Ular

AZRIZAINALABIDIN
Artikal 45 - Panjang 2972
Masa solat jumaat tadi, orang perempuan ramai datang ke masjid tak seperti biasa.

Biasa tak ramai. Rupanya ada kematian. Masa kita tak tahulah bila kan? Isi khutbah hari ni, berdakwah cara lembut, best gak isi khutbah kali ni. Saya bagi 3 bintang dari 5 bintang.

Balik dari jumaat, kat parking terpijak bekas minuman, saya pungut nak buang, on the way nak masuk rumah, punyalah banyak sampah, saya tak pungut, pandang sahaja, tong sampah pun tak nampak, so buang sampah kat rumah sahaja.

Pergi ke section 18, wah parking motor dah siap, cantik dan kemas. Singgah klinik jap, rindu pula lama sungguh tak jumpa doktor. Masa parking, hidung mengesan bau busuk, bila saya jeling ke punca bau, longkang besar depan klinik ni tersumbat dengan plastic sampah, sampah lagi..

Masuk klinik, punyalah ramai umat, 20 orang dalam senarai menunggu, doktor ada seorang sahaja sedang bertugas, so saya amik keputusan, tahan lagi rindu, bagi udara sikit kat mereka yang sedang menunggu + kesian kat doktor + medical kad saya tertinggal hahax ;). Terus buat keputusan balik ke rumah.

Ketika saya sedang berjalan kaki menuju ke rumah, terserempak ngan ular tedung, saya tak perasan pada mulanya, dengan izin Allah, ada family yang datang dari arah bertentangan saya jerit ke arah saya "ular! ular!"..

Besar juga ular tu! Saya cakap ngan mereka, saya call guard. Masa nak call, saya tak call guard pun, sebaliknya saya call bomba, takut pulak guard yang tak terlatih tu kena patuk ular kan?

Masa bomba datang, risau gak kalau ular tu dah tak ada kat tempat kejadian, mungkin pergi ke mana-mana semasa saya masuk rumah buat call. Handphone saya tak bawak. Alhamdulillah ada ular tu kat situ tak lari, baik jer duduk diam berlingkar hahax ;)

Risau jugak bomba yang kena patuk, akhirnya selamat masuk guni. Ular tu kepala kecik, tetiba sahaja jadi besar bila kembang... magic betul! geli ada, risau pun ada masa tengok operasi menangkap tu. Berdebar-debar tak nak berlaku tragedi masa operasi.

Masa operasi menangkap itu juga, ada seorang mamat ni, tegur saya, ringan betul mulut dia berbual, bertanya itu dan ini. Apa yang memeranjat kan saya, dia tahu saya siapa, rumah kat mana, pergi kerja naik apa, kerja kat mana, bla.. bla..

Wah tengok!... jangan sangka orang tak perhatikan kita.. mereka tengok sahaja buruk baik kita tau..

QURAN 2:45

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;"

"And seek help through patience and prayer, and indeed, it is difficult except for the humbly submissive [to Allah ]"

KEFAHAMAN AZA

"Minta tolong dengan Allah dengan turut bersabar dan mengerjakan solat. Jika kita merasakan solat itu berat untuk kita laksanakan ianya isyarat jelas bahawa solat kita tidak khusyuk"

LABEL


SETERUSNYA

Kunci

SEBELUMNYA

Popular posts from this blog

Tawaran upgrade Unifi speed

Bagaimana untuk reset password maybank2u anda?

Cara guna Maybank E-Wallet (MAE)

Bangsa lebih penting - Artikal 1

Penipu!

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza"

TELEGRAM MESSENGER

Kalau korang dapat apa-apa yang menarik di group korang, sila share ke telegram berikut.

Untuk apa-apa info umum di info umum

Untuk berkaitan Islam di share islam

Untuk berkaitan covid-19 di covid-19

Untuk berkaitan Blog AZA di Komuniti Blog AZA

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

COVID-19

Korang boleh baca fakta sebenar mengenai covid-19 di GLOBAL REPORT 2019-nCOV novel coronavirus kerana tak boleh percaya jika sekadar teori / pendapat / asumsi / imaginasi.

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more

Senarai Penuh Artikal di Blog AZA

Show more