Bonus
AZRIZAINALABIDIN
Artikal 51 - Panjang 4989
Macam-macam nak dibeli.
Pasti ramai yang dah tak sabar-sabar menunggu bonus akhir tahun kan? Inilah peluang nak berbelanja kerana gaji bulanan kebiasaannya banyak perkara yang perlu dilunaskan. Jom kita lihat apa nak dibuat dengan duit bonus yang bakal diterima tersebut. Adakah wang simpanan anda telah berjumlah sebanyak enam kali ganda gaji bulanan anda? Jika belum, lupakan niat anda untuk menggunakan wang bonus yang bakal anda terima nanti.
Mengapa enam bulan gaji? Ia adalah kadar simpanan yang disarankan bagi memastikan anda dapat menjalani kehidupan "seperti biasa" selama enam bulan berikutnya jika esok anda kehilangan sumber pendapatan. Ini bermakna wang di dalam simpanan anda akan berjumlah minima enam bulan gaji anda dulu, kini dan selamanya.
Katakan gaji anda sebulan RM1000. Ini bermakna RM6000 minima mesti ada di dalam simpanan anda. Anda boleh katakan anda tidak mempunyai duit di dalam bank walaupun hakikatnya anda mempunyai RM6000 tersebut. Ini kerana ia adalah wang simpanan yang hanya akan anda gunakan bila diperlukan tanpa meminta bantuan dari pihak lain. Ia adalah tanggungjawab setiap individu.
Wang RM6000 tersebut jika dibelanjakan sepenuhnya katakan dapat membeli sebanyak 6 barang keperluan pada tahun 2015. Tetapi pada tahun 2016, mungkin wang tersebut tidak lagi dapat membeli 6 barang keperluan yang sama. Mungkin hanya dapat menampung 5 barang keperluan sahaja dari jumlah asal 6 barang keperluan pada tahun 2015. Inilah yang dinamakan susut nilai. Kini wang RM6000 tersebut tidak lagi dapat membeli 6 barang keperluan yang sama pada tahun 2016.
Mengapa susut nilai berlaku? Ia terjadi kerana peniaga menaikkan harga barang atau kerajaan tidak menghalang kenaikkan harga barang tersebut. Hanya kerajaan yang mempunyai kuasa bagi memastikan harga barang tidak dinaikkan sewenang-wenangnya. Bagi peniaga pula, apa jua masalah yang mereka hadapi, mereka akan mencari jalan bagaimana untuk mengembangkan perniagaan disamping mematuhi apa jua syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan dari masa ke semasa.
Sebagai contoh, gaji sejam dibayar oleh Toyota kepada pekerja mereka di Australia pada tahun 2013 adalah USD16.88 manakala gaji sejam dibayar oleh Toyota kepada pekerja mereka di Malaysia pada tahun 2013 adalah USD1.24. Walaupun jumlah yang begitu ketara bak langit dan bumi hingga terpaksa membayar lebih sebanyak USD15.64 kepada pekerja mereka di Australia berbanding pekerja mereka di Malaysia bagi menghasilkan kereta yang sama, dalam jangka waktu bekerja yang sama, namun sebagai peniaga, apa jua masalah yang Toyota hadapi, mereka akan mencari jalan bagaimana untuk mengembangkan perniagaan disamping mematuhi apa jua syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan sesebuah bendera dari masa ke semasa.
Contoh yang lain pula, berapa banyak peniaga yang tidak menaikkan gaji minima untuk pekerja-pekerja mereka selama bertahun-tahun sehinggalah kerajaan menetapkan mesti menaikkan gaji minima tersebut. Barulah peniaga-peniaga selepas itu menaikkan gaji minima tersebut. Jelas betapa kerajaan memainkan peranan yang penting bagi memastikan nasib anda terbela dengan kuasa yang mereka ada.
Anda hanya dapat melihat bukti yang telah kerajaan tunjukkan kepada anda jika berlakunya susut nilai. Tanggung jawab anda pula memastikan anda mempunyai jumlah wang simpanan minima tersebut untuk dulu, kini dan selamanya.
Jika anda menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan kedua, ia dapat mengatasi hakikat susut nilai yang dialami. Ia juga sebagai penambah kepada sumber pendapatan makan gaji bulanan yang anda perolehi. Perniagaan juga sebagai back-up anda jika anda kehilangan pekerjaan atau tika usia pencen anda.
Salah satu bukti yang ditunjukkan oleh kerajaan ialah apabila anda dapat mengecapi kebahagiaan hidup ketika usia pencen anda tanpa perlu bekerja lagi. Ini kerana sejak bayi-bayi dilahirkan hingga mereka dewasa dan bekerja lalu mencapai usia pencen, pelbagai perkara telah ditentukan oleh kerajaan bagi memastikan anda dapat menikmati kehidupan masa pencen tanpa perlu lagi bekerja. Cukuplah anda bekerja sebelum usia pencen tersebut sahaja dan biarkan anak-anak muda bijak pandai sedia ada meneruskan untuk memakmurkan negara. Namun ada juga yang tidak betah menjalani usia pencen tanpa bekerja. Itu adalah pilihan yang anda pilih.
"Dan (kenangkanlah) ketika kami berjanji kepada Nabi Musa (untuk memberi Taurat kepadanya sesudah ia bersiap selama) empat puluh malam. Kemudian, setelah ia pergi, kamu menyembah (patung) anak lembu, dan kamu sebenarnya orang-orang yang zalim (terhadap diri sendiri)."
"And [recall] when We made an appointment with Moses for forty nights. Then you took [for worship] the calf after him, while you were wrongdoers."
"Masih tidak beriman setelah mendapat petunjuk adalah zalim terhadap diri sendiri."
SETERUSNYA
Kesegeraan

QURAN 2:51
"And [recall] when We made an appointment with Moses for forty nights. Then you took [for worship] the calf after him, while you were wrongdoers."
KEFAHAMAN AZA
LABEL
Kesegeraan
SEBELUMNYA