. How come my mind recall back the story? So many times i try to dry my tears.

To Allah i ask for forgiveness, please forgive me, please forgive my mother, please forgive my late father, please forgive late younger sister, please forgive my youngest sister, please forgive us. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.

QURAN 2:41

"Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertaqwa"

"And believe in what I have sent down confirming that which is [already] with you, and be not the first to disbelieve in it. And do not exchange My signs for a small price, and fear [only] Me"

KEFAHAMAN AZA

"Sampaikan ayat Al-Quran agar individu lain beriman kepada Allah bukan menyampaikan untuk tujuan kepentingan diri sendiri"

LABEL


SETERUSNYA

Nakal

SEBELUMNYA

Popular posts from this blog

Tawaran upgrade Unifi speed

Bagaimana untuk reset password maybank2u anda?

Cara guna Maybank E-Wallet (MAE)

Bangsa lebih penting - Artikal 1

Penipu!

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza"

TELEGRAM MESSENGER

Kalau korang dapat apa-apa yang menarik di group korang, sila share ke telegram berikut.

Untuk apa-apa info umum di info umum

Untuk berkaitan Islam di share islam

Untuk berkaitan covid-19 di covid-19

Untuk berkaitan Blog AZA di Komuniti Blog AZA

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

COVID-19

Korang boleh baca fakta sebenar mengenai covid-19 di GLOBAL REPORT 2019-nCOV novel coronavirus kerana tak boleh percaya jika sekadar teori / pendapat / asumsi / imaginasi.

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more

Senarai Penuh Artikal di Blog AZA

Show more