Panduan membina kejayaan

AZRIZAINALABIDIN
Artikal 68 - Panjang 17,778
Banyak sudah kita didedahkan dengan tips kejayaan. Adakah kita lakukannya? Adakah kita realistik? Bagaimana kita mengukur pencapaian kita? Apakah keutamaan kita dari pelbagai pilihan yang kita ada? Berikut antara panduan membina kejayaan.

1. Mesti prepare diri untuk buat sesuatu.
.
2. Halangan boleh diatasi kerana Allah tahu kita mampu atasi. Realistik. Ikut kemampuan dan kebolehan.
.
3. Gigih berusaha melebihi orang lain.
.
4. Tak semua orang yang berjaya cemerlang dalam pendidikan.
.
5. Jaga kolam jiwa
.
6. Kebiasaan minda akan cetus idea untuk meminjam bila tiada duit, sebaliknya kena tukar minda kepada bagaimana nak cari duit.
.
7. Jika tanpa mentor, kita akan terdedah untuk buat mistake. Once kita in trouble, orang yang rapat dengan kita pun belum tentu nak tolong kita.
.
8. Jangan sampai bila kita dah terdesak, baru kita nak bertindak.
.
9. Nak berjaya kena dapatkan
- ilmu,
- Tahu bagaimana dan bila untuk bertindak,
- Keyakinan,
- Buruknya sifat bertangguh,
- Memberi alasan,
- Penerimaan kepada perkara negatif,
- Cara mengatasi perkara negatif
- Dan kesungguhan (besar commitment, lagi besar impact)
.
10. Ingat selalu Allah adalah Tuhan, bukan boss kita. Faham apa itu "Tiada Tuhan Melainkan Allah".
.
11. Jaga hubungan kita dengan Allah seperti solat wajib/sunat dan amalan baik menurut agama.
.
12. Allah akan pimpin kita. Beri kita jalan keluar. Murah rezeki.
.
13. Tahu buat keputusan.
.
14. Jangan bazir masa.
.
15. Selalu ingat, untuk berjaya, tak perlu orang lain gagal.
.
16. Jangan ada rasa perkauman, Selalu utamakan Allah.
.
17. Jadikan mereka yang rapat dengan kita, yang kita sayang, sebagai pembakar semangat untuk kita berusaha untuk berjaya seperti melihat gambar mereka, video/audio dan sebagainya.
.
18. Jaga Doa kita kerana Allah ikut sangkaan hambanya, bersangka baik dengan Allah, maka baik juga nanti yang akan kita perolehi.
.
19. Doa meliputi apa yang kita,
- Fikir,
- Rasa,
- Cakap,
- Tulis,
- Dan buat.. hati-hati takut yang negatif dimakbulkan.
.
20. Jangan ulang kata-kata negatif. Mulai saat ini, jaga Doa kita.
.
21. Latih diri untuk kawal masalah kecil agar mampu kawal masalah besar.
.
22. Mentor yang tepat akan buat hidup kita jadi luar biasa.
.
23. Kenali
- Potensi diri dan cara nak tingkatkan
- Peka dengan halangan dan cari jalan penyelesaian
- ilmu ( apa yang kita tahu, ianya akan menentukan pendapatan yang kita perolehi ) kerana problem solving, strategy dan lain-lain perlu ilmu.
.
24. Tahu apa yang kita mahu dengan tepat
.
25. Untuk berjaya perlu
- Masa
- Tenaga
- Pengorbanan
- Duit
- Belajar untuk upgrade
- Senyum
- Ucap tahniah
.
25. Mentaliti orang makan gaji = menunggu arahan
.
26. Mentaliti orang business = Cipta arahan
.
27. More you give, More you get, menjurus konsep ikhlas, tawakal dan yakin pada Allah.
.
28. Kita bertanggungjawab untuk bantu orang
.
29. Kita perlu kongsi ilmu yang kita ada
.
30. Kita nak semua orang jadi kaya dan berjaya dunia akhirat
.
31. Dunia ini perlukan kasih sayang, senyuman dan kata-kata yang positif
.
32. Syukur. Banyak bersyukur, banyak attraction yang akan kita perolehi, syukur kala kita susah dan senang. menjurus konsep redha dan tawaduk.
.
33. Contoh terbaik dengan merujuk kepada kedai yang membuka kedai bersebelahan dengan kedai kita, kita takut orang tak datang kedai kita, rasa takut itu tanpa kita sedar memberi isyarat bahawa kita belum yakin sepenuhnya akan kekuasaan Allah. Hanya mereka yang berusaha lebih rasionalnya akan lebih berjaya walaupun kedai bersebelahan.
.
34. Alignment, kita kena prihatin dengan beberapa perkara dalam usaha kita untuk membina kejayaan, antara perkara yang kena kita jaga adalah cara minda kita berfikir, cara kita mengawal emosi, cara kita bercakap dan bertindak, mestilah sentiasa berada di track yang betul iaitu membina kejayaan. Ini kerana ia akan mempengaruhi kolam jiwa kita. Pastikan kita jaga alignment Doa kita juga. Jaga alignment akan kurangkan permasalah baru.
.
35. Kawan, upgrade jenis kawan dari masa ke semasa. Dekati dan kenali mereka. Ia akan membantu kita dengan kualiti yang ada dalam diri mereka. Alignment lebih konsisten bila dapat kawan yang berkualiti. Dekati dan kenali rakan yang berkualiti dan jangan sesekali ketepikan rakan yang sedia ada. Kawan yang berkualiti akan membakar semangat kita untuk membina kejayaan.
.
36. Fast action, Fast Result.
.
37. Road block, ia sinonim dengan alasan yang kita cipta dalam usaha kita membina kejayaan. Jangan mudah terpengaruh. Sentiasa ingat matlamat kita untuk membina kejayaan.
.
38. Focus


KOMUNIKASI


39. Objektif mestilah ditetapkan dari komunikasi yang dilakukan iaitu hasil.
.
40. Sebelum melakukan komunikasi, sebaiknya kita kenal dahulu dengan siapa kita bakal berkomunikasi.
.
41. Untuk meransang komunikasi dari orang lain, keraplah meminta pendapat atau pandangan beliau. Ini akan menggalakkan beliau untuk bercakap.
.
42. Terdapat 3 jenis komunikasi
Pertama : Verbal 7% - berkomunikasi secara mendatar
Kedua : Vocal 38% - berkomunikasi menggunakan intonasi
Ketiga : Visual 55% - berkomunikasi berserta body language
.
43. Gunakan Impression sewaktu berkomunikasi
.
44. Sentuhan dapat memupuk rasa akrab. kawasan sentuhan dari pinggang ke bahu.
.
45. Anggukan sebagai tanda kita faham.
.
46. Rasa kritik dari pelanggan timbul dari rasa teracam beliau yang di dekati peniaga. Rasa ini akan hilang jika anda tahu teknik untuk beliau merasakan akrab dengan anda. Apa yang berkaitan dengan perniagaan juga sering berkaitan dengan kehidupan seharian kita.
.
47. Rasa kasihan juga membantu dalam mendapatkan jualan mahupun dalam kehidupan seharian kita.
.
48. Ulangi kata-kata pelanggan, pilih untuk ulangi kata-kata yang penting dari keseluruhan ayat pelanggan tersebut. Ini akan menggambarkan keramahan dan perhatian anda.
.
49. Buka minda pelanggan dengan memberi contoh manfaat yang diterima dari pelanggan lain terhadap penggunaan produk anda.
.
50. Jika kita kenali pelanggan, ini akan membantu kita dalam proses membantu pelanggan kita.
.
51. Gunakan approach yang sesuai untuk kategori pelanggan seperti berikut.
.
52. Kategori Visual, Gambar menceritakan seribu satu perkara. pemilik kebiasaannya akan bercakap dengan laju. kita tiada masalah untuk membuat pelanggan kategori ini bercakap. penerangan dalam bentuk visual lebih mudah mendapat tempat di hatinya.
.
53. Kategori Audio, pemilik biasa bercakap lambat. Teknik merancang komunikasi diperlukan apabila berhadapan dengan pelanggan pada kategori ini. pemilik juga suka menggunakan body language.
.
54. Kategori Digital, Pemilik akan berhenti seketika apabila berkata-kata. waktu beliau berhenti seketika itu adalah kerana beliau sedang memproses maklumat atau berfikir.
.
55. Perhatikan mata pelanggan kerana terdapat message yang boleh membantu anda.
.
56. Gerakkan mata tersebut berlaku apabila anda membuat beliau berfikir. Cara untuk membuat beliau berfikir dengan mengajukan soalan seperti kenapa...?
.
57. Jika gerakkan mata pemilik ke atas, pemilik kategori visual.
.
58. Jika gerakkan mata pemilik ke kiri atau pun ke kanan, pemilik kategori Audio.
.
59. Jika gerakkan mata pemilik ke bawah, pemilik sedang bertanya dengan hati beliau.
.
60. Jika matanya tetap di tengah, ini bermakna pemilik dah terbiasa dengan soalan anda.
.
61. Gerakan mata bukan lesen untuk anda kategorikan pemilik, gunakan juga cara beliau bercakap dan body langguange.
.
62. Dengan izin Allah saya sambung input saya perolehi dari seminar "Gergasi Hijau" pada post yang seterusnya.

63. Terdapat 5 langkah untuk membuat jualan
.
64. Niat-Pastikan niat kita berada pada track yang betul iaitu membantu pelanggan dengan produk-produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Kita mestilah sentiasa peka menjaga alignment ini dan cepat-cepat kembali pada track yang betul apabila tersasar seperti lebih mengutamakan duit masuk. Jika kita yakin rezeki hanya dengan izin Allah dan bila saja Allah kehendaki maka tiada apa yang perlu kita ragui akan kekuasaan Allah. Jika Allah nak berikan rezeki kepada kita, kita tidak akan terhitung banyaknya. Rujuk Juz 3, Ayat 37.
.
65. Dari Abu Hurairah r.a., diberitakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah bercerita, mengenai seorang pekebun yang dikurniakan kebaikkan hanya kerana beliau berniat untuk menyedekahkan sepertiga hasil yang diperolehinya untuk sedekah, sara hidup dan modal untuk menguruskan kebun. (Rujuk Riwayat muslim untuk Riwayat penuh).
.
66. Pastikan-Produk dan perkhidmatan adalah betul-betul akan memberi manfaat buat pelanggan kita.
.
67. Kerah-Jangan sesekali kita mengerah tenaga orang bawahan kita. Hubungan sesama manusia memerlukan 80% spiritual dan 20 % teknikal. Anda jaga percentage tersebut, dengan izin Allah apa sahaja yang kita lakukan samada buat business atau tidak, circle positif kita akan terus berkembang.
.
68. Kemahiran-Upgrade diri kita dari masa ke semasa. Latihan yang berterusan lambat laun akan memahirkan kita dengan izin Allah.
.
69. Ikhlas- Dalam apa jua yang kita lakukan, keikhlasan kita melakukan sesuatu itu menjadi pemangkin apabila kita diuji oleh Allah s.w.t. Bila kita tidak ikhlas, dengan mengharapkan sesuatu, tetapi apa yang kita harapkan tidak berlaku, ianya memberi input yang tidak baik kepada kita. Cukuplah kita hanya mengharap kepada Allah sahaja. [Orang beriman, baik buruk yang diterima, iman mereka tetap sama , untuk tafsir asal rujuk Juz 89, Ayat 15~16].
.
70. Harga- Tetapkan harga yang kompetitif bagi produk dan perkhidmatan yang kita tawarkan. Harga yang bertepatan akan menjadikan produk dan perkhidmatan kita "Gergasi Hijau" dipasaran.
.
71. Sistem- Ujudkan satu sistem yang lengkap untuk stokis, pengedar dan ejen. Sistem yang baik akan mudah diikuti oleh semua orang. Lihat saja francais yang mempunyai jaringan diseluruh dunia dengan menggunakan sistem yang sama. Mulakan dari bawah dengan membina asas yang kukuh sebelum pergi ke peringkat yang seterusnya.
.
72. Recruit - Bila ramai kenal produk dan perkhidmatan yang kita tawarkan, maka akan lebih ramai yang akan join. Mulakan dengan buat group coaching dengan jumlah yang kecil dan seterusnya kita berkembang dengan mengadakan seminar pula. Semua orang boleh buat group coaching dan seminar, pastikan ianya betul-betul memberi manfaat.
.
73. Anda yang sedang membaca, buat apa yang anda baca. Ilmu tanpa amal seperti buku yang memenuhi perpustakaan dunia, tidak bermakna perkongsian di dalam buku tersebut jika tidak diamalkan.

74. Insan yang dahagakan ilmu suka jika ada insan lain yang sudi memberi tunjuk ajar buat mereka. Bantu upgrade ilmu mereka secara berterusan.
.
75. Ingatlah selalu bahawa ilmu itu adalah amanah yang perlu kita kongsikan.
.
76. Pastikan kita terusan menjaga alignment keikhlasan kita.
.
77.Manusia tidak lari dari sifat lupa, berpesan selalu akan kebaikkan dan kesabaran. Follow-up adalah ubat yang berkesan bagi membantu pelanggan kita yang kadang terlupa.
.
78. Pemimpin yang baik, akan melahirkan ramai pemimpin yang lain.
.
79. Kenal pasti ciri-ciri Prospek. Ia penting bagi mengurangkan kerugian masa, tenaga dan wang ringgit yang sepatutnya diberikan kepada prospek yang tepat.
.
80. Pertimbangkan untuk menimbang criteria berikut seperti lelaki/perempuan, berapa umur yang sesuai, tempat atau kawasan yang sesuai seperti bandar/negeri, adakah bersesuaian dengan minat mereka,
.
81. Untuk mendapatkan keputusan yang baik, kita kena yakin.
.
82. Apabila kita approach pelanggan berikan salam, rajin bertanya soalan kepada mereka agar mereka banyak bercakap, jadilah pendengar yang baik, cari dan highlight persamaan yang ada, bila pelanggan banyak cakap, baru kita boleh faham apa masalah mereka yang boleh kita bantu, ia juga membantu kita dapat memberikan penerangan yang mereka perlukan, akhir sekali closing.
.
83. Ingat, marketer yang baik tahu apa bentuk bantuan lain yang dapat membantu pelanggan mereka setelah satu closing ke satu closing yang lain.
.
84. Bila berinteraksi dengan mereka, gunakan kata-kata yang berakhir dengan ...kan? ia berbentuk soalan yang meransang mereka untuk kita dapatkan respond dari mereka.
.
85. Ingat selalu bahawa data pelanggan adalah aset anda. Ia membantu mengurangkan kos dan closing ratio adalah lebih tinggi jika mereka masih percayakan anda.
.
86. Untuk berjaya, anda perlukan ilmu dan mentor yang tepat.
.
87. Bagaimana untuk memastikan pelanggan anda terus mendengar apa yang anda tuturkan? Manusia suka mendengar mengenai diri mereka, mereka sanggup untuk mendengar berjam-jam. Mengetahui akan perkara ini, kini anda telah tahu bagaimana untuk membuatkan pelanggan anda mendengar apa yang anda tuturkan.
.
88. Mempengaruhi : Prinsip yang telah terkenal mengenai kelakuan manusia menyatakan bahawa bila kita meminta bantuan dari seseorang, kita akan lebih berjaya mendapat bantuan yang diminta sekiranya kita memberikan sebab mengapa kita meminta pertolongan tersebut. Manusia mudah suka mempunyai sebab untuk buat apa yang mereka lakukan. Jarang sangat ada manusia buat sesuatu tanpa sebab.
.
89. Bagaimana untuk terus kekal? Banyak inovasi gagal kerana pelanggan terlebih menghargai yang lama sementara syarikat pula terlebih menghargai yang baru.
.
90. Bagaimana nak menjangkakan sesuatu yang tidak munasabah? Kepercayaan, sekali ia pergi, sangat sukar untuk ia kembali. Apa lagi yang lebih munasabah untuk anda mendapat tempat dihati pelanggan anda?
.
91. Bagaimana untuk jadikan buah fikiran satu kenyataan? tanpa perancangan dan tindakan, apa jua idea hebat hanya tersimpan di dalam memori sahaja.
.
92. Viral bukan berlaku secara semulajadi, ianya dibuat.
.
93. Dengan membuat kelainan dari perkara berikut, peluang anda untuk mendapatkan perhatian pelanggan anda adalah lebih besar iaitu terhadap sesuatu yang mudah, diluar jangkaan, kesahihan, credibility, perasaan dan penceritaan.
.
94. Tiada apa dalam kehidupan ini penting seperti apa yang anda fikirkan, semasa anda sedang memikirkannya. Ianya hanya mungkin menjadi penting setelah anda laksanakan apa yang anda fikirkan dan bila terbukti ianya diperlukan dalam realiti kehidupan seharian.
.
95. Membantu pelanggan anda merasakan diri mereka unik, penting dan rasa milik kepada kumpulan, antara nilai yang mungkin menjadi penyebab kepada marketer.
.
96. Untuk membina kejayaan, kita perlu mempermudahkan bagi mencapai objektif.
.
97. Fikiran kita menerima jenama sebagai lebih istimewa dan menghargainya lebih dari hakikat yang sebenar. Ciri-ciri yang paling dijaga bila kita menjenamakan sesuatu.
.
98. Saya tak pernah rugi melaburkan duit saya kerana keuntungan yang saya perolehi.
.
99. Untuk jadi pemimpin adalah mudah, buat apa yang anda percaya, berikan gambaran masa hadapan, orang lain akan ikut.
.
100. Anda perlu untuk berhenti belajar apa yang telah anda pelajari.
.
101. Cipta sesuatu itu untuk mudah, diingati, mengajak untuk dilihat, mengajak untuk dibaca.
.
102. Untuk membuat jualan, gunakan separuh masa anda untuk produk, separuh lagi untuk usaha dapatkan penerimaan dan populariti terhadap produk.
.
103. Pada bila-bila masa anda mencuba untuk menjual pada seseorang, hentikan cubaan anda tersebut, sebalikknya fikirkan bagaimana anda dapat membantu pelanggan anda kerana ianya akan menjayakan cubaan anda.
.
104. Jika kita menyekat kepelikan yang muncul dari diri kita dalam mengusahakan sesuatu. hasil kerja kita tidak menyerlah kerana sekatan tersebut.
.
105. Telah terbukti Barack Obama berjaya dalam kempen beliau, pelajari kempen beliau agar anda dapat mengggunakannya dalam bisness anda.
.
106. Fokus untuk memberi manfaat dan tawarkan sesuatu yang bernilai buat pelanggan anda. Lihat semula pasaran ke sesuatu yang lebih terperinci dan lebih mudah untuk diuruskan.
.
107. Kewujudan yang anda boleh pasti hanyalah terhadap persepsi anda. Jika alam semesta wujud, ia di dalam ingatan anda dan di dalam ingatan orang lain juga.
.
108. Jika kita memberi dengan mudah, akan selalu dapat lebih lagi.
.
109. Dalam dunia perniagaan online, ayat online kita, adalah alat kita untuk tujuan khas misi perniagaan kita disamping memberi message secara tidak langsung yang menggambarkan diri kita.
.
110. Perkara yang sering menakutkan adalah apabila kita nak memulakan sesuatu.
.
111. Saya tak boleh beri anda formula untuk jadi berjaya, tapi saya boleh beri anda formula untuk gagal iaitu cuba untuk memuaskan semua orang. Kita mestikal pragmatik dan realistik.
.
112. Tulisan anda berhubung dengan pembaca anda, adalah secara langsung kepada pembaca anda, Jika anda masih tercari-cari bidang yang menarik untuk diceburi, membantu orang dan membuatkan mereka gembira adalah perkara terbaik yang boleh anda lakukan dalam bidang internet marketing.
.
113. Dia mempunyai 1001 perkara yang lebih penting untuk dia menakluk fikirannya.
.
114. Jauh beza mengkritik berbanding mencipta.
.
115. Buat keputusan apa yang anda ingin lakukan, kemudian buat keputusan untuk lakukannya, kemudian buat.
.
Akhir kata, selagi bernafas kita masih berkesempatan untuk membuat pilihan. Apa pilihan anda? Ingatlah bahawa Allah nyatakan individu yang mendapat petunjuk dari Allah adalah kejayaan yang sebenar kerana membuka jalan untuk kita dekat kepada Allah bukannya semakin menjauh.

Quran 2:68

"Mereka berkata pula: "Berdoalah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada kami bagaimana (sifat-sifat) lembu itu?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Allah berfirman: Bahawa (lembu betina) itu ialah seekor lembu yang tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda, pertengahan (umurnya) di antara itu; maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu melakukannya"

"They said, "Call upon your Lord to make clear to us what it is." [Moses] said, "[ Allah ] says, 'It is a cow which is neither old nor virgin, but median between that,' so do what you are commanded"

Kefahaman AZA

"Hasil akan menyasar jika terdapat masalah dalam komunikasi"

LABEL


SETERUSNYA

Persediaan sebelum melakukan sesuatu

SEBELUMNYA

Popular posts from this blog

Tawaran upgrade Unifi speed

Bagaimana untuk reset password maybank2u anda?

Cara guna Maybank E-Wallet (MAE)

Bangsa lebih penting - Artikal 1

Penipu!

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza"

TELEGRAM MESSENGER

Kalau korang dapat apa-apa yang menarik di group korang, sila share ke telegram berikut.

Untuk apa-apa info umum di info umum

Untuk berkaitan Islam di share islam

Untuk berkaitan covid-19 di covid-19

Untuk berkaitan Blog AZA di Komuniti Blog AZA

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

COVID-19

Korang boleh baca fakta sebenar mengenai covid-19 di GLOBAL REPORT 2019-nCOV novel coronavirus kerana tak boleh percaya jika sekadar teori / pendapat / asumsi / imaginasi.

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more

Senarai Penuh Artikal di Blog AZA

Show more