Gembira
AZRIZAINALABIDIN
Artikal 44 - Panjang 2316
Tiada kata yang dapat menggambarkan rasa hati.
Diberikan kesempatan oleh Allah untuk meluangkan masa dengan insan yang disayang. Kini diri mu aku lihat semakin indah luar dan dalam. Bertambah rasa sayang yang hadir tanpa diundang.
Bersemarak kembang bunga di taman hati ku. Aku jaga tutur kata ku sewaktu bersama mu, khuatir akan mengguris hati mu, namun berpura-pura tidak sekali aku ingin perlakukan kepada mu. Namun kau tahu ada beberapa perkara aku masih aku.
Bukan niat ku membela diri, jika tidak dapat melihat dengan mata, maka lihatlah dengan hati. Hidup ini mengajar aku bahawa, jika aku suka apa yang baik ada pada mu, kecil saja bagi ku apa yang buruk ada pada mu.
Namun perpisahan itu hadir apabila batas mengatasi kemampuan diri setelah mencuba harungi kesukaran. Cukup dengan apa yang ada, tidak ku pinta lebih dari itu. Optimis ku kepada Allah kerana aku yakin kepada Nya. Apa yang buruk di mata ku, mungkin tidak pada yang lain. Begitulah sebaliknya.
Jika niat dijadikan sandaran, Allah yang maha mengetahui isi hati ku. Aku kurang berharap banyak perkara kerana aku tak mahu banyak berputus harap. Jika takdir Allah tentukan di hadapan adalah tidak seperti yang aku harapkan, semoga aku mampu untuk punyai satu harapan lain selepas itu.
Tidak aku takut pada perkara yang belum pasti di hadapan. Aku cuba isi detik yang dilalui dengan Mu ya Allah serta insan yang aku sayang. Kepada Mu Ya Allah, ku sandarkan harapan, bertambah dekat diri ku kepada Mu Ya Allah semenjak aku kenali dia. Bantulah aku dan dia. Segala puji hanya untuk Mu Ya Allah.
"Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?"
"Do you order righteousness of the people and forget yourselves while you recite the Scripture? Then will you not reason?"
"Allah sayang kita. Selain Allah mahu kita mengajak individu lain beriman, Allah ingatkan kita agar kita juga mesti beriman. Jangan sekadar menjadi penyampai petunjuk Allah sahaja. Jika kita nak individu lain dapat masuk Syurga kita juga mesti berusaha untuk diri kita juga dapat masuk syurga."
SETERUSNYA
Ular
Artikal 44 - Panjang 2316
Tiada kata yang dapat menggambarkan rasa hati.
Diberikan kesempatan oleh Allah untuk meluangkan masa dengan insan yang disayang. Kini diri mu aku lihat semakin indah luar dan dalam. Bertambah rasa sayang yang hadir tanpa diundang.
Bersemarak kembang bunga di taman hati ku. Aku jaga tutur kata ku sewaktu bersama mu, khuatir akan mengguris hati mu, namun berpura-pura tidak sekali aku ingin perlakukan kepada mu. Namun kau tahu ada beberapa perkara aku masih aku.
Bukan niat ku membela diri, jika tidak dapat melihat dengan mata, maka lihatlah dengan hati. Hidup ini mengajar aku bahawa, jika aku suka apa yang baik ada pada mu, kecil saja bagi ku apa yang buruk ada pada mu.
Namun perpisahan itu hadir apabila batas mengatasi kemampuan diri setelah mencuba harungi kesukaran. Cukup dengan apa yang ada, tidak ku pinta lebih dari itu. Optimis ku kepada Allah kerana aku yakin kepada Nya. Apa yang buruk di mata ku, mungkin tidak pada yang lain. Begitulah sebaliknya.
Jika niat dijadikan sandaran, Allah yang maha mengetahui isi hati ku. Aku kurang berharap banyak perkara kerana aku tak mahu banyak berputus harap. Jika takdir Allah tentukan di hadapan adalah tidak seperti yang aku harapkan, semoga aku mampu untuk punyai satu harapan lain selepas itu.
Tidak aku takut pada perkara yang belum pasti di hadapan. Aku cuba isi detik yang dilalui dengan Mu ya Allah serta insan yang aku sayang. Kepada Mu Ya Allah, ku sandarkan harapan, bertambah dekat diri ku kepada Mu Ya Allah semenjak aku kenali dia. Bantulah aku dan dia. Segala puji hanya untuk Mu Ya Allah.
QURAN 2:44
"Do you order righteousness of the people and forget yourselves while you recite the Scripture? Then will you not reason?"
KEFAHAMAN AZA
LABEL
Ular
SEBELUMNYA