Seminar

AZRIZAINALABIDIN
Artikal 43 - Panjang 5451
Saya nak kongsikan pengalaman saya mengikuti seminar "Gergasi Hijau" di Mutimedia Universiti Cyberjaya.

Semasa saya dapat info dari rakan masa dah suntuk sangat dengan waktu majlis. Saya tak boleh fikir lama-lama tak nak tak sempat kalau nak pergi. Pantas saya google lokasi yang dimaksudkan. Iphone saya pula bateri critical, saya tinggalkan saja di rumah. Saya capai sling beg mauro saya, cap (topi), alat bantuan melihat rabun jauh dan mula bergerak keluar rumah. Bukan lari dari rumah tau! Hahax ;) ;) ;) ;). Malam begini tak pakai cermin mata tak confident nak drive. Eh.. tak jadi. Saya tunggang motor saja. Bukan tunggang kuda tau! Hahax ;) ;) ;) ;) . Nak drive kereta mesti lambat. Minyak motor pulak critical juga, terpaksa singgah jap isi maksimum.

Sebenarnya saya jarang keluar rumah. Pasal jalan ni memang tak mahir kalau tak guna applikasi yang berasal dari Israel iaitu Waze yang kini telah dibeli oleh gergasi Google. Maka makin luaslah monopoli Google di internet. Senang jer gajah pijak semut kan? Namun saya tekad pergi juga. Lawak, salah masuk jalan, saya terpaksa berpatah balik menuju jalan yang lurus. Tetiba pula dapat hidayah, mentol di kepala menyala, jalan sebenar kesas highway. Saya ikut jalan motor sahaja. Tak nak ikut lorong motor yang sunyi tu. Tak pakai sweater pun, just berkemeja sahaja.

Sampai kat satu signbord yang amat besar saya dah lost, ni nak ke Cyberjaya ker atau kat depan lagi ? Tanya hati jap, tanya akal jap, doa sikit, saya buat keputusan masuk simpang. Syukur Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, sib baik betui. Berbunga hati nampak simpang ke Cyberjaya. Eh mana pulak universiti ni? Jalan ni macam nak masuk hutan jer. Signboard warna oren yang memaparkan jalan sedang dibina jelas tersuluh oleh lampu motor. Berkesan dan tepat message yang disampaikan oleh signboard tersebut buat saya. Bukan macam signboard gergasi kat highway tadi yang buat saya bermeditasi sebentar. Hahax ;) ;) ;) ;).

Eh macam betui jer ni, bandar baru ni macam Cyberjaya jer. Walau tak pernah sampai. Hahax ;) ;) ;) ;). Mana pulak la universiti ni ? Tu dia, ada pak guard kat depan tu, lorong nak masuk memang macam kat U (Universiti). Nak berkenalan jap la ngan mamat guard ni, eh melayu ker? Ya kot, " tumpang tanya, kat mana seminar gergasi hijau?". Adoi, kalau salah tanya ni, musti mamat ni ingat saya fenin. Al-maklumlah "gergasi hijau". Hahax ;) ;) ;) ;). "Straight...straight... right...." ngan body langguage sekali. Owh orang oversea rupanya. "Thank you" kata saya dan mula masuk U.

Biasalah, masuk U macam masuk bandar juga. Luas. Adoi, banyaknya simpang, banyaknya signboard, memang rajin membaca student kat sini. Hahax ;) ;) ;) ;). Eh nampak pulak beberapa remaja lelaki baru nak masuk kereta di pinggir jalan. Terus saya cakap omputih bertanyakan tempat gergasi hijau kerana tengok mereka jer dah tahu bukan student Malaysia. Muka memasing Arabic sesangat. Sib baik tempat tu popular, arahan tunjuk jalan betui dan akhirnya saya sampai dengan izin Allah.

Tetiba rasa segan pulak nak masuk lambat ke dalam dewan. Tebalkan muka, redah juga. Sib baik bertemu jodoh ngan muslimah cantik dan berbudi pekerti mulia di luar dewan. Sejuk mata memandang. Sejuk hati. Saya bertanyakan tempat pendaftaran dan toilet. Dah lama tahan ni. Tak nak tetiba datang presure kuat yang akan menyebabkan empangan pecah Hahax ;) ;) ;) ;). Baik saya pergi toilet dulu kan?

Masuk sahaja ke dalam dewan, ligat mata saya cari kerusi kosong. Buku dan pen saya keluarkan mencatat apa yang sempat, ikut kefahaman saya. Tak kan nak ikut kefahahaman orang sebelah pulak kan? Hahax ;) ;) ;) ;). Mamat kat sebelah saya ni, dari mula sampai habis majlis sibuk ngan telefon canggih dia. Ntah model apa pun saya tak perasan. Kalau sibuk tu sinonim ngan canggih lah kan? Tak gitu? Main game pun sibuk gak kan? Hahax ;) ;) ;) ;). Engage ngan customer, chat katanya. 15k monthly income dia. Katanyalah. Nazarudin namanya. Orang Cyberjaya gak. Kalu (kalau) dia mention income dia 1.5k mungkin saya tak share kat sini kan? Sebab dia petik besar, so terjojol (terkeluar) bijik mata surprise kan!? Kalau dia bank in kasik (beri) saya amacam? (apa macam) Hahax ;) ;) ;) ;).

Plan (mengikut perancangan) majlis habis pukul 11, terbabas nampaknya, habis jer majlis, saya bergegas ke toilet, again!? Terus ke motor, carik jalan keluar pulak. Tengah malam buta begini, majoriti drive kereta, saya dah la tak tahu jalan, sampai sesat masuk highway gelap nkpe ker nkve, ntah. Ngan izin Allah saya sampai rumah. Sebelum tidur saya share kat internet ikut turutan apa yang saya tulis tadi. Panjang rupanya. Kalau ikut ramalan cuaca, 3 hari baru habis share kat internet Hahax ;) ;) ;) :). crius! (serius).

Sok nya kijer, citer ngan officemate, kena marah saya, "lain kali jangan buat lagi pergi tunggang motor, gelap, tak tahu jalan, tak bawak phone, bla...bla...bla..". Sayang jugak mereka ni kat saya. Hahax ;) ;) ;) ;). Eh dah habis citer. Hahax ;) ;) ;) ;). Insya Allah lain kali kita citer lagi ya ;).

QURAN 2:43

"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk."

"And establish prayer and give zakah and bow with those who bow [in worship and obedience]."

KEFAHAMAN AZA

"Allah berfirman untuk kita solat dan bayar zakat"

LABEL


SETERUSNYA

Gembira

SEBELUMNYA

Popular posts from this blog

Tawaran upgrade Unifi speed

Bagaimana untuk reset password maybank2u anda?

Cara guna Maybank E-Wallet (MAE)

Bangsa lebih penting - Artikal 1

Penipu!

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza"

TELEGRAM MESSENGER

Kalau korang dapat apa-apa yang menarik di group korang, sila share ke telegram berikut.

Untuk apa-apa info umum di info umum

Untuk berkaitan Islam di share islam

Untuk berkaitan covid-19 di covid-19

Untuk berkaitan Blog AZA di Komuniti Blog AZA

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

COVID-19

Korang boleh baca fakta sebenar mengenai covid-19 di GLOBAL REPORT 2019-nCOV novel coronavirus kerana tak boleh percaya jika sekadar teori / pendapat / asumsi / imaginasi.

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more

Senarai Penuh Artikal di Blog AZA

Show more