Bagaimana kita menjalani rutin harian?
AZRIZAINALABIDIN
Artikal 2 - Panjang 3157
Setiap hari, kita akan melalui rutin harian yang sama.
Rutin yang kita lalui yang paling besar mempengaruhi impak dalam kehidupan kita. Oleh sebab itu, sebagai individu, kita perlu melaksanakan peranan kita mengikut keupayaan yang kita ada, kekuasaan yang kita atau apa jua yang kita miliki.
Setiap individu yang berusaha untuk memperbaiki rutin harian yang dilalui seperti kesihatan, keselamatan, kerja, di rumah, hubungan sesama manusia, alam sekitar, negara, agama serta apa jua yang memberi impak dalam kita menjalani rutin seharian.
Masalah pasti akan kita temui dalam kita menempuh rutin harian samada masalah yang sama atau masalah yang tidak kita jangkakan. Namun jika sedari awal kita tetapkan matlamat kita untuk memperbaiki rutin harian yang kita lalui, segala yang kita lakukan akan menjurus kepada memperbaiki rutin harian yang kita tempuhi.
Lama kelamaan, rutin harian yang kita idamkan akan dapat kita nikmati. Malah individu yang terlibat dalam rutin harian kita juga akan turut sama merasa impaknya. Matlamat sebegini adalah lebih realistik dan memberi kesan terus kepada rutin harian yang kita lalui.
Mulakan dengan diri sendiri adalah lebih realistik dari mengharap individu lain yang berada di luar kawalan kita. Namun realitinya, mana-mana individu pasti akan suka terlibat dengan individu yang sentiasa berusaha untuk memperoleh rutin harian yang lebih baik.
Kita suka membantu dan mahu membantu bila kita mampu membantu. Realitinya walaupun kita mampu membantu kita tetap dibatasi dengan waktu. Bagaimana kita ingin membantu jika realitinya kita sememangnya tiada ruang yang boleh diperuntukkan untuk kita membantu. Realiti ini sering terlepas pandang oleh individu lain dan menganggap kita berkira dan pelbagai tuduhan liar yang lain.
Realitinya, tak ramai manusia yang jahat. Hanya segelintir sahaja yang bermasalah dan perlu dibantu. Namun realitinya banyak perubahan hanya boleh dicapai jika individu itu sendiri yang berusaha bukan bergantung kepada individu lain semata-mata.
Ada masalah yang memerlukan ilmu untuk diselesaikan. Ada pula yang memerlukan kesabaran, kepantasan, ketelitian, kerjasama serta pelbagai cabang yang bergantung kepada bentuk masalah yang dihadapi.
Rutin harian yang kita lalui mungkin akan kita tempuhi lagi 20 tahun akan datang. Cepat atau lambat, berjaya atau tidak kita memperbaiki rutin harian yang kita lalui bergantung lebih kepada diri kita sendiri untuk memulakannya.
"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa;"
"This is the Book about which there is no doubt, a guidance for those conscious of Allah"
"Individu mesti yakin 100% bahawa kitab Al-Quran adalah sebagai petunjuk dan sempurna 100% Al-Quran itu, yang datangnya Al-Quran itu adalah dari Allah. Sebarang syak adalah jelas memberi isyarat bahawa ketakwaan individu tersebut perlu diusahakan untuk disempurnakan kerana mesti mencapai 100%"
SETERUSNYA
Bagaimana menjaga keselamatan di internet
Artikal 2 - Panjang 3157
Setiap hari, kita akan melalui rutin harian yang sama.
Rutin yang kita lalui yang paling besar mempengaruhi impak dalam kehidupan kita. Oleh sebab itu, sebagai individu, kita perlu melaksanakan peranan kita mengikut keupayaan yang kita ada, kekuasaan yang kita atau apa jua yang kita miliki.
Setiap individu yang berusaha untuk memperbaiki rutin harian yang dilalui seperti kesihatan, keselamatan, kerja, di rumah, hubungan sesama manusia, alam sekitar, negara, agama serta apa jua yang memberi impak dalam kita menjalani rutin seharian.
Masalah pasti akan kita temui dalam kita menempuh rutin harian samada masalah yang sama atau masalah yang tidak kita jangkakan. Namun jika sedari awal kita tetapkan matlamat kita untuk memperbaiki rutin harian yang kita lalui, segala yang kita lakukan akan menjurus kepada memperbaiki rutin harian yang kita tempuhi.
Lama kelamaan, rutin harian yang kita idamkan akan dapat kita nikmati. Malah individu yang terlibat dalam rutin harian kita juga akan turut sama merasa impaknya. Matlamat sebegini adalah lebih realistik dan memberi kesan terus kepada rutin harian yang kita lalui.
Mulakan dengan diri sendiri adalah lebih realistik dari mengharap individu lain yang berada di luar kawalan kita. Namun realitinya, mana-mana individu pasti akan suka terlibat dengan individu yang sentiasa berusaha untuk memperoleh rutin harian yang lebih baik.
Kita suka membantu dan mahu membantu bila kita mampu membantu. Realitinya walaupun kita mampu membantu kita tetap dibatasi dengan waktu. Bagaimana kita ingin membantu jika realitinya kita sememangnya tiada ruang yang boleh diperuntukkan untuk kita membantu. Realiti ini sering terlepas pandang oleh individu lain dan menganggap kita berkira dan pelbagai tuduhan liar yang lain.
Realitinya, tak ramai manusia yang jahat. Hanya segelintir sahaja yang bermasalah dan perlu dibantu. Namun realitinya banyak perubahan hanya boleh dicapai jika individu itu sendiri yang berusaha bukan bergantung kepada individu lain semata-mata.
Ada masalah yang memerlukan ilmu untuk diselesaikan. Ada pula yang memerlukan kesabaran, kepantasan, ketelitian, kerjasama serta pelbagai cabang yang bergantung kepada bentuk masalah yang dihadapi.
Rutin harian yang kita lalui mungkin akan kita tempuhi lagi 20 tahun akan datang. Cepat atau lambat, berjaya atau tidak kita memperbaiki rutin harian yang kita lalui bergantung lebih kepada diri kita sendiri untuk memulakannya.
QURAN 2:2
"This is the Book about which there is no doubt, a guidance for those conscious of Allah"
KEFAHAMAN AZA
LABEL
Bagaimana menjaga keselamatan di internet
SEBELUMNYA
Update : 4 Sep 2017