Keutamaan

AZRIZAINALABIDIN
Artikal 79 - Panjang 7522
Kita kena tahu apa keutamaan kita baru kita boleh abaikan perkara-perkara sampingan. Tak semua perkara kita dapat lakukan dalam masa harian kita yang terhad iaitu setiap individu miliki 24 jam sehari.

Lebih-lebih lagi bila kita hidup di bandar, masa banyak disibukkan dengan dunia dan kita berusaha sedikit demi sedikit untuk membuat progress menggunakan masa tersebut untuk perkara yang lebih utama berbanding dunia sahaja. Tindakan bijak adalah melakukan sesuatu untuk kebaikkan jangka masa panjang. Akhirat kekal abadi. Hidup di dunia average atau puratanya dalam 50 hingga 70 tahun sahaja. Quran adalah panduan kita yang paling utama. Tulislah buku hebat macam mana pun, hanya Quran dengan jelas menerangkan bagaimana ia mengasingkan kebenaran dan kepalsuan agar pembaca jelas kebenaran yang disampaikan dalam Quran.

Quran untuk setiap individu tak mengira latar pendidikan. Ia memberikan message atau penyampaian mudah untuk siapa sahaja yang inginkan kebenaran. Quran bukan sukar sehingga hanya mereka yang bertaraf ulamak sahaja yang faham message yang cuba disampaikan. Oleh sebab itu, keutamaan membaca buku-buku yang ada adalah Quran. Masa haruslah diusahakan untuk membaca dan mendalami Quran. Bila kita telah tahu apa yang utama, maka tindakan kita mestilah berusaha memastikan menjurus dan mengangkat keutamaan. Bukan sekadar tahu ianya utama tetapi tiada progress seiring mengangkat keutamaan. Usaha atau effort yang harus kita tambah bagi mendapatkan progress.

Review atau lihat semula masa yang kita luangkan untuk berbuat baik kepada Allah bukan kepada sesama individu sahaja. Tak mengapa jika effort kita tidak ikhlas bila kita cuba melatih diri. Dengan izin Allah, usaha kita yang berterusan akan kita dapat perbaiki keikhlasan kita. Bukan manusia yang mengubah manusia. Bukan ulamak yang mengubah anda jadi baik. Hanya Allah yang mampu mengubah individu. Berusaha dengan potensi yang anda ada, keputusan atau result serahkan kepada Allah. Kita generasi beruntung kerana ada Quran yang telah dikaji berkurun lamanya akan kebenarannya. Oleh sebab itu, tak guna kita mempersoalkan kebenaran Quran cukup sekadar ikut sahaja apa yang terkandung di dalam Quran.

Keutamaan kita adalah memastikan progress kita ikut Quran. Allah Maha Mengetahui berbanding individu yang sering menyasar dari ketepatan. Quran sebagai panduan agar individu tidak menyasar dari kebenaran. Keutamaan adalah perkara yang sering diabaikan walaupun perkataan tersebut jelas menggambarkan maksud. Ini berlaku kerana wujudnya pilihan. Tidak mengutamakan yang utama jelas akan memberi impak yang besar kepada tindakan yang dilakukan. Antara keutamaan adalah seperti berikut :

Mestilah mengutamakan yang wajib berbanding yang sunnat. Keperluan berbanding kehendak.

114:1 Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia
114:2 Yang Menguasai sekalian manusia
114:3 Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia
114:4 Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam
114:5 Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia
114:6 (Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia

Terbukti berbanding was-was.

51:56 Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu

Menuju tujuan utama hidup iaitu menyembah Allah dan beribadat berbanding menyasar dari tujuan.

3513 Jamiat-Tirmidhi I said: O Messenger of Allah, what is your view if I know when the Night of Al-Qadr is, then what should I say in it? He said: Say: O Allah, indeed You are Pardoning, [Generous,] You love pardon, so pardon me"

3850 Sunan Ibn Majah O Messenger of Allah, what do you think I should say in my supplication, if I come upon Laylatul-Qadr? He said: Say: (O Allah, You are Forgiving and love forgiveness, so forgive me)."

Mengutamakan memohon keampunan apabila berdoa berbanding memohon perkara lain. Mengutamakan keikhlasan berbanding mengharap balasan. Mengutamakan dalaman berbanding luaran .

5971 Sahih al-Bukhari A man came to Allah's Messenger (ï·º) and said, O Allah's Messenger (ï·º)! Who is more entitled to be treated with the best companionship by me? The Prophet (ï·º) said, Your mother. The man said. Who is next? The Prophet said, Your mother. The man further said, Who is next? The Prophet (ï·º) said, Your mother. The man asked for the fourth time, Who is next? The Prophet (ï·º) said, Your father.

2548 Sahih Muslim Who among the people is most deserving of a fine treatment from my hand? He said: Your mother. He again said: Then who (is the next one)? He said: Again it is your mother (who deserves the best treatment from you). He said: Then who (is the next one)? He (the Holy Prophet) said: Again, it is your mother. He (again) said: Then who? Thereupon he said: Then it is your father. In the hadith transmitted on the authority of Qutalba, there is no mention of the word the people

Berbakti mengutamakan ibu berbanding individu lain.

Keutamaan dapat mengecilkan scope yang luas seterusnya memberikan focus yang lebih. Mendahulukan keutamaan dapat mengelak dari pembaziran kepada perkara-perkara yang sepatutnya dikemudiankan atau tidak dilakukan. Keutamaan jelas diperlukan kerana setiap individu miliki masa yang terhad dengan pelbagai pilihan dan halangan yang ada sedangkan masa kekal jumlahnya 24 jam sehari sahaja.

Yang mana harus didahulukan dari pelbagai pilihan? Sebagai contoh membuat hospital, jalan raya atau jambatan. Menonton TV, bersosial di media sosial atau menambah content di blog? Rawatan kecemasan pelbagai keadaan mangsa yang datang serentak. Mana dahulu yang nak diutamakan? Selain wajib, sunnat, keperluan dan kehendak, terdapat ruang berlakunya kesilapan dalam memberikan keutamaan.

Oleh sebab itu, Quran dan Sunnah sebagai panduan untuk kita tahu apa yang perlu diutamakan. Panduan dah ada pun kita tak nak gunakan? Apa jadi kalau kita tiada panduan? Kita akan ikut logik akal kita, kita akan berdasarkan kajian sainstifik dan kira-kira. Maka berlakulah pelbagai kesilapan, rombakan, percanggahan, berbelit-belit dengan pertambahan itu dan ini.

Hakikatnya telah berkurun pelbagai individu cuba membuktikan kebenaran Quran dan Sunnah dan ternyata akhirnya mereka mendapati ianya benar. Lantas bukankah dengan mengikut sahaja sudah mencukupi? Tentunya rasa tak adil kalau tak diberi peluang untuk membuktikannya sendiri walaupun mengikut sahaja sudah cukup sebenarnya. Apakah yang perlu anda utamakan?

Quran 2:79

"Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu."

"So woe to those who write the "scripture" with their own hands, then say, "This is from Allah," in order to exchange it for a small price. Woe to them for what their hands have written and woe to them for what they earn."

Kefahaman AZA

"Sesiapa yang mengubah Kalam pasti kecelakaan besar akan menimpanya"

LABEL


SETERUSNYA

On the road

SEBELUMNYA

Popular posts from this blog

Tawaran upgrade Unifi speed

Bagaimana untuk reset password maybank2u anda?

Cara guna Maybank E-Wallet (MAE)

Bangsa lebih penting - Artikal 1

Penipu!

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza"

TELEGRAM MESSENGER

Kalau korang dapat apa-apa yang menarik di group korang, sila share ke telegram berikut.

Untuk apa-apa info umum di info umum

Untuk berkaitan Islam di share islam

Untuk berkaitan covid-19 di covid-19

Untuk berkaitan Blog AZA di Komuniti Blog AZA

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

COVID-19

Korang boleh baca fakta sebenar mengenai covid-19 di GLOBAL REPORT 2019-nCOV novel coronavirus kerana tak boleh percaya jika sekadar teori / pendapat / asumsi / imaginasi.

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more

Senarai Penuh Artikal di Blog AZA

Show more