Kunci
AZRIZAINALABIDIN
Artikal 46 - Panjang 2025
Saya hanya tersedar kunci rumah tertinggal di dalam bilik saya hanya setelah saya terkunci diri sendiri pada ruang kecil antara pintu rumah dan grill pintu tersebut.
Saya berusaha untuk membuka tombol pintu tanpa kunci namun tidak berjaya.
Setelah beberapa ketika saya terdengar jiran berhadapan rumah saya keluar rumah namun saya malu untuk meminta pertolongan beliau kerana malu dengan kecuaian diri sendiri. Saya juga tak mahu menyusahkan beliau kerana masalah yang tak sepatutnya berlaku. Lantas saya berdiri menghadap pintu rumah saya dan jiran saya berlalu pergi dari arah belakang saya tidak menyedari saya sebenarnya sedang terkunci diri sendiri.
Sehingga kedengaran khutbah jumaat dari masjid berdekatan saya masih terkurung. Beginilah rasanya hidup di dalam penjara. Malah lebih teruk lagi tanpa boleh melunjurkan diri untuk berbaring tanpa katil. Juga tiada tandas sekiranya tiba-tiba rasa itu hadir.
Sejejap lagi, jiran saya dijangka akan nampak saya masih di muka pintu rumah saya, kerana pulang dari Masjid. Lantas sekali lagi saya menghadap muka pintu rumah saya sewaktu beliau berlalu dari arah belakang saya memasuki rumah beliau. Hilang rasa menggelabah saya bila mendengar pintu rumahnya di tutup.
Masa terus berlalu. Saya kepenatan dan tertidur. Kedengaran suara ibu saya, mengejutkan saya yang sedang tertidur. Rupa-rupanya jiran di hadapan rumah saya menelefon isteri beliau untuk menghubungi ibu saya. Beliau nampak saya tertidur sewaktu beliau ingin pergi bekerja.
Malunya saya. Banyak yang saya pelajari dari kejadian ini.
"Astargfirrullah. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahhu Akhbar".

Berikut sumber dari Ustaz Somad
Dari Abdullah bin Mas’ud, Rasulullah Saw bersabda:
“Malulah kamu kepada Allah dengan malu yang sebenarnya”.
Kami menjawab: “Sesungguhnya kami malu kepada Allah wahai Rasulullah, alhamdulillah”.
Rasulullah Saw berkata: “Bukan itu, akan tetapi malu kepada Allah yang sebenarnya:
Engkau jaga kepala dan apa yang ia perhatikan,
Perut dan apa yang ia isi,
Engkau ingat kematian dan berbagai malapetakanya,
Siapa yang menginginkan akhirat maka ia tinggalkan perhiasan dunia,
Lebih mendahulukan akhirat daripada dunia.
Siapa yang melakukan itu, maka sungguh ia telah malu kepada Allah dengan malu yang sebenarnya”.
Sunan at-Tirmidzi.
QURAN 2:46
"Who are certain that they will meet their Lord and that they will return to Him."
KEFAHAMAN AZA