Tertidur
AZRIZAINALABIDIN
Artikal 37 - Panjang 6345
Mood untuk bercerita datang lagi.
Begini citernya. Saya terjaga dari tidur kerana terdengar panggilan talipon. "Mengapa tak datang?" Saya tertidur balik dari kerja dan terlepas temu janji dengan rakan. Bersegera saya ke luar rumah, pergi ke lokasi yang dijanjikan.
Sampai sahaja di lokasi, saya terus sahaja mengambil barang yang telah ditinggalkan oleh rakan saya di tempat public. Ketika saya menghampiri motor saya, datang seorang perempuan India meminta tolong tentang motornya yang tak boleh nak [start].
Bersama perempuan india tersebut, seorang lelaki, mungkin warga asing. Saya terus sahaja mencuba untuk [start] motor tersebut secara manual, namun gagal menghidupkan motor tersebut dan saya kepenatan.
"Tinggal kat mana?" tanya saya. "Klang". jauh tu Shah Alam - Klang. Dah la waktu malam begini, bisik hati saya. Saya mencari contact number kedai motor di mobile phone saya. Mungkin kedai tersebut masih di buka. boleh la saya tolong tolak motor ni ke kedai tersebut. Walaupun sebenarnya saya pernah ada pengalaman pahit tolak motor.
Jom kita beralih ke citer pengalaman pahit saya tolak motor tu kejap agar dapat tangkap kaitan antara dua citer ni. Banyak benda yang kita tak tahu kalau tak diberi tahu. Namun ada juga yang diberitahu rupanya tipu. Lantas kalau kita tak tahu 100%, jelas tak tepat penilaian kita. kan? Begini citernya.
Saya dan seorang rakan masing-masing guna motor pergi ke suatu destinasi. Dalam perjalanan, tetiba motor rakan saya tak berfungsi. terpaksalah saya menolak motor kawan saya tu menggunakan kaki untuk kami sampai ke suatu kawasan yang mungkin boleh pulihkan keadaan motor kawan saya tu.
Ketika saya menolak motor kawan saya tersebut, saya hilang kawalan, motor saya tumbang dan kaki saya luka dalam di bahagian sendi depan kaki kiri antara kedua buku lali. Kaki saya dihempap motor saya sendiri, sedang kami menuruni bukit. Cukup citer sampai kat situ jer. Jom sambung balik citer tadi.
Sedang saya cari contact number kedai motor di mobile phone saya, datang sebuah van menghampiri kami. Rupanya perempuan india tersebut dah menghubungi kawannya. Ada dua orang lelaki india di dalam van tersebut.
Saya tinggalkan mereka dan kembali menuju ke motor saya. Sekali lagi perempuan india tersebut menghampiri saya. "Abang boleh tolong hantarkan kawan saya ni?" Lelaki tersebut berdiri berdekatan perempuan india tersebut. "Siapa ni?" Tanya saya. "Kawan" jawab perempuan india tersebut. "Okay..okay" kata saya lalu perempuan india tersebut kembali semula menuju ke motornya.
Saya bawak lelaki tersebut tanpa memakai topi keledar. Saya paksa dia pegang pinggang saya. Dia mengikut sahaja. Risau gak saya masa layan lap takut motor tumbang. Alhamdulillah. Selamat sampai hantar lelaki tersebut dan tak jumpa polis. Kalau tak dah jadi citer lain pulak.
"Mahu minum dulu" kata lelaki tersebut ketika turun dari motor saya. "Tak apa, okay ya" lalu saya meninggalkannya dan menuju pulang ke rumah saya.
Saya melihat hidup ini saling memerlukan diantara satu sama lain. Boleh sahaja saya persoalkan kenapa motor boleh rosak? Tak service ker? Kenapa balik malam? Macam-macam soalan saya boleh tanya. Macam-macam aspek boleh saya salahkan perempuan india tersebut. Tapi realiti hidup ini, tak ada orang sengaja nak cipta masalah. Kalau kita boleh bantu kita bantu, kalau tak nak, tak perlulah nak menambahkan masalah kepada yang sedang bermasalah.
Tak jadi isu pun agama berbeza, bangsa berbeza, kulit berbeza. gay ker? pondan ker? couple ker? warga asing ker? nilai kemanusiaan itu lebih diutamakan. Saya tak mintak pun kad pengenalan atau passport dia sebelum saya nak tolong. Ada lagi ker manusia yang [racist] kat dunia ni?
ke-2. Saya menilai lelaki tersebut sebagai warga asing melalui rupanya. Kita pantas membuat penilaian melalui apa yang kita lihat. Pada hal kita tak dengar lagi suara dia. Ada tak slang warga asing? ker warga malaysia yang rupa macam warga asing. Mungkin kan? Namun penilaian telah saya buat diawal tadi. dan ianya penilaian secara [on the spot] bukan penilai seperti audit yang diteliti dengan pelbagai kriteria.
ke-3. Bagaimana keadaan rakan saya bila saya tiada di tempat dijanjikan sehingga dia membuat keputusan meninggalkan barang tersebut di kawasan public. Mungkin barang tersebut diambil orang kalau ada yang terjumpa kan?
Jumpa dan ambil barang yang bukan milik kita satu hal. Sengaja mencuri satu hal berbeza pula. Sudahlah tidak mahu membantu. Mencuri pula tu? Kasut sukan saya pernah dicuri ketika saya solat di masjid bermusafir di utara tanah air. Hanya stokin yang ditinggalkan. Masjid tempat ibadat pun ada yang nak buat jahat. Kalau nak ikutkan, semua benda nak kena kunci. Hati pun nak kena kunci. Tapi realitinya tak ramai yang jahat kat dunia ni. Hanya segelintir sahaja yang memerlukan pertolongan.
Motor adik saya pun pernah kena curi. [Lock] lah baper banyak pun, bank pun orang curi. idea pun orang curi. eh sejak bila idea jadi hak milik individu? Ada copyright gak? Nak buat baik atau jahat, di mana ada kemahuan, di situ jalan akan di cari. Adik saya baru nak mula kerja. Motor tu pun saya yang sponsor adik saya. Bila dah kena curi, kesukaran mengumpul duit terpaksa dilalui sekali lagi.
Jauh sangat beza masalah motor rosak berbanding motor kena curi. Jika tak tolong, paling tidak jangan tambahkan masalah curi itu ini, mengata orang itu ini, toilet awam kotor tak berjaga sampai dinding roboh, lepas hajat tak di [flush].
Saya kagum dengan warga asing yang menjalani kehidupan seharian berjauhan dari orang yang disayang. Saya sendiri tidak punyai keberanian sehingga kini mencari rezeki di negara lain.
"Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; sesungguhnya Allah, Dia lah yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani"
"Then Adam received from his Lord [some] words, and He accepted his repentance. Indeed, it is He who is the Accepting of repentance, the Merciful"
"Ternayata Nabi Adam mengakui kesalahan dan bertaubat berbanding Iblis yang ternyata terus dengan keingkarannya walaupun Iblis tahu bahawa Allah Maha Pengampun."
SETERUSNYA
Maju

QURAN 2:37
"Then Adam received from his Lord [some] words, and He accepted his repentance. Indeed, it is He who is the Accepting of repentance, the Merciful"
KEFAHAMAN AZA
LABEL
Maju
SEBELUMNYA