Maaf

AZRIZAINALABIDIN
Artikal 85 - Panjang 8567
Di dalam menjalani kehidupan seharian pasti kita akan berdepan dengan masalah. Ia mungkin disebabkan oleh kita, orang lain, sistem atau keadaan. Sebagai muslim, kita tahu setiap baik buruk yang berlaku hanya dengan izin Allah. Yang baik kita terima tak semestinya baik untuk kita. Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa mendatang. Mungkin kekayaan kita menyebabkan kita jadi sibuk tak cukup masa atau jadi mangsa ugutan dan sebagainya. Mungkin kemiskinan kita membuatkan kita tidak diuji dengan rasuah atau bebas bergerak kerana tak ramai yang mengenali kita.

Baik atau buruk manfaatnya tetap ada. Terpulang bagaimana cara kita melihat. Allah Maha Mengetahui. Allah adalah perancang terbaik. Oleh sebab itu, setiap kali kita nak buat sesuatu kita akan ucapkan insya Allah kerana kita sedar perkara yang bakal kita lakukan hanya akan terlaksana hanya dengan izin Allah. Bagaimana mengatasi masalah adalah melibatkan usaha individu, berkumpulan atau masa itu sendiri yang akan membuat masalah tersebut selesai tanpa melibatkan usaha. Impak kepada masalah adalah perasaan yang tidak gembira dialami oleh individu. Ia menyebabkan masa berlalu mendatang tidak menggembirakan lagi.
Bagaimana menyelesaikan masalah?

Keutamaan bukanlah menyelesaikan masalah tersebut. Ini kerana setiap kali berdepan dengan masalah secara automatik kita akan fikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut. Salah tindakan tersebut. Mengapa? Dalam apa juga perkara kita kena tahu keutamaan. Mana keperluan mana kehendak. Bila melibatkan mengenai masalah, apa yang lebih utama adalah bagaimana untuk mempertahankan kegembiraan yang dirampas sebelum masalah itu wujud.

Sedarkah kita, kegembiraan tersebut hilang bila kita berdepan dengan masalah? Hubungan yang dahulu penuh gelak ketawa bertukar bila berdepan dengan masalah. Kerja yang dahulunya membuatkan kita bersemangat bekerja hilang bila berdepan dengan masalah. Tiada sesiapa ingin cipta masalah. Dunia ini dipenuhi dengan individu yang suka kepada kebaikkan. Inginkan kehidupan seharian yang menggembirakan. Namun kebanyakkan kita membiarkan kegembiraan itu hilang bila berdepan dengan masalah tanpa kita sedari.

Apa yang sepatutnya kita lakukan?

Memaafkan. Ya. Mudah sahaja. Maafkan diri kita, maafkan orang lain, maafkan maafkan. Itu sahaja. Betul kita bukan komputer. Tekan button delete jer terus boleh paham semua. Kita manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Tidak seperti komputer. Tapi kita juga macam komputer punyai kelebihan dan kekurangan yang berbeza berbanding individu lain atau kalau komputer tu bergantung pada specification yang menentukan prestasi sesebuah komputer. Walau bagaimana pun kita mesti usahakan juga untuk memaafkan. Lagi cepat lagi bagus.

Samada untuk kita mahupun orang lain. Memaafkan adalah salah satu bentuk toleransi. Kita bertolak ansur kepada diri dan orang lain dengan memberikan kemaafkan agar jalan untuk memperbaiki sentiasa ada. Bukan jalan mati. Terlalu mengharapkan kesempurnaan untuk mencapai tahap seperti yang kita hendakkan adalah penyebab kita tidak bertolak ansur. Sedarlah bahawa walau sepuluh kali kita jatuh kita tetap boleh bangun dan mencuba untuk tidak jatuh lagi. Bayi pun belajar merangkak dulu baru pandai berjalan. Itu pun berjalan jatuh dulu sebelum boleh berlari.

Mengapa penting memaafkan?

Ini kerana tiada siapa ingin cipta masalah. Memaafkan dapat mempertahankan kegembiraan yang kita miliki tanpa hilang disebabkan bila sahaja berdepan dengan masalah. Kita pasti takkan biarkan masalah tersebut berlaku dimasa mendatang. Kita akan cuba untuk tidak mengulanginya. Kali ini kita berdepan dengan masalah tersebut bersama kegembiraan yang kita miliki sebelum dan semasa berdepan masalah tersebut kerana kita memaafkan sedari awal.

Apa yang kita lakukan sebelum ini?

Berlaku masalah dalam perhubungan. Hilang kegembiraan yang dimiliki selama 10 tahun bersama. Kita tambah lagi dengan bermusuhan. Kita hadapi masalah dengan rasa tekanan, marah, tak puas hati, dendam. Jika kita lakukan yang sebaliknya. Saya tidak akan biarkan kegembiraan selama 10 tahun bersama hilang begitu sahaja disebabkan apa jua masalah. Saya maafkan diri saya / orang lain. Saya akan atasi masalah tersebut agar tak berulang lagi. Nah ! Mudah kan.

Anda pasti akan bertemu dengan individu yang sukar memaafkan di atas pelbagai sebab mereka sendiri. Bagi mereka sebab itu lebih penting dari memaafkan. Mengapa jadi sukar?

Kita yang pilih jadi sukar.

Kita labelkan masalah tersebut dengan sais. Terlalu besar kesalahan tersebut. Terlalu dalam luka di hati ini.

Kita tak boleh terima itu dan ini.

Kita nak sepatutnya begitu dan begini.

Kita salah memberikan keutamaan.

Kita utamakan emosi. Marah, tak puas hati, tak boleh terima, tak sangka, dan pelbagai alasan-alasan yang kita cipta.

Kita utamakan alasan, punca masalah, kesempurnaan, itu dan ini yang tidak mengubah hakikat bahawa kita sendiri yang pilih ia jadi sukar. Lantas hilang kegembiraan selama ini kita miliki. Yang mudah jadi sukar.

Ubah. Sebesar mana pun kesalahan. Maafkan. Maka segala kegembiraan dapat dipertahankan bukannya musnah disebabkan satu atau beberapa masalah. Kemudian barulah berusaha mengatasi masalah tersebut agar tidak berulang lagi pada masa mendatang. Bezanya kali ini kita menghadapi masalah dengan mempertahankan segala kegembiraan yang telah kita miliki. Tanpa rasa marah, dendam, bermusuhan, berprasangka buruk, sakit hati dan pelbagai impak dari tidak mahu memaafkan. Anda tikam saya dari belakang. Anda bunuh orang yang saya sayang. Anda tak jujur. Anda mengumpat saya. Anda berat sebelah. Anda pentingkan diri. Anda buat hidup saya porak peranda. Anda buat saya jadi bankrupt. Anda memalukan saya dikhalayak ramai. Anda curang.

Sebut sahaja apa masalah. Saya akan maafkan. Saya pilih untuk maafkan kerana saya tak nak kegembiraan yang saya miliki hilang disebabkan berdepan dengan masalah. Saya akan atasi masalah tersebut agar tak berulang lagi. Sekarang anda dah tahu saya akan maafkan apa jua kesalahan. Anda sengaja nak cipta masalah dengan saya? Silakan. Anda tahu apa yang akan saya lakukan. Dunia ini dipenuhi dengan individu yang suka kepada kebaikkan. Inginkan kehidupan seharian yang menggembirakan. Apa yang penting apa yang saya pilih. Apa pilihan anda?

Kita tak tahu bila ajal datang menjemput. Di hari pembalasan kelak, Allah akan buktikan sekali lagi akan kebenaran. Kecil sahaja segala masalah besar di dunia ini berbanding hari pembalasan kelak kerana apa yang sebenarnya masalah besar ialah jika kita tidak mendapat keampuanan Allah dari dosa-dosa yang telah kita lakukan. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun walau sebesar mana dosa yang telah kita lakukan. Kesempatan untuk berubah hanya ada selagi hayat dikandung badan. Jika ingin diri kita dimaafkan jelas tiada apa jua sebab untuk kita tidak mahu memaafkan.

Quran 2:85

"Kemudian kamu ini (wahai Bani Israil), kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri dan kamu usir satu puak dari kaum kamu keluar dari kampungnya; kamu pula saling bantu-membantu (dengan orang lain) untuk menentang mereka dengan melakukan dosa dan penganiayaan; padahal kalau mereka datang kepada kamu sebagai orang tawanan, kamu tebus mereka; sedang perbuatan mengusir mereka diharamkan juga atas kamu. Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan."

"Then, you are those [same ones who are] killing one another and evicting a party of your people from their homes, cooperating against them in sin and aggression. And if they come to you as captives, you ransom them, although their eviction was forbidden to you. So do you believe in part of the Scripture and disbelieve in part? Then what is the recompense for those who do that among you except disgrace in worldly life; and on the Day of Resurrection they will be sent back to the severest of punishment. And Allah is not unaware of what you do."

Kefahaman AZA

"Jelas mesti percaya kepada kitab Allah 100%"

LABEL


SETERUSNYA

Milik

SEBELUMNYA

Popular posts from this blog

Tawaran upgrade Unifi speed

Bagaimana untuk reset password maybank2u anda?

Cara guna Maybank E-Wallet (MAE)

Bangsa lebih penting - Artikal 1

Penipu!

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza"

TELEGRAM MESSENGER

Kalau korang dapat apa-apa yang menarik di group korang, sila share ke telegram berikut.

Untuk apa-apa info umum di info umum

Untuk berkaitan Islam di share islam

Untuk berkaitan covid-19 di covid-19

Untuk berkaitan Blog AZA di Komuniti Blog AZA

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

COVID-19

Korang boleh baca fakta sebenar mengenai covid-19 di GLOBAL REPORT 2019-nCOV novel coronavirus kerana tak boleh percaya jika sekadar teori / pendapat / asumsi / imaginasi.

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more

Senarai Penuh Artikal di Blog AZA

Show more