On the road
AZRIZAINALABIDIN
Artikal 80 - Panjang 3428
Kita tahu tujuan hidup ini seperti yang telah di nyatakan di dalam Quran. Bila kita sudah berada di jalan yang lurus, yang benar, dan ada Quran sebagai panduan jelas, kita lihat progress kita. Biar sedikit asalkan ada progress. Ikut kemampuan. Terus melatih diri. Utamakan yang utama. Sejauh mana sudah perjalanan kita. Apa yang telah kita lakukan. Harap anda tidak lupa bahawa jauh sudah perjalanan atau baru bermula, yang penting anda sudah berada on the road, jalan yang lurus, jalan yang benar, ia penting kerana salah jalan anda tak akan sampai ke destinasi, bila jalan betul, lambat laun sampai juga. Ramai-ramai ikut jalan yang sama, pasti ada yang sudah jauh di hadapan, ada yang tertinggal jauh di belakang, dan ada yang baru hendak bermula.
Setiap individu punyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Punya kadar usaha yang berbeza bergantung kepada kesungguhan individu. Menilai sesama individu banyak menyasar dari ketepatan, Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Quran yang menjadi panduan jelas individu memberi impak yang berbeza kepada individu. Oleh sebab itu walaupun ada individu yang telah membaca dan memahami isi kandungan Quran, mereka tetap tidak mengucap Syahadah, ada pula individu mengalirkan air mata tersentuh dengan isi kandungan Quran.
Kita mungkin boleh tipu orang lain tapi kita tak dapat nak tipu diri sendiri. Kita tahu bila kita menipu diri kita. Lantas bila kita tersentuh melihat sesuatu, kita memang sejujurnya tersentuh terhadap perkara tersebut kerana itu yang kita rasa, bukan sebab kita buat baik hanya kerana Allah. Kita sayang kawan kita, sebab sejujurnya memang itu yang kita rasa, dan bila kita sayang ibu kita memang sejujurnya itu yang kita rasa. Bukan sebab kalau tak kerana Allah, saya tak akan sayangkan ibu saya, kalau tak kerana Allah, saya tak sayang kawan saya. Bukan begitu. Rasa tersebut adalah ikhlas apa yang kita rasa. Dan kita juga mestilah mencuba perbaiki keihlasan kita terhadap Allah.
Tak mengapa kita mengambil masa perbaiki keikhlasan kita. Sememangnya ianya mengambil masa untuk menyemai rasa memberi tanpa mengharap balasan. Hanya ikhlas tanpa mengharap balasan. Melakukan kebaikkan tanpa perlu menimbang terlebih dahulu untuk melakukannya atau tidak. Tentu sahaja kita mahu berbuat baik sesama individu. Dan berbuat baik kepada Allah kerana sebab yang sama mengapa kita berbuat baik sesama individu. Ia rasa ikhlas yang lahir secara semula jadi. Lebih-lebih lagi Allah adalah Tuhan. Besar ertinya. Buat diri kita mahupun individu lain.
SETERUSNYA
Progress

Quran 2:80
"Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?"
"And they say, "Never will the Fire touch us, except for a few days." Say, "Have you taken a covenant with Allah ? For Allah will never break His covenant. Or do you say about Allah that which you do not know?"
Kefahaman AZA
"Allah pasti akan mengotakan janjiNya. Jauh beza bila berkata sesuatu yang diketahui berbanding berkata terhadap sesuatu yang tidak diketahui"
LABEL
SETERUSNYA
Progress
SEBELUMNYA