Bagaimana untuk dapat kegembiraan?

AZRIZAINALABIDIN
Artikal 59 - Panjang 12,343
Sebenarnya dah lama AZA tidak berkomunikasi dengan sesiapa samada di internet mahupun di mobile phone. Kalau ada pun terlalu sedikit. AZA hanya buat hal sendiri. Pergi kerja, lepas itu balik rumah. Masa cuti pun duduk rumah sahaja. Samada cuti pendek mahupun cuti panjang. Jelas masa AZA banyak di rumah sahaja selain di tempat kerja. Di rumah pula aktiviti AZA dengan internet sahaja. Anda hanya nampak apa yang AZA kongsikan di blog ini sahaja. Ketika di rumah nak solat pun senang.

Tengah asyik di internet, dengar azan dari pelbagai penjuru beberapa masjid berdekatan, terus ambil wuduk, solat, lepas itu sambung balik di internet. Umur AZA dah dekat 40 tahun. Namun baru hari ini AZA jumpa sesuatu yang berharga buat diri AZA, mungkin juga buat anda iaitu bagaimana nak sentiasa gembira. AZA dah mula senyum sendiri ni. Ya betul, AZA pun tak sangka berjumpa dengan perkara sepenting begini. Semua orang nak sentiasa gembira, betul? Jadi bila berjumpa dengan cara nak gembira tentulah kita gembira.

Anda perasan tak, mereka yang dibawah pengaruh dadah akan senyum sendiri. Entah apa yang lawak pun kita tak faham kan? AZA bukan nak suruh anda ambil dadah. Itu intro sahaja. Pernah tak anda tersenyum sendiri dari masa ke semasa diselubungi memori yang membuatkan anda tersenyum sendiri terlupa orang kat sekeliling. Untungnya kalau pernah. Tak perlu ambil dadah kan? Perkara sebegitu bukan selalu berlaku, betul? Maka susah nak kita dapat sentiasa gembira macam itu. Anda dah bersedia ke nak tahu ni?

Sebelum AZA bagi tahu caranya, harapan AZA agar anda kongsikan juga kepada insan lain terutamanya mereka yang anda sayang. Supaya mereka juga boleh kongsikan cara ini buat insan yang mereka sayang dalam hidup mereka. Internet ni, punyalah luas, content yang di published pada 2012 baru hari ni kita jumpa pun ada. Lama tu. Pernah berlaku kepada anda tak? Jelas kalau jumpa content menarik kita kena share agar orang lain dapat pada kadar paling pantas bukan 10 tahun akan datang. Setuju? Bila artikal ni AZA published? 30 April 2017 dan baru sekarang anda jumpa artikal ni. Demikian contoh realiti yang anda sendiri alami bukan sekadar teori yang belum tentu.

Berbalik kepada cara yang AZA nak kongsikan tadi. Cara ni percuma sahaja. Tak perlukan duit. AZA bagi tahu anda ini pun secara percuma sahaja. Tak perlu bayar. Mengapa AZA tekan kan perkara ini? Harapan AZA anda menghargai penemuan peribadi AZA yang umur dah nak dekat 40 tahun ni. Anda perasan tak, Al-Quran walaupun terkandung pelbagai ilmu yang berharga tak kena bayar pun nak baca. Walaupun Al-Quran itu kitab orang Islam yang membuktikan kebenaran agama Islam, orang bukan Islam pun boleh baca dan dapat petunjuk dari Al-Quran. Oleh sebab itu, apalah sangat cara yang AZA nak kongsikan ini sedangkan Al-Quran pun percuma sahaja untuk setiap individu membacanya.

Hanya ilham yang dikurniakan Allah menyebabkan AZA berjumpa cara tersebut. Harapan AZA agar kita semua mengutamakan untuk memastikan apa jua yang kita terima, samada baik atau buruk, mesti membuatkan kita semakin dekat dengan Allah bukan semakin menjauh. Berbuat sesuatu hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah. Melihat langit, bumi, bulan dan bintang antara bukti ada pencipta yang sangat hebat kekuasaannya. Jika ilmu yang kita miliki hanya dapat memberi manfaat kepada segelintir perkara inikan pula ilmu yang dimiliki oleh pencipta langit, bumi, bulan, bintang dan sebagainya. Baiklah, AZA mulakan dengan perkara yang merampas kegembiraan setiap individu agar kita sedar untuk tidak melakukannya. Selepas itu baru AZA bagi tahu cara nak sentiasa gembira. Ia penting kerana untuk gembira atau sebaliknya memerlukan tindakan kita dengan mengikuti atau menjauhi sesuatu dalam masa harian kita.

Melakukan perkara dalam masa tersebut kepada perkara yang tidak memberikan kegembiraan mestilah dihentikan bagi memastikan kita dapat sentiasa gembira. Oleh sebab itu anda perlu kenal pasti apa perkara yang anda lakukan dan ianya membuatkan anda bimbang dan dukacita. Dalam masa yang sama, AZA harap anda sedar adanya perkara yang di luar kawalan kita. Perkara tersebut akan menyebabkan kita gembira atau berduka tanpa kita mampu mengawalnya. AZA tegaskan di sini agar anda sedar cara bahawa bagaimana untuk dapat kegembiraan yang AZA temukan tersebut tidak dapat membuatkan anda sentiasa gembira 100% kerana hakikat ada perkara di luar kawalan kita. Sekarang AZA dah bersedia untuk beritahu anda.

Panduan mengelakkan perkara yang di dalam kawalan anda, untuk anda tidak lakukan kerana ia menyebabkan anda tidak gembira, bimbang dan dukacita. Kata kunci apa jua yang anda "tidak miliki" adalah perkara yang mesti anda elakkan dari ambil tahu atau sebarkan. Contoh, kekayaan. Biasalah. Dunia ini duit sahaja carta nombor satu.

Jangan ambil tahu atau sebarkan kekayaan orang lain yang anda tidak miliki. Mengapa? Dahulu bila AZA dapat tahu kekayaan orang lain yang AZA tidak miliki menyebabkan AZA berusaha untuk jadi sekaya orang itu. AZA share maklumat kekayaan orang tersebut agar mereka yang baca share AZA tersebut juga dapat tahu. Akibatnya. Realiti membuktikan AZA tak kaya pun macam orang itu. Maka AZA tak gembira.

Orang lain yang baca share dari AZA tersebut juga rasa tak gembira kerana mereka juga tak kaya-kaya. Tak miliki kekayaan. Berapa sudah umur AZA? Hampir 40 tahun kan? Masih tak kaya-kaya. Berapa lama AZA rasa tak gembira sebab tak memiliki kekayaan? Hampir 40 tahun. Sekarang baru AZA sedar itulah realitinya. Betul melihat juga mampu membuat kita rasa gembira atau berduka. Tapi impak besar adalah bila realiti yang berlaku dalam hidup kita. Bukan gembira melihat yang bersifat sementara yang tidak merubah realiti kita menjalani kehidupan seharian.

Contoh : Beza lihat keluarga orang lain gembira dengan lihat keluarga sendiri gembira sebab keluarga sendiri kita lalui hidup dengan mereka seharian. Nampak? Kumpulan sendiri berbanding kumpulan lain. Negara sendiri berbanding negara lain. Soalnya apa yang terkesan dalam kita menjalani realiti hidup seharian? Walaupun kita dilahirkan di London, Indonesia atau di mana jua, tapi jika masa kita banyak kat Malaysia, maka realiti seharian yang kita lalui di Malaysia yang memberi kita impak gembira, dukacita atau bimbang. Tentu sahaja bagus rasa gembira melihat orang lain gembira. Jadi bagaimana nak gembira? Kata kuncinya tentulah yang bertentangan dengan kata kunci yang menghalang kita mengecapi kegembiraan.

HARGAI APA SAJA YANG ANDA MILIKI

Eh macam ada yang tak kena jer kan? Ya lah, dah tentu semua orang ada miliki sesuatu, tapi mengapa masih tak gembira? Tak mengapa. AZA ajar. Senang sahaja. Tak perlu masuk universiti pun untuk belajar cara nak sentiasa gembira. Semua orang boleh kecapi kegembiraan dengan mudah. Setiap hari kita akan bangun tidur dan tidur balik hari demi hari. Penuhi hari-hari yang kita lalui dengan menghargai apa yang kita ada sehinggalah kita tidur balik.

AZA sertakan contoh merujuk kepada apa yang AZA maksudkan agar anda dapat tangkap apa yang AZA maksudkan dan melihat perkara-perkara lain yang perlu anda hargai.

+ Bangun tidur - Hargai masih bernafas, dapat tidur dan bangun semula, nikmati moment tersebut. Jika anda sedari nikmat tersebut pastinya anda akan tersenyum lama. Sedarkah anda, tidur adalah antara perkara di luar kawalan anda? Pernah rasa susah nak tidur? Kini anda dapat menikmati kegembiraan kerana anda menghargai dapat tidur. Kalau tak pernah, cuba tanya individu yang pernah alaminya. Dari situ anda boleh belajar menghargai sesuatu walaupun tanpa anda lalui masalah tersebut.

+ Solat subuh - Hargai moment tersebut. Anda lakukan kebaikkan yang orang Islam sahaja lakukan. Orang bukan Islam mereka tidak solat subuh. Mereka tak percaya Allah adalah tuhan yang benar yang wajib disembah 5 kali sehari. Sedarkah anda, ada juga orang Islam yang tidak solat subuh? Hidup ini bukan hanya untuk berbuat baik semasa manusia. Dengan binatang pun kita berbuat baik. Ada sifat belas kasihan. Tapi adakah kita juga berbuat baik kepada yang menciptakan bumi yang terapung? Adakah kita juga berbuat baik kepada Allah? Baik kah kita jika kita tidak berbuat baik kepada Allah? Mengikuti apa yang Allah suruh dan menjauhi apa yang Allah larang. Ada panduan jelas dari Quran dan Sunnah. Anda berjaya solat subuh, anda mesti hargai moment tersebut kerana anda dah nampak kenapa ianya dapat membuatkan anda gembira. Kini kegembiraan milik anda.

+ (Tempat kosong) - Seterusnya untuk anda isikan atau perhatikan lagi perkara-perkara lain yang anda miliki untuk anda hargai. Kenapa mesti tulis atau senaraikan? Anda nampak lebih jelas bila anda senaraikan. Tak rugi pun anda senaraikan. Kita tengok video pun berjam-jam tapi tak membantu mengubah realiti seharian yang kita lalui. Bukannya berjam-jam pun nak senaraikan. Ada masa kita boleh tambah masuk ke dalam senarai. Banyak menghargai akan menambah rasa syukur.

IMPIAN KECIL

Banyak perkara harian yang perlu anda hargai sebelum tidur balik. Oleh sebab itu, AZA tak nak panjangkan content di sini. Kini AZA tambah dengan "impian kecil" yang perlu anda selitkan dalam menjalani harian anda. Tetapkan impian kecil dari masa ke semasa. Impian kecil tersebut mestilah berada di dalam kawalan anda. Jika impian besar dan berada di luar kawalan anda, ia akan meragut kegembiraan anda. Contoh impian kecil nak datang kerja awal.

Impian kecil - datang kerja awal. Tentunya memerlukan perancangan awal dan usaha kecil anda. Hargai kejayaan kecil yang anda kecapi dengan datang kerja awal tersebut. Nikmati moment anda berada awal di tempat kerja. Kegembiraan milik anda. Impian besar nak kaya, ntah bila nak tercapai, kalau senang dah ramai yang kaya. Biar kita realistik asalkan kegembiraan lebih kerap dapat kita kecapi dengan mencipta impian kecil yang bukan mudah juga nak dicapai jika tidak berusaha tapi lebih kebarangkalian kerap berjaya dicapai berbanding impian tinggi melangit.

MEMAAFKAN

Ia adalah perkara yang anda mesti lakukan. Ia termasuk dalam perkara di luar kawalan anda. Tidak memaafkan akan menyebabkan kegembiraan yang anda inginkan hilang begitu sahaja. Anda akan ditemani kedukaan selagi anda tidak mahu memaafkan. Masalah yang berlaku dalam kawalan anda berpunca dari kebodohan anda sendiri. Usaha untuk jadi pandai pada masa hadapan kalau betul nak berubah. Salahkah kita memaafkan kerana kebodohan kita atau orang lain? Bukankah bodoh dahulu sebelum pandai? Tentunya tiada masalah yang wujud jika semua individu pandai. Memaafkan dapat mengekalkan kegembiraan milik anda. Sesuatu perkara yang baik atau buruk itu hanya berlaku dengan izin Allah.

Jika 10 kejayaan anda capai tapi disebabkan 1 yang gagal, terima ianya sebagai 1 kegagalan dari 10 kejayaan anda. Bukan sebaliknya seperti yang biasa kita lakukan dengan fokus pada 1 kegagalan dan mengabaikan 9 kejayaan yang telah dicapai. Jangan zalim pada diri sendiri kerana tidak memaafkan diri sendiri walaupun individu lain berlaku zalim kepada anda. Memaafkan bukan hanya melibatkan individu lain, tapi anda juga kena memaafkan diri anda.

Hanya dengan izin Allah, anda akan dapat menikmati kegembiraan, jika ternyata 3 penemuan yang telah AZA perincikan berkesan buat anda iaitu hargai, impian kecil dan memaafkan. Disamping bonus yang AZA sertakan iaitu menyenaraikan perkara-perkara untuk anda hargai dari masa ke semasa agar anda nampak lebih jelas. Kongsikan penemuan ini.

QURAN 2:59

"Kemudian orang-orang yang zalim (penderhaka) itu mengubah perkataan (perintah kami) yang dikatakan kepada mereka dengan melakukan sebaliknya; maka Kami turunkan ke atas orang-orang yang zalim itu bala bencana dari langit, dengan sebab mereka sentiasa berlaku fasik (menderhaka)."

"But those who wronged changed [those words] to a statement other than that which had been said to them, so We sent down upon those who wronged a punishment from the sky because they were defiantly disobeying."

KEFAHAMAN AZA

"Di hari pembalasan kelak pasti segala buruk baik yang kita lakukan Allah akan balas tetapi itu tak bermakna ketika kita masih hidup Allah tidak balas buruk baik yang kita lakukan"

LABEL


SETERUSNYA

Buruk baik marah

SEBELUMNYA

Popular posts from this blog

Tawaran upgrade Unifi speed

Bagaimana untuk reset password maybank2u anda?

Cara guna Maybank E-Wallet (MAE)

Bangsa lebih penting - Artikal 1

Penipu!

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza"

TELEGRAM MESSENGER

Kalau korang dapat apa-apa yang menarik di group korang, sila share ke telegram berikut.

Untuk apa-apa info umum di info umum

Untuk berkaitan Islam di share islam

Untuk berkaitan covid-19 di covid-19

Untuk berkaitan Blog AZA di Komuniti Blog AZA

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

COVID-19

Korang boleh baca fakta sebenar mengenai covid-19 di GLOBAL REPORT 2019-nCOV novel coronavirus kerana tak boleh percaya jika sekadar teori / pendapat / asumsi / imaginasi.

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more

Senarai Penuh Artikal di Blog AZA

Show more