Rezeki
AZRIZAINALABIDIN
Artikal 20 - Panjang 10798
Berikut ulasan lanjut mengenainya.
Orang yang beriman akan berkata rezeki dari Allah.
Rujuk Juz 10, Ayat 49.
Suruh keluarga solat dengan sabar mengerjakannya. Allah akan beri rezeki kepada orang yang mengikut apa yang Allah suruh, tinggalkan apa yang Allah larang, Hanya Allah sahaja pemberi rezeki. Bukan sebab atau punca yang lain, samaada bukti santifik atau kira-kira.
Rujuk Juz 20, Ayat 132.
Sebenarnya, segalanya, apa sahaja, adalah dengan izin Allah.
Rujuk Juz 9, Ayat 51.
Ingat akan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Hanya Allah yang berikan rezeki. Fahami maksud tauhid dan mengapa berpaling walaupun kita mendapat nikmat yang Allah berikan?
Rujuk Juz 35, Ayat 3.
Orang yang tidak beriman akan berkata rezeki dari usaha. Tanpa sedar menafikan kekuasaan Allah yang mampu untuk memberi pada siapa sahaja yang Allah berkehendak.
Rezeki bukan sahaja melibatkan wang ringgit. Maksud rezeki itu adalah apabila kita mendapat sesuatu apa sahaja samada ianya halal / haram / baik / buruk.
Orang yang bertakwa buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Bila sentuh soal rezeki, hanya ingin terima rezeki yang halal sahaja.
Manfaat adalah antara rezeki yang kita terima, seperti manfaaat dapat terus menghirup udara yang mengandungi oksigen, manfaat dapat kesihatan untuk melakukan pelbagai perkara, banyak lagi manfaat yang tanpa kita sedar sebenarnya itu adalah rezeki.
Boleh jadi apa yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita dan boleh jadi apa yang kita suka itu sebenarnya tidak baik untuk kita. Mungkin pada masa mendatang baru kita ketahui sebenarnya apa yang kita tidak suka sebelum ini sebenarnya baik untuk kita.
Rezeki milik kita, manfaatnya untuk orang atau makhluk Allah yang lain juga. Bukan mutlak untuk kita. Contohnya, hasil gaji kita, kita berikan kepada anak rakan yang datang menziarahi kita, kita memberi sedikit makanan kepada kucing ketika kita sedang makan di kedai. Kita mendahulukan sedikit wang kepada rakan yang terlupa membawa belanja harian dan sebagainya.
Kita juga berdoa untuk dimurahkan rezeki. Doa meliputi apa yang kita fikir, rasa, cakap, tulis dan buat. Hati-hati takut yang negatif dimakbulkan.
Rujuk Juz 51, Ayat 22 ~ 23.
Hanya Allah satu-satunya pemberi rezeki, perbaiki keyakinan kita terhadap Allah. Kembali pada track yang betul bila rasa kita meragui Nya.
Dari Aisyah r.a, Ia berkata, Aku pernah bertanya kepada Rasullullah s.a.w iaitu jika ada satu hari yang aku tahu bahawa malam tersebut adalah lailatul qadar, doa apakah yang mesti ku ucapkan? "Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau suka memberikan keampunan, maka ampunkanlah aku Ya Allah".
Rujuk Hadis Tirmidzi 3513.
Jelas keutaamaan doa adalah memohon keampunan. Bukan minta kaya / sihat / dipermudahkan / sebagainya. Boleh jadi apa yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita dan boleh jadi apa yang kita suka itu sebenarnya tidak baik untuk kita. Jelas keutamaan doa adalah memohon keampunan kerana pasti ianya baik untuk kita.
Mohon ampun dari Allah Yang Maha Pengampun, akan diberikan hujan lebat, harta bertambah, anak-anak bertambah, kebun-kebun bertambah dan sungai-sungai bertambah.
Rujuk Juz 10, Ayat 12.
Subhanallah. Indah sungguh Islam. Perkara yang kita pandang kecil, rupanya begitu besar di sisi Allah.
Ia membuatkan kita sedar bahawa, tiada istilah kebetulan kerana semua yang berlaku hanya dengan izin Allah atau Allah berkehendakkannya.
Juga tiada istilah keseorangan kerana Allah sentiasa bersama. Manusia tidak boleh hadir pada dua tempat berbeza pada masa yang sama tetapi sesuai dengan ketuhanan, Allah sentiasa bersama kita.
Apa itu baik? Orang yang tidak beriman juga melakukan kebaikkan seperti menghormati ibubapa, tidak mencuri dan sifat-sifat terpuji yang lain. Adakah kita juga berbuat baik kepada Allah? Allah takrifkan baik itu hanya untu individu yang beriman sahaja. Apa jua kebaikkan oleh individu yang tidak beriman Allah tak kira sebagai kebaikkan kerana zalim menafikan Allah sedangkan Allah telah berikan petunjuk yang jelas iaitu Al-Quran.
Bezanya orang yang beriman, mereka juga buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang walaupun tiada insan lain yang sedang memandang seperti solat, puasa dan sebagainya. Fahami apa itu ikhlas? Beriman kerana Allah bukan sebab lain. Menderma kerana Allah bezanya individu yang tidak beriman menderma bukan kerana Allah.
Bila kita berbuat kebaikkan, walaupun kita tidak ikhlas pada mulanya, lama kelamaan, kita akan dapat perbaiki keikhlasan kita. Kita buat baik kerana kita nak berbuat baik samada kita pendosa atau kita tidak ikhlas. Bukan sebab nak dapat pahala / pujian / sebagainya. Ikhlas.
Jika Allah nak berikan rezeki kepada kita, kita tidak akan terhitung banyaknya.
Rujuk Juz 3, Ayat 37.
Jangan takut rezeki kita diambil orang. Contoh terbaik dengan merujuk kepada kedai yang membuka kedai bersebelahan dengan kedai kita, kita takut orang tak datang kedai kita, rasa takut itu tanpa kita sedar memberi isyarat bahawa kita belum yakin sepenuhnya akan kekuasaan Allah. Hanya mereka yang berusaha lebih rasionalnya akan lebih berjaya walaupun kedai bersebelahan.
Jika kita rujuk kembali Juz 10, Ayat 49, kita tak akan tanpa sedar meragui kekuasaan Allah. Segala yang berlaku hanya dengan izin Allah atau Allah berkehendakkannya. Samada kita berusaha atau tidak. Baiik atau buruk. Batu pasti tidak akan tenggelam dengan kekuasaan walaupun hukum alamnya, logik akal kita, batu tidak terapung. Kita usaha, hanya Allah yang tentukan adakah kita dapat apa yang kita inginkan.
Tanpa usaha, sukar mendapatkan apa yang kita inginkan. Ini kerana jarang sangat Allah izinkan sesuatu itu berlaku jika individu itu sendiri tidak mahu berusaha. Hukum Alam akan berlaku mengikut ketentuan yang telah ditetapkan, batu akan tenggelam, laju cepat sampai, tapi semua hukum alam boleh jadi sebaliknya kerana Allah Maha Berkuasa.
Jauh sangat beza jaminan manusia terhadap produk mereka berbanding janji Allah. Di Hari Pembalasan kelak pasti Allah akan membuktikan sekali lagi kebenaran.
Berikut rujukan pada sumber tetap agar tidak mengelirukan dari https://quran.com dan https://sunnah.com
10:49 "Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya".
20:132 "Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa".
9:51 "Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal".
35:3 "Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)?".
51:22 "Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu. 51:23 "Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya (apa yang tersebut) itu tetap benar, (tidak patut diragu-ragukan) sebagaimana (tidak sepatutnya diragukan) benarnya kamu dapat berkata-kata".
10:12 "Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan".
3:37 "Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya:" Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?" Maryam menjawab; "Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira".
I said: O Messenger of Allah, what is your view if I know when the Night of Al-Qadr is, then what should I say in it?He said: Say: O Allah, indeed You are Pardoning, [Generous,] You love pardon, so pardon me.
Reference: Jami` at-Tirmidhi 3513 In-book reference, Book 48, Hadith 144 English translation, Vol. 6, Book 45, Hadith 3513.
[Saksikan sendiri, Quran Juz:Ayat - 10:49, 20:132, 9:51, 35:3, 51:22-23, 10:12, 3:37, Sunnah - Jami` at-Tirmidhi 3513].
"Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"
"The lightning almost snatches away their sight. Every time it lights [the way] for them, they walk therein; but when darkness comes over them, they stand [still]. And if Allah had willed, He could have taken away their hearing and their sight. Indeed, Allah is over all things competent"
"Jelas manusia itu akan mengikut hukum alam. Perlukan cahaya untuk melihat. Tak dapat melihat bila tiada cahaya. Kekurangan manusia itu seharusnya membuatkan manusia takut dengan kekuasaan Allah dan bersyukur"
SETERUSNYA
Islam dan sains
Artikal 20 - Panjang 10798
Berikut ulasan lanjut mengenainya.
Rezeki dari Allah
Rujuk Juz 10, Ayat 49.
Solat
Rujuk Juz 20, Ayat 132.
Apa sahaja, tiada berkecuali
Rujuk Juz 9, Ayat 51.
Tauhid
Rujuk Juz 35, Ayat 3.
Bukan 100% sebab usaha
Buruk atau mudarat, juga rezeki
Iman mahukan halal sahaja
Manfaat
Boleh jadi apa yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita dan boleh jadi apa yang kita suka itu sebenarnya tidak baik untuk kita. Mungkin pada masa mendatang baru kita ketahui sebenarnya apa yang kita tidak suka sebelum ini sebenarnya baik untuk kita.
Rezeki bukan 100% manfaat untuk kita sahaja
Doa
Rujuk Juz 51, Ayat 22 ~ 23.
Keyakinan
Keampunan
Rujuk Hadis Tirmidzi 3513.
Keutamaan doa
Manfaat mohon ampun
Rujuk Juz 10, Ayat 12.
Subhanallah. Indah sungguh Islam. Perkara yang kita pandang kecil, rupanya begitu besar di sisi Allah.
Kebetulan? Tanda kekuasaan Allah
Keseorangan?
Baik?
Ikhlas
Perbaiki
Tidak akan terhitung
Rujuk Juz 3, Ayat 37.
Takut?
100%
Tanpa usaha, sukar mendapatkan apa yang kita inginkan. Ini kerana jarang sangat Allah izinkan sesuatu itu berlaku jika individu itu sendiri tidak mahu berusaha. Hukum Alam akan berlaku mengikut ketentuan yang telah ditetapkan, batu akan tenggelam, laju cepat sampai, tapi semua hukum alam boleh jadi sebaliknya kerana Allah Maha Berkuasa.
Janji Allah
Sumber rujukan :
10:49 "Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak berkuasa menolak mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku kecuali apa yang dikehendaki Allah. Bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang ditetapkan; maka apabila tempohnya, tidak dapat mereka melambatkannya sesaatpun, dan tidak dapat mereka menyegerakannya".
20:132 "Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa".
9:51 "Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal".
35:3 "Wahai umat manusia, kenangkanlah nikmat Allah yang telah dikurniakanNya kepada kamu; tidak ada sama sekali yang menciptakan sesuatu selain daripada Allah; Ia memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi. Tiada Tuhan melainkan Dia, maka mengapa kamu rela dipalingkan (dari menyembahnya)?".
51:22 "Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu. 51:23 "Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya (apa yang tersebut) itu tetap benar, (tidak patut diragu-ragukan) sebagaimana (tidak sepatutnya diragukan) benarnya kamu dapat berkata-kata".
10:12 "Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah ia ditimpa Kami (dalam segala keadaan), sama ada ia sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri; dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, ia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon hapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya (sebagaimana ia memandang eloknya bawaan itu) demikianlah diperelokkan pada pandangan orang-orang yang melampau apa yang mereka lakukan".
3:37 "Maka ia (Maryam yang dinazarkan oleh ibunya) diterima oleh Tuhannya dengan penerimaan yang baik, dan dibesarkannya dengan didikan yang baik, serta diserahkannya untuk dipelihara oleh Nabi Zakaria. Tiap-tiap kali Nabi Zakaria masuk untuk menemui Maryam di Mihrab, ia dapati rezeki (buah-buahanan yang luar biasa) di sisinya. Nabi Zakaria bertanya:" Wahai Maryam dari mana engkau dapati (buah-buahan) ini?" Maryam menjawab; "Ialah dari Allah, sesungguhnya Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak dikira".
I said: O Messenger of Allah, what is your view if I know when the Night of Al-Qadr is, then what should I say in it?He said: Say: O Allah, indeed You are Pardoning, [Generous,] You love pardon, so pardon me.
Reference: Jami` at-Tirmidhi 3513 In-book reference, Book 48, Hadith 144 English translation, Vol. 6, Book 45, Hadith 3513.
[Saksikan sendiri, Quran Juz:Ayat - 10:49, 20:132, 9:51, 35:3, 51:22-23, 10:12, 3:37, Sunnah - Jami` at-Tirmidhi 3513].
QURAN 2:20
"The lightning almost snatches away their sight. Every time it lights [the way] for them, they walk therein; but when darkness comes over them, they stand [still]. And if Allah had willed, He could have taken away their hearing and their sight. Indeed, Allah is over all things competent"
KEFAHAMAN AZA
LABEL
Islam dan sains
SEBELUMNYA