Hujan
AZRIZAINALABIDIN
Artikal 36 - Panjang 1885
Hujan yang sedang turun membuatkan diri terasa seronok meneruskan pembaringan.
Kelihatan di luar jendela, rintik hujan membasihi rumput yang menghijau.
Di dalam suasana yang penuh nyaman ini, kelihatan sekawan burung sedang berjalan di atas rumput yang basah. Lencun badan mereka dan melompat-lompat kecil di dada rumput.
Salah seekor dari burung tersebut masuk ke dalam lopak yang cetek. Bermain air sambil asyik diperhatian oleh rakannya. Sejurus kemudian, mereka sekawan terbang bersama pemandangan indah ciptaan Allah.
Melihat saja, ada perkara yang boleh dipelajari, ada soalan yang boleh dikaitkan pada diri dan sesuatu. Rasa hujan bagaimana tepat dapat digambarkan oleh kata-kata berbanding rasa sebenar bila merasai sendiri.
"Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)"
"But Satan caused them to slip out of it and removed them from that [condition] in which they had been. And We said, "Go down, [all of you], as enemies to one another, and you will have upon the earth a place of settlement and provision for a time"
"Walaupun hanya satu sahaja yang dilarang, walau sedang menikmati nikmat Syurga, ternyata Adam dan Hawa gagal. Kini di dunia manusia bukan sahaja berbuat satu kesalahan, tapi berbagai-bagai kesalahan walau hidup di dunia tidak sehebat di Syurga. Namun Allah janjikan manusia akan dapat masuk Syurga dan kekal selama-lamanya jika menjadi manusia yang beriman"
SETERUSNYA
Tertidur
Artikal 36 - Panjang 1885
Hujan yang sedang turun membuatkan diri terasa seronok meneruskan pembaringan.
Kelihatan di luar jendela, rintik hujan membasihi rumput yang menghijau.
Di dalam suasana yang penuh nyaman ini, kelihatan sekawan burung sedang berjalan di atas rumput yang basah. Lencun badan mereka dan melompat-lompat kecil di dada rumput.
Salah seekor dari burung tersebut masuk ke dalam lopak yang cetek. Bermain air sambil asyik diperhatian oleh rakannya. Sejurus kemudian, mereka sekawan terbang bersama pemandangan indah ciptaan Allah.
Melihat saja, ada perkara yang boleh dipelajari, ada soalan yang boleh dikaitkan pada diri dan sesuatu. Rasa hujan bagaimana tepat dapat digambarkan oleh kata-kata berbanding rasa sebenar bila merasai sendiri.
QURAN 2:36
"But Satan caused them to slip out of it and removed them from that [condition] in which they had been. And We said, "Go down, [all of you], as enemies to one another, and you will have upon the earth a place of settlement and provision for a time"
KEFAHAMAN AZA
LABEL
Tertidur
SEBELUMNYA