Terjaga

AZRIZAINALABIDIN
Artikal 39 - Panjang 4414
Subuh hari ini, seperti biasa, aku gosok gigi dan mengambil wuduk sebelum waktu subuh masuk.

Kucing yang suka bermalas dalam bilik tidur ku, aku keluarkan agar tidak mengganggu aku ketika bersolat nanti walaupun aku tahu syaitan pasti tanpa jemu akan mengganggu khusyuk ku. Pintu aku tutup rapat. Setelah selesai solat subuh, laju saja aku [on] komputer yang dalam keadaan standby. Misi sebelum ini tertangguh, itulah masalahnya bila tidak melatih diri. Semoga aku dapat untuk membiasakan diri untuk tidak tidur selepas solat subuh.

Di sini aku nak kongsikan cerita. Aku terjaga kerana rasa kaki sejuk disimbah tempias hujan dalam pukul dua pagi. Aku lihat di luar tingkap berdaun dua yang aku biarkan terbuka sebelah sedari sebelum tidur. Hujan lebat dengan angin kencang. Hati terdetik rasa takut melihat keakuasaan Allah. Aku tutup rapat tingkap tersebut. Badan ku, aku hempas ke tilam, rasa malas dan enaknya menyambung tidur subuh begini.

Mengapa Allah suruh kita solat subuh? Quran dan Sunnah memberikan hanya panduan yang penting sahaja kepada kita samada kita memandang antara isi kandungannya adalah perkara kecil atau besar. Otak kita hanya tahu beberapa persoalan sebelum ini yang terkandung di dalamnya dan beberapa persoalan yang tidak dapat diungkai pada masa hadapan. Cara terbaik adalah dengan mengikut sahaja panduan yang telah diberikan kepada kita dan diri kita sendiri membuktikan kebenaran isi kandungannya.

Sedang aku cuba untuk sambung tidur, telinga aku terdengar bunyi angin luar yang kuat walaupun tingkap telah aku tutup rapat. Lain macam sahaja hujan ni getus hati ku. Tiba-tiba akal ku terlintas, mungkinkah Allah memanggil aku? Jarang sangat aku terjaga di tengah malam. Tanpa berfikir panjang, aku bingkas bangun mengambil wuduk. Lalu aku mengerjakan solat sunat taubat. Entah bila kali terakhir aku solat sunat di tengah malam. Dahulu masa aku banyak bermain online game.

Entah mengapa, ketika berdoa, berjujuran air mata ku. Aku sendiri sudah lupa bila kali aku mengalirkan air mata. Tetap aku selitkan nama khusus beberapa insan di dalam doa ku. Semoga mereka beroleh kebaikkan jika doa ku dimakbulkan. Terlalu banyak dosa ku, namun Allah masih menjaga aib ku. Harian aku diingatkan, namun diri ini sering gagal menempuh ujian. Hanya kecekalan hati untuk terus mencuba yang tinggal.

"Kepada Allah aku pohonkan pertolongan kerana aku tidak nampak aku boleh boleh menjadi makhluk seperti yang diperintahkan oleh Nya. Gentar hati ku, jika akhir nafas ku, aku tidak dapat melepasi garisan itu".

Aku taip https://quran.com untuk mencari Surah Yaasin di internet. Lalu aku baca. Terasa keras lidah membaca. Terputus-putus, tersekat-sekat, berkerut dahi dek kerana dah lama tak melembutkan lidah membaca Quran.

Sekali lagi, dek kerana tak melatih diri, masa kan mudah untuk melakukannya walaupun ianya melibatkan semudah-mudah perkara. Apakah yang aku latih diri ku selama ini? Adakah aku mengutamakan yang sunnat dan mengabaikan yang wajib? Menyasarkah aku dari tujuan mengapa aku dijadikan? Bercanggahkah dari seperti yang diterangkan di dalam Quran? Apakah yang aku kejar selama ini? Apakah yang penting bagi aku sehingga aku memilih itu antara pelbagai pilihan yang ada?

Adakah sebenarnya aku dalam kerugian walaupun aku dapat apa yang aku inginkan? Apakah yang perlu aku utamakan untuk melatih diri ku kini? Syukur sangat-sangat kerana Quran dan Sunnah ada sebagai panduan buat diri ku yang memboleh membacanya, mengamalkannya dan mengetahui sendiri kebenaran isi kandungannya. Aku tahu. Aku yakin. Panduan yang aku ikuti ini dapat menghindarkan diri ku dari menyasar tanpa sedar kerana ianya jelas dan tetap dari Allah.

"Sesungguhnya Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar" Juz 17 Ayat 9.

QURAN 2:39

"Dan orang-orang kafir yang mendustakan ayat-ayat keterangan kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya"

"And those who disbelieve and deny Our signs - those will be companions of the Fire; they will abide therein eternally"

KEFAHAMAN AZA

"100% ayat Al-Quran adalah kebenaran. Barang siapa yang menafikannya kelak akan kekal di Neraka"

LABEL


SETERUSNYA

TNB

SEBELUMNYA

Popular posts from this blog

Tawaran upgrade Unifi speed

Bagaimana untuk reset password maybank2u anda?

Cara guna Maybank E-Wallet (MAE)

Bangsa lebih penting - Artikal 1

Penipu!

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza"

TELEGRAM MESSENGER

Kalau korang dapat apa-apa yang menarik di group korang, sila share ke telegram berikut.

Untuk apa-apa info umum di info umum

Untuk berkaitan Islam di share islam

Untuk berkaitan covid-19 di covid-19

Untuk berkaitan Blog AZA di Komuniti Blog AZA

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

COVID-19

Korang boleh baca fakta sebenar mengenai covid-19 di GLOBAL REPORT 2019-nCOV novel coronavirus kerana tak boleh percaya jika sekadar teori / pendapat / asumsi / imaginasi.

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more

Senarai Penuh Artikal di Blog AZA

Show more