Berhenti kerja
AZRIZAINALABIDIN
Artikal 50 - Panjang 3856
Hari ini, saya dapat tahu, salah seorang rakan di pejabat akan berhenti kerja pada akhir bulan ini.
Beliau memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Beliau baru sahaja dinaikkan pangkat pada tahun lepas.
Sebelum itu, dalam tahun ini juga, saya telah dipanggil oleh boss, menyatakan bahawa saya akan di transfer ke bahagian lain. Saya akur. Tapi akhirnya boss kata tak jadi pula.
Tahun ini, saya sekali lagi tidak terpilih untuk naik pangkat. Nama yang terpilih telah diumumkan. Kalau ikut record, kekerapan saya naik pangkat setiap 10 tahun sekali. Paling kerap mana-mana pekerja berpeluang naik pangkat ialah setiap 2 tahun sekali.
Hingga saat ini, tiada apa-apa langkah di ambil bagi mengambil alih tugas rakan yang akan berhenti kerja tersebut. Mungkin nak ambil pekerja baru lagi.
Kalau tak ambil pekerja baru, sekadar nak agihkan kerja dikalangan pekerja yang ada, jelas akan memberi impak kepada volume kerja masing-masing.
Kalau kerja yang ditinggalkan pula, tidak ada orang yang tahu buat, kerana tak pernah bertukar bidang tugas, impak lagi besar akan diterima.
Notis untuk berhenti kerja, jelas memberi peluang untuk bersedia mengambil alih tugas. Dapat notis tersebut, tapi tiada apa-apa tindakan di ambil untuk mengambil alih tugas, jelas akan memberi impak dikemudian hari.
Pengalaman suka duka sewaktu bekerja akan dibawa bersama. Mereka yang tinggal pula, tiada lagi berpeluang untuk menambah baik atau menambah buruk terhadap individu tersebut lagi.
Lihat senario ini,
Senario 1
Bila kita berhenti kerja, manfaat dari tempat kerja, terhenti sampai di situ sahaja.
Senario 2
Bila kita mati, kita tetap dapat manfaat hasil dari apa yang kita tinggalkan ketika kita masih hidup, walaupun kita dah mati.
1. Anak yang soleh dan soleha yang berdoa untuk ibubapa mereka.
2. Sedekah dan amal jariah.
3. Ilmu yang bermanfaat.
Selagi kita hidup, kita akan berdepan dengan pelbagai pilihan. Ekonomi keluarga pastinya akan berkurang dan terkesan kepada seluruh ahli keluarga kerana kini hanya si ayah yang bekerja. Jika dahulu, boleh beli itu dan ini dengan duit kerja sendiri, kini tidak lagi.
Salah satu faktor, mengapa isteri bekerja ialah, mereka mahukan masa depan mereka terjamin jika si suami buat hal (tidak jujur terhadap isteri). Adakah setiap isteri yang bekerja curiga terhadap suami mereka?
Pengorbanan seorang ibu yang sanggup berhenti kerja adalah pengorbanan yang besar. Realitinya peluang semakin besar untuk membentuk anak-anak bila menjadi suri rumah sepenuh masa.
Berbeza berhenti kerja kerana mendapat kerja yang lebih baik atau diberhentikan kerja.
Hidup ini, bukan soal duit sahaja, banyak perkara yang perlu kita usahakan. Selagi kita menjadikan Quran dan Sunnah sebagai panduan, kebaikkan akan jadi milik kita, samada ketika kita masih hidup atau setelah kita mati.
Inilah realiti suka atau duka, kita sebenarnya. Tiada individu lain akan lebih faham sepenuhnya, melainkan hanya diri kita sendiri sahaja.
"Dan (kenangkanlah) ketika kami belahkan laut (Merah) untuk kamu lalui (kerana melarikan diri dari angkara Firaun), maka Kami selamatkan kamu dan Kami tenggelamkan Firaun bersama-sama tenteranya, sedang kamu semua menyaksikannya."
"And [recall] when We parted the sea for you and saved you and drowned the people of Pharaoh while you were looking on."
"Sehingga ke hari ini pelbagai rintangan telah berjaya kita tempuhi dengan izin Allah. Nikmat yang sama dikecapi oleh individu lain dan insan terdahulu. Semua kejayaan yang kita kecapi hanya berlaku dengan izin Allah. Nikmat yang mesti disyukuri dan diingati agar semakin mendekatkan diri dengan Allah bukan semakin jauh dari Allah."
SETERUSNYA
Bonus
Artikal 50 - Panjang 3856
Hari ini, saya dapat tahu, salah seorang rakan di pejabat akan berhenti kerja pada akhir bulan ini.
Beliau memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Beliau baru sahaja dinaikkan pangkat pada tahun lepas.
Sebelum itu, dalam tahun ini juga, saya telah dipanggil oleh boss, menyatakan bahawa saya akan di transfer ke bahagian lain. Saya akur. Tapi akhirnya boss kata tak jadi pula.
Tahun ini, saya sekali lagi tidak terpilih untuk naik pangkat. Nama yang terpilih telah diumumkan. Kalau ikut record, kekerapan saya naik pangkat setiap 10 tahun sekali. Paling kerap mana-mana pekerja berpeluang naik pangkat ialah setiap 2 tahun sekali.
Hingga saat ini, tiada apa-apa langkah di ambil bagi mengambil alih tugas rakan yang akan berhenti kerja tersebut. Mungkin nak ambil pekerja baru lagi.
Kalau tak ambil pekerja baru, sekadar nak agihkan kerja dikalangan pekerja yang ada, jelas akan memberi impak kepada volume kerja masing-masing.
Kalau kerja yang ditinggalkan pula, tidak ada orang yang tahu buat, kerana tak pernah bertukar bidang tugas, impak lagi besar akan diterima.
Notis untuk berhenti kerja, jelas memberi peluang untuk bersedia mengambil alih tugas. Dapat notis tersebut, tapi tiada apa-apa tindakan di ambil untuk mengambil alih tugas, jelas akan memberi impak dikemudian hari.
Pengalaman suka duka sewaktu bekerja akan dibawa bersama. Mereka yang tinggal pula, tiada lagi berpeluang untuk menambah baik atau menambah buruk terhadap individu tersebut lagi.
Lihat senario ini,
Senario 1
Bila kita berhenti kerja, manfaat dari tempat kerja, terhenti sampai di situ sahaja.
Senario 2
Bila kita mati, kita tetap dapat manfaat hasil dari apa yang kita tinggalkan ketika kita masih hidup, walaupun kita dah mati.
1. Anak yang soleh dan soleha yang berdoa untuk ibubapa mereka.
2. Sedekah dan amal jariah.
3. Ilmu yang bermanfaat.
Selagi kita hidup, kita akan berdepan dengan pelbagai pilihan. Ekonomi keluarga pastinya akan berkurang dan terkesan kepada seluruh ahli keluarga kerana kini hanya si ayah yang bekerja. Jika dahulu, boleh beli itu dan ini dengan duit kerja sendiri, kini tidak lagi.
Salah satu faktor, mengapa isteri bekerja ialah, mereka mahukan masa depan mereka terjamin jika si suami buat hal (tidak jujur terhadap isteri). Adakah setiap isteri yang bekerja curiga terhadap suami mereka?
Pengorbanan seorang ibu yang sanggup berhenti kerja adalah pengorbanan yang besar. Realitinya peluang semakin besar untuk membentuk anak-anak bila menjadi suri rumah sepenuh masa.
Berbeza berhenti kerja kerana mendapat kerja yang lebih baik atau diberhentikan kerja.
Hidup ini, bukan soal duit sahaja, banyak perkara yang perlu kita usahakan. Selagi kita menjadikan Quran dan Sunnah sebagai panduan, kebaikkan akan jadi milik kita, samada ketika kita masih hidup atau setelah kita mati.
Inilah realiti suka atau duka, kita sebenarnya. Tiada individu lain akan lebih faham sepenuhnya, melainkan hanya diri kita sendiri sahaja.
QURAN 2:50
"And [recall] when We parted the sea for you and saved you and drowned the people of Pharaoh while you were looking on."
KEFAHAMAN AZA
LABEL
Bonus
SEBELUMNYA