Tegur
AZRIZAINALABIDIN
Artikal 25 - Panjang 4759
Pasangan islam yang belum berkahwin, bergambar berpegangan tangan haruslah dihentikan.
Ikhlas AZA gembira melihat anda bahagia bersama insan yang turut mencintai anda. Namun kegembiraan itu tercalar kerana terlihat anda berpegang tangan bukan muhrim dan dikongsikan ke laman sosial.
Janganlah dilakukan perkara yang jelas terlarang. Bila ditegur itu bukan bermakna orang yang menegur anda itu lebih baik dari anda, tetapi ianya adalah jelas larangan oleh Allah. Sesuatu perhubungan itu juga akan putus atau kekal dengan izin Allah. Bukan sekecil mana apa yang anda lakukan itu menjadi persoalan kerana di akhirat nanti sekecil-kecil pahala pun anda pasti harapkan dalam menentukan berat amalan samada anda ke syurga atau neraka.
Ingatlah selalu bahawa Allah itu Maha Pengampun walau sebesar mana pun kesalahan anda. Pedulikan kata-kata dari insan lain yang tidak punyai sifat Maha Mengetahui lagi Maha Pengampun. Kita selalu fikir kita boleh melakukan sesuatu, namun realiti sebenar hanya akan kita ketahui apabila kita menghadapi ujian itu sendiri. kelebihan dan kekurangan individu tidaklah sama, lantas janganlah kita menutup pintu hati dan akal kita, untuk belajar menerima kelemahan insan lain. Sebaiknya, bantulah mereka mengikut kadar kemampuan anda.
Menyentuh mengenai agama, tidak perlu status ustaz dan sebagainya. Bukankah agama itu yang anda percaya dan amalkan sehingga ke hari ini? Bagaimana anda tahu apa yang anda fahami itu betul atau tidak, jika insan lain tidak tahu apa yang anda faham. Quran yang senaskah tidak difahami sepenuhnya ditambah pula hadis yang pelbagai terbahagi pula kepada sahih dan tidak. Bukankah setelah wafatnya nabi dua perkara ini yang ditinggalkan untuk islam?
Terasa amat jauh ilmu pengetahuan kita bila kita mula mempelajari. ilmu Allah yang luas bak luatan sedangkan kita umpama setitis air yang menitis kelautan. Marilah kita sama sama belajar apa itu islam. Tegurlah apa yang tidak betul agar insan lain dapat memperbetulkan keadaan. Ramai di luar sana yang dah terbiasa dengan apa yang dilihat mata saban hari tanpa sedar Allah melarang akan sesuatu perkara. AZA sendiri pernah lalui beberapa perkara yang AZA tidak tahu dan ditegur oleh insan lain. Rupanya zaman sekolah tidak cukup untuk memuatkan segala ilmu didada atau belajar itu sebenarnya adalah pembelajaran hingga keakhir hayat? Apakah yang kita belajar?
Waktu bercinta teruna dara, hati gelisah apa gerangan dia di sana? Adakah si dia ingat kepada kita setidaknya?
Baris diatas mungkin akan dapat membantu anda akan rasa nilai "ingat" kepada kita. Bagaimana nilai ingat kita kepada Allah? Dapatkah kita rasai rasa sebegitu buat Allah? Pernahkah kita rasa sebegitu terhadap Allah? Perkongsian di atas hanya berdasarkan pengalaman AZA yang tak pandai sangat mendalami agama yang AZA anuti.
Namun ia bukan alasan untuk AZA tidak berkongsi dengan anda yang AZA kasihi, mahluk ciptaan Allah seperti AZA. Malaikat yang tidak mati, tidak henti-henti pula beribadat terhadap Allah. Bila tiba hari kiamat dan semua mahluk akan dimatikan, lalu malaikat berkata
"Sesungguhnya kami tidak beribadat sepatutnya seperti selayaknya Allah terima".
"Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya"
"And give good tidings to those who believe and do righteous deeds that they will have gardens [in Paradise] beneath which rivers flow. Whenever they are provided with a provision of fruit therefrom, they will say, "This is what we were provided with before." And it is given to them in likeness. And they will have therein purified spouses, and they will abide therein eternally"
"Individu yang boleh masuk ke Syurga akan kekal selamanya di dalam Syurga dan diberikan pasangan. Ketika kita masih hidup di dunia belum tentu pasangan kita nanti boleh masuk ke Syurga dan ada juga individu yang sampai mati pun tiada pasangan tapi di Syurga nanti akan dapat pasangan akalu dapat masuk ke Syurga. Jelas kehidupan selepas mati adalah kekal selama-lamanya. Neraka bukanlah tempat yang diinginkan oleh sesiapa pun. Setiap individu itu sendiri mestilah berusaha agar boleh masuk ke Syurga"
SETERUSNYA
Amalan mudah
Artikal 25 - Panjang 4759
Pasangan islam yang belum berkahwin, bergambar berpegangan tangan haruslah dihentikan.
Ikhlas AZA gembira melihat anda bahagia bersama insan yang turut mencintai anda. Namun kegembiraan itu tercalar kerana terlihat anda berpegang tangan bukan muhrim dan dikongsikan ke laman sosial.
Janganlah dilakukan perkara yang jelas terlarang. Bila ditegur itu bukan bermakna orang yang menegur anda itu lebih baik dari anda, tetapi ianya adalah jelas larangan oleh Allah. Sesuatu perhubungan itu juga akan putus atau kekal dengan izin Allah. Bukan sekecil mana apa yang anda lakukan itu menjadi persoalan kerana di akhirat nanti sekecil-kecil pahala pun anda pasti harapkan dalam menentukan berat amalan samada anda ke syurga atau neraka.
Ingatlah selalu bahawa Allah itu Maha Pengampun walau sebesar mana pun kesalahan anda. Pedulikan kata-kata dari insan lain yang tidak punyai sifat Maha Mengetahui lagi Maha Pengampun. Kita selalu fikir kita boleh melakukan sesuatu, namun realiti sebenar hanya akan kita ketahui apabila kita menghadapi ujian itu sendiri. kelebihan dan kekurangan individu tidaklah sama, lantas janganlah kita menutup pintu hati dan akal kita, untuk belajar menerima kelemahan insan lain. Sebaiknya, bantulah mereka mengikut kadar kemampuan anda.
Menyentuh mengenai agama, tidak perlu status ustaz dan sebagainya. Bukankah agama itu yang anda percaya dan amalkan sehingga ke hari ini? Bagaimana anda tahu apa yang anda fahami itu betul atau tidak, jika insan lain tidak tahu apa yang anda faham. Quran yang senaskah tidak difahami sepenuhnya ditambah pula hadis yang pelbagai terbahagi pula kepada sahih dan tidak. Bukankah setelah wafatnya nabi dua perkara ini yang ditinggalkan untuk islam?
Terasa amat jauh ilmu pengetahuan kita bila kita mula mempelajari. ilmu Allah yang luas bak luatan sedangkan kita umpama setitis air yang menitis kelautan. Marilah kita sama sama belajar apa itu islam. Tegurlah apa yang tidak betul agar insan lain dapat memperbetulkan keadaan. Ramai di luar sana yang dah terbiasa dengan apa yang dilihat mata saban hari tanpa sedar Allah melarang akan sesuatu perkara. AZA sendiri pernah lalui beberapa perkara yang AZA tidak tahu dan ditegur oleh insan lain. Rupanya zaman sekolah tidak cukup untuk memuatkan segala ilmu didada atau belajar itu sebenarnya adalah pembelajaran hingga keakhir hayat? Apakah yang kita belajar?
Waktu bercinta teruna dara, hati gelisah apa gerangan dia di sana? Adakah si dia ingat kepada kita setidaknya?
Baris diatas mungkin akan dapat membantu anda akan rasa nilai "ingat" kepada kita. Bagaimana nilai ingat kita kepada Allah? Dapatkah kita rasai rasa sebegitu buat Allah? Pernahkah kita rasa sebegitu terhadap Allah? Perkongsian di atas hanya berdasarkan pengalaman AZA yang tak pandai sangat mendalami agama yang AZA anuti.
Namun ia bukan alasan untuk AZA tidak berkongsi dengan anda yang AZA kasihi, mahluk ciptaan Allah seperti AZA. Malaikat yang tidak mati, tidak henti-henti pula beribadat terhadap Allah. Bila tiba hari kiamat dan semua mahluk akan dimatikan, lalu malaikat berkata
"Sesungguhnya kami tidak beribadat sepatutnya seperti selayaknya Allah terima".
QURAN 2:25
"And give good tidings to those who believe and do righteous deeds that they will have gardens [in Paradise] beneath which rivers flow. Whenever they are provided with a provision of fruit therefrom, they will say, "This is what we were provided with before." And it is given to them in likeness. And they will have therein purified spouses, and they will abide therein eternally"
KEFAHAMAN AZA
LABEL
Amalan mudah
SEBELUMNYA