Perhubungan

AZRIZAINALABIDIN
Artikal 67 - Panjang 6330
Hakikatnya Adam merasa kesunyian. Lantas hawa diciptakan mengisi kesunyian itu. Lahirlah anak cucu Adam yang bertebaran di muka bumi menjalani hidup dengan tujuan utamanya hanya untuk menyembah dan beribadah kepada Allah. Kini apa yang ada di zaman Adam dan Hawa jauh berubah. Adakah begini yang diinginkan oleh Adam? Perhubungan adalah isu harian yang ditempuhi hingga kini. Inilah realiti yang dihadapi dan masih dipelajari.

Berikut adalah perkongsian penulis mengikut idealogi dan pengalaman sendiri. Mungkin dapat membantu anda yang sedang membaca dengan izin Allah.

Bukti

Ia adalah rujukan kepada realiti yang berlaku. Semua orang adalah kawan sehingga terbukti ianya bukan. Semua orang punyai hak untuk dihormati sehingga terbukti sebaliknya. Suka kepada semua orang namun tidak bila terbukti dia tak layak untuk menerimanya. Tindakan berdasarkan bukti adalah adil buat anda dan insan lain.

Kata-kata

Ia adalah kelebihan dan kekurangan yang dimiliki oleh seseorang individu. Seseorang yang pandai menyusun kata-kata atau secara semulajadi meluahkan kata-kata yang membuat si pendengar suka kepada si penutur kata-kata tersebut. Hakikatnya sesiapa yang mendampingi insan sebegini akan lebih merasakan kebahagiaan berbanding mereka yang tidak mempunyai kelebihan ini. Apa yang dia katakan adalah peluang untuk melihat dia kotakan. Jika apa yang dia kotakan tidak seperti apa yang dia katakan, dia tidak layak untuk dihormati, tidak layak dijadikan kawan, tak perlu suka kepada dia, namun tidak membenci dia, hanya perlu abaikan dia, jauh sekali untuk membantu dia. Sekali lagi bukti dalam bentuk tindakan menjadi panduan keputusan.

Peluang

Ia adalah keputusan individu untuk diberikan kepada mereka yang telah terbukti. Peluang bergantung kepada tahap kesanggupan anda. Inilah penentu samada perhubungan itu berakhir atau tidak. Ia akan diterjemahkan dalam bentuk tindakan anda melalui keputusan yang akan anda lakukan.

Maaf

Ia adalah keputusan yang anda buat bergantung kepada tahap kesanggupan anda untuk diberikan kepada mereka yang telah terbukti. Kemaafan diberi samada dengan memberikan peluang atau tanpa memberikan peluang. Ia akan diterjemahkan dalam bentuk tindakan anda melalui keputusan yang akan anda lakukan.

Tindakan

Ia bergantung kepada pengalaman yang anda lalui, ilmu yang anda pelajari dan melalui pemerhatian ada selama ini. Tindakan dengan niat dan tanpa niat. Tindakan anda boleh dipengaruhi oleh insan lain.

Niat

Tidak semua tindakan disertai dengan niat. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh mata. Ia adalah pencetus sebelum anda bertindak melakukan sesuatu.

Kesempatan

Ia adalah masa yang dimiliki dan tidak dimiliki oleh seseorang. Kesempatan diperolehi dari apa yang boleh dikawal oleh seseorang individu atau menerima kesempatan daripada apa yang diluar kawalan mereka.

Kemampuan

Ia berbeza bagi setiap individu. Kemampuan mahu meneruskan. Kemampuan dalam bentuk material yang juga memainkan peranan dalam tindakan yang ingin dilakukan. Kemampuan dari sudut kesihatan.

Kepelbagaian

Kepelbagaian faktor yang menentukan sesuatu perhubungan mewujudkan peluang untuk memperbaiki perkara yang terlepas pandang. Ia adalah sesuatu yang perlu diperinci, dikawal, ditambah dan dikurangkan dari masa kesemasa mengikut kesesuaian yang tidak menjanjikan keberjayaan walau setinggi mana jua ilmu dan tindakan anda.
.
Cuba 3 Langkah ini :
.
Langkah 1

Solve - Cuba cari jalan pembaikkan atau penyelesaian.
.
Langkah 2

Facing - Jika ianya diluar kawalan anda, hadapi permasalahan tersebut mengikut kemampuan anda setelah anda tidak berjaya menggunakan langkah 1.
.
Langkah 3

Avoid - Hindari individu berkenaan setelah anda tidak berjaya menggunakan Langkah 1 dan 2.

Internet

Di internet, individu tidak dilabelkan di bawah mana-mana bendera kerakyatan kerana tiada garisan sempadan yang memetakan internet pada mana-mana tembok kuasa yang mempunyai agenda dan kepentingan masing-masing.

Mengapa saya hanya aktif pada satu tempat sahaja di internet?

Ianya bagi memudahkan siapa jua pengguna internet di seluruh dunia untuk mencari saya dari pelbagai tempat yang ada di internet tanpa perlu login.

Anda adalah pengguna internet. Anda bergerak bebas ke mana sahaja yang anda suka di internet. Lakukan apa sahaja yang anda suka di internet. Pada bila-bila masa dan di mana jua.

Namun seperti di dunia nyata yang penuh sempadan. Hari demi hari masalah baru muncul di internet. Maka cara baru dicipta bagi mengatasi masalah tersebut.

Setiap cara baru yang dicipta oleh komuniti di internet adalah bertujuan untuk mengatasi masalah yang dihadapi. Sesiapa yang ingin menggunakan cara tersebut akan menggunakannya. Tiada paksaan. Siapa yang tak mahu atau tak tahu menggunakannya itu adalah pilihan dan masalah individu itu sendiri.

Ilmu anda yang menentukan samada anda terjebak perkara baik atau buruk di internet. Samada sebab anda atau orang lain. Undang-undang dan kuasa yang ingin diwujudkan disebabkan masalah yang dihadapi di internet hanya akan menjadikannya penuh dengan sempadan seperti dunia di bawah kuasa pelbagai bendera dengan agenda dan kepentingan mereka yang tidak kita ketahui menjadi semakin rumit hari demi hari.

Internet kekal bebas tanpa sempadan?

Quran 2:67

"Dan (ingatlah), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah menyuruh supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Adakah engkau hendak menjadikan kami ini permainan?" Nabi Musa menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang dari golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut)"

"And [recall] when Moses said to his people, "Indeed, Allah commands you to slaughter a cow." They said, "Do you take us in ridicule?" He said, "I seek refuge in Allah from being among the ignorant"

Kefahaman AZA

"Dahulu ketika dapat arahan dari Nabi pun ada yang tak nak ikut, kini dah ada kitab yang sempurna iaitu Al-Quran pun ada yang tak nak ikut"

LABEL


SETERUSNYA

Panduan membina kejayaan

SEBELUMNYA

Popular posts from this blog

Tawaran upgrade Unifi speed

Bagaimana untuk reset password maybank2u anda?

Cara guna Maybank E-Wallet (MAE)

Bangsa lebih penting - Artikal 1

Penipu!

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza"

TELEGRAM MESSENGER

Kalau korang dapat apa-apa yang menarik di group korang, sila share ke telegram berikut.

Untuk apa-apa info umum di info umum

Untuk berkaitan Islam di share islam

Untuk berkaitan covid-19 di covid-19

Untuk berkaitan Blog AZA di Komuniti Blog AZA

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

COVID-19

Korang boleh baca fakta sebenar mengenai covid-19 di GLOBAL REPORT 2019-nCOV novel coronavirus kerana tak boleh percaya jika sekadar teori / pendapat / asumsi / imaginasi.

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more

Senarai Penuh Artikal di Blog AZA

Show more