Realiti
AZRIZAINALABIDIN - Artikal 92
Melihat dan berada dalam suasana yang indah akan membuatkan sesiapa sahaja gembira. Namun adakah realitinya ianya milik anda? Adakah anda lalui
dalam kehidupan harian anda?
Impian membuatkan manusia punyai matlamat untuk dicapai. Usaha diperlukan bagi mencapai impian tersebut. Setiap insan punyai masa yang sama 24 jam sehari namun menjalani realiti yang berbeza.
Demi menjadikan realiti lebih indah sejajar dengan impian diri, maka penekanan terhadap perkara-perkara yang memberi impak kepada dekat atau menjauhnya realiti itu memerlukan sensitiviti setiap individu terhadap apa yang mesti dipilih dan apa yang perlu diabaikan.
Memilih adalah satu peringkat kritikal yang bakal didedikasikan untuk menggapai impian. Salah pilihan akan menyebabkan kerugian masa, usaha dan pelbagai rangkaian yang berkaitan sedangkan ianya dapat dielakkan jika pilihan yang tepat dapat dibuat sedari awal.
Tiada formula mudah dan pasti bagi membuat pilihan yang tepat. Namun hukum alam telah menggariskan beberapa isyarat yang pasti menjauhkan impian untuk digapai jika dilakukan.
Jalan yang lurus akan menyebabkan perjalanan lebih mudah dan singkat. Jalan yang berliku atau menyimpang dari impian pasti akan menjauhkan impian untuk digapai.
Di sinilah sensitiviti diperlukan bagi memastikan diri sentiasa berada di jalan yang lurus menggapai impian. Cepat-cepat kembali ke track yang betul jika menyasar dari impian.
Kesilapan pasti sahaja berlaku dahulu, kini dan akan datang. Bagaimana anda memastikan kesilapan yang sama tidak berulang. Anda akan lebih faham bila anda lalui sendiri. Namun jalan pintas adalah belajar dari pengalaman orang lain tanpa anda lalui sendiri.
Jarang sangat sesuatu perkara itu hadir semula jadi ke kehidupan anda tanpa anda berusaha. Mencari dan melakukan perkara-perkara yang bakal mengubah realiti adalah jalan yang lurus yang perlu anda usahakan.
Alasan itu dan ini mungkin lahir dari apa yang anda lalui namun ianya tidak menyebabkan impian anda tercapai. Mahu atau tidak, realitinya anda perlu teruskan usaha untuk menggapai realiti yang diidamkan.
Uniknya manusia berbeza itu dan ini walaupun kita semuanya adalah sama manusia. Adalah perkara biasa bila sahaja ada yang tidak ingin melalui jalan yang sama kerana perspektif yang berbeza. Lantas memberi maksud bukan semestinya apa yang anda lakukan itu tidak betul.
Ada yang suka melalui jalan kampung untuk ke utara. Ada yang memilih untuk melalui highway untuk ke utara. Sekali lagi kritikal memilih adalah faktor asas penentu perjalanan di hadapan. Tujuan yang sama namun apa yang dilalui berbeza.
Kita tidak tahu apa buruk baik yang seseorang individu itu lalui. Maka bila melihat keburukan beliau di hadapan mata anda, itu bukanlah lesen untuk anda melabelkan beliau berdasarkan apa yang terpapar di depan mata anda. Hakikatnya anda tidak tahu sepanjang perjalanan apa yang telah beliau lalui yang mungkin akan menyebabkan anda akan punyai persepsi yang berbeza mengenai beliau akhirnya.
Realitinya, semua orang sukakan keindahan dan kebaikkan. Namun tak semua orang dapat menikmati hidup dalam realiti sedemikian. Oleh sebab itu, perkara-perkara yang akan menjadikan realiti hidup ini lebih indah seperti yang diimpikan mestilah diutamakan untuk diusahakan, sedang perkara-perkara yang menjauhkan impian itu diabaikan kerana realitinya sebegitu.
Quran 2:92
"Dan sesungguhnya telah datang kepada kamu Nabi Musa membawa keterangan-keterangan (mukjizat) kemudian kamu menyembah (patung) anak lembu sepeninggalannya, dan kamu (dengan perbuatan itu) adalah orang-orang yang zalim"
"And Moses had certainly brought you clear proofs. Then you took the calf [in worship] after that, while you were wrongdoers."
Kefahaman AZA
"Ada diantara individu yang melakukan sesuatu sebab ikut-ikutan tanpa mempersoalkan adakah apa yang diikuti itu benar atau tidak? Menyembah selain kepada Allah adalah jelas perbuatan zalim kerana Allah telah berikan Al-Quran sebagai keterangan yang nyata yang tidak mungkin individu dapat nafikan kebenaran Al-Quran"
LABEL
Kehidupan + Total
SETERUSNYA
Ketulan atau bengkak di bawah ketiak
SEBELUMNYA
Never ending story
Artikal ini AZA update pada : 29 Aug 2017