Amalan mudah

AZRIZAINALABIDIN
Artikal 26 - Panjang 7414
Disamping kita mengutamakan yang utama, mari kita praktikkan setiap hari 5 perkara mudah sebelum tidur

BACA

1. Al-fatihah

2. Al-Ikhlas 3x

3. Istighfaar

4. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar

5. Shalawat

HURAIAN

Bila buat sesuatu atau apa jua, kita perlu:

1. Tahu mengapa kita perlu buat

2. Ikhlas tanpa mengharapkan apa jua balasan

3. Faham

4. Niat

5. Konsisten.

Lebih mudah kita praktikkan sesuatu yang mudah. Beza buat dengan niat atau tanpa niat samada terhadap diri atau yang lain. Beza sengaja ingin menyakiti atau tidak sengaja atau tanpa sedar menyakiti. Hanya menghafal berbeza bila tahu maksud Quran. Tahu mengapa kita perlu lakukan, bukan ikut-ikutan tanpa kefahaman.

(1) Al-Ikhlas

112:1 "Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa".

112:2 "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat".

112:3 "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan".

112:4 "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

HURAIAN

Adakah kita mahu mengatakan bahawa "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa"? Mengapa?

Kepada siapa kita memohon sebarang hajat? Mengapa?

Allah tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".

Bila kita faham maksud ayat, malah kita baca setiap hari, apakah manfaat yang kita dapat dalam menjalani realiti kehidupan seharian?

Kenapa baca 3x sebab seperti khatam sebuah Al-Quran.

(2) Al-Fatihah

1:1 "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani".

1:2 "Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam".

1:3 "Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani".

1:4 "Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)".

1:5 "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan".

1:6 "Tunjukilah kami jalan yang lurus".

1:7 "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat".

(3) Istighfaar

Astaghfirullah (Aku mohon ampun kepada Allah)

HURAIAN

71:10 "Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun".

71:11 "(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;

Sahih Muslim 2745 : "Allah is more pleased with the repentance of a believing servant than of a person who set out on a journey with a provision of food and drink on the back of his camel. He went on until he came to a waterless desert and he felt like sleeping. So he got down under the shade of a tree and was overcome by sleep and his camel ran away. As he got up he tried to see (the camel) standing upon a mound. but did not find it. He then got upon the other mound, but could not see anything. He then climbed upon the third mound but did not see anything until he came back to the place where he had been previously. And as he was sitting (in utter disappointment) there came to him the camel, till that (camel) placed its nosestring in his hand. Allah is more pleased with the repentance of His servant than the person who found (his lost camel) in this very state. Simak reported that Sha'bi was of the opinion that Nu'min traced it to Allah's Apostle (ï·º). Simak, however, did not hear that himself".

Kita banyak buat salah kepada ciptaan Allah yang lain samada yang kita boleh lihat dan yang kita tak boleh lihat. Samada secara sengaja, tidak sengaja atau tanpa sedar. Dan tidak kepada kesemuanya kita berkesempatan memohon maaf. Lantas bila kita pohon keampunan kepada Allah, setiap hari, apakah manfaat yang kita dapat dalam menjalani realiti kehidupan seharian?

(4) Dzikir

Tasbih "Subhanallah" Maha Suci Allah

Tahmid "Alhamdulillah" Segala Puji Bagi Allah

Takbir "Allahu Akbar" Allah Maha Besar

Adakah kita suka bila dipuji dan diingati? Mengapa kita memuji dan mengingati? Lantas bila kita memuji dan mengingati Allah, setiap hari, apakah manfaat yang kita dapat dalam menjalani realiti kehidupan seharian?

(5) Shalawat

HURAIAN

Selawat bermaksud mendoakan atau memohon berkat kepada Allah SWT dan melimpahkan Rahmat-Nya untuk Nabi dengan ucapan, kenyataan dan pengharapan, semoga beliau (Nabi) sentiasa sejahtera.

Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW juga bermaksud memperbesarkan, mengagungkan, menambahkan kehormatan dan kepujian serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur sebagai penyampai utusan-Nya yang menjadi rahmat seluruh alam, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.

Membaca Selawat harus disertai dengan niat dan dengan sikap hormat kepada Nabi. Orang yang membaca selawat untuk Nabi hendaklah disertai dengan niat dan rasa cinta kepada Nabi dengan tujuan untuk memuliakan dan menghormati Baginda.

Berselawat seperti ketika tahiyyat dalam solat.

"Ya Allah! Berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau telah memberi shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Di dalam alam semesta ini hanya Dikau sahajalah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia!".

Allah SWT dan para Malaikat pun bershalawat kepada Nabi SAW.

shalawat di baca apabila "Setiap kali menyebut, mendengar atau menulis nama Nabi Muhammad SAW, ganti namanya atau pangkat kerasulan dan kenabian Baginda SAW".

Lantas bila kita bershalawat ke atas Nabi SAW, setiap hari, apakah manfaat yang kita dapat dalam menjalani realiti kehidupan seharian? Bagaimana sepatutnya kita menjalani realiti kehidupan ini? Siapa yang mesti kita contohi? Apa manfaat praktikkan setiap hari 5 perkara mudah sebelum tidur?

1. Al-fatihah

2. Al-Ikhlas 3x

3. Istighfaar

4. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar

5. Shalawat

QURAN 2:26

"Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: "Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?" (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik"

"Indeed, Allah is not timid to present an example - that of a mosquito or what is smaller than it. And those who have believed know that it is the truth from their Lord. But as for those who disbelieve, they say, "What did Allah intend by this as an example?" He misleads many thereby and guides many thereby. And He misleads not except the defiantly disobedient"

KEFAHAMAN AZA

"Melalui perbandingan kita dapat tahu kebenaran. Allah akan menyesatkan individu yang fasik melalui perbandingan yang dinyatakan oleh Allah di dalam Al-Quran. Manakala individu yang beriman dapat mengetahui kebenaran pada perbandingan yang sama"

LABEL


SETERUSNYA

Online game

SEBELUMNYA

Popular posts from this blog

Tawaran upgrade Unifi speed

Bagaimana untuk reset password maybank2u anda?

Cara guna Maybank E-Wallet (MAE)

Bangsa lebih penting - Artikal 1

Penipu!

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza"

TELEGRAM MESSENGER

Kalau korang dapat apa-apa yang menarik di group korang, sila share ke telegram berikut.

Untuk apa-apa info umum di info umum

Untuk berkaitan Islam di share islam

Untuk berkaitan covid-19 di covid-19

Untuk berkaitan Blog AZA di Komuniti Blog AZA

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

COVID-19

Korang boleh baca fakta sebenar mengenai covid-19 di GLOBAL REPORT 2019-nCOV novel coronavirus kerana tak boleh percaya jika sekadar teori / pendapat / asumsi / imaginasi.

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more

Senarai Penuh Artikal di Blog AZA

Show more