Kefaham maksud ayat quran

AZRIZAINALABIDIN
Artikal 19 - Panjang 10968
Hakikat ayat-ayat dalam Quran yang bukan semuanya maksudnya jelas, maka AZA akan menyentuh yang jelas sahaja agar tidak keliru.

Format 5:32:3 bermaksud Juz 5, Ayat 32, Rujukan 3.

Senarai tajuk AZA susun dari Juz bernombor kecil hingga besar setiap kali content baru AZA tambah pada article ini.

Senarai pecahan tajuk

TITLE : 5:32 - Nilai setiap individu, Membunuh, Menjaga keselamatan

TITLE : 51:56 - Tujuan hidup

TITLE : 112:1 - Allah

ISI KANDUNGAN

TITLE : 5:32 - Nilai setiap individu, Membunuh, Menjaga keselamatan

5:32 " Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya  (1) sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, (2) atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia (3) semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi. "

5:32:1 - Jelas boleh membunuh seseorang manusia dengan syarat yang dibolehkan. Apa syaratnya? Siapa yang dibenarkan membunuh?

contoh peperangan. dari dahulu sampai hari ini ada sahaja perang. orang yang tak bersalah pun dibunuh masa peperangan berlaku.

bagaimana dalam perundangan yang diguna pakai. hukum bunuh. gantung sampai mati. ikut ajaran Islam tak? kan tak boleh ambil separuh-separuh. kena 100 %.

Ada ke mana-mana negara kat dunia ni yang 100 % ikut Islam.

5:32:2 - kerosakan di muka bumi yang bagaimana dimaksudkan?

adakah dalam bentuk yang nampak seperti material. habis rosak tanaman AZA dia langgar. kena hukum bunuh ni.

adakah dalam bentuk yang tak nampak seperti agama yang direka menyebabkan individu menganut agama yang salah? habis rosak agama yang benar.

5:32:3 - Sangat jelas iaitu membunuh seorang individu itu seperti membunuh seluruh umat manusia. Menjaga keselamatan seorang individu itu seperti menjaga keselamatan seluruh umat manusia.

Iaitu bukan terhad mereka yang beragama Islam sahaja tetapi seluruh umat manusia tanpa mengira kanak-kanak, kaya miskin, bangsa apa, negara apa, dan sebagainya.

Semua individu nilainya sama sahaja di sisi Islam. Indah sungguh agama ini.

TITLE : 51:56 - Tujuan hidup

51:56 "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."

Jelas ayat pendek di atas tanpa perlu AZA tambah angka rujukan. Ia menerangkan hanya 2 tujuan hidup setiap individu iaitu

1. Menyembah Allah
2. Beribadat

Selain dari 2 tujuan tersebut adalah pilihan bukan kemestian.

Apa jua yang anda katakan dan lakukan, samada secara luaran atau dalaman jika ianya dengan tujuan untuk mencari redha Allah ia dinamakan sebagai ibadat.

Takwa pula bermaksud buat apa yang Allah suruh dan tak buat apa yang Allah larang samada yang nampak atau tak nampak seperti kebaikkan atau keburukkan melalui perkataan atau perbuatan.

Siapa pun anda atau apa jua pencapaian anda, hakikatnya anda adalah hamba Allah. Setiap insan pasti akan mati dan akhirat adalah kekal dan abadi. Sebesar zarah beza amalan akan menentukan samada ke syurga atau neraka. Maka memandang kecil sesuatu perkara adalah salah kerana impak beza amalan kecil yang menentukan syurga neraka adalah impak yang sangat-sangat besar.

Anda telah tahu betapa mudah untuk meninggalkan perbuatan buruk hanya dengan menggantikannya dengan melakukan perkara kebaikkan. Ibadat dapat membentuk manusia yang berterusan mencari dan melakukan untuk mendapat redha Allah.

Solat dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Benar-benar merasai kehadiran Allah yang disembah adalah kunci keberkesanan solat. Puasa pula adalah perisai bagi menyiapkan diri dari segala keburukkan. Doa pula dipohon untuk meminta bantuan dan panduan. Doa juga sebagai hadiah yang dikirim  kepada ibubapa yang telah tiada atau kepada insan yang anda kasihi. Ajaibnya hanya dengan membaca Al-Quran dapat menghilangkan rasa ketakutan, was-was dan tekanan. Marah sering berpunca dari rasa takut. Antara rasa takut adalah takut kepada akan kemiskinan, akan berlakunya kesilapan, kerugian dan sebagainya. Memahami maksud ayat Al-Quran akan memberi kesan yang lebih kepada anda berbanding membaca tanpa fahami maksud.

Mengingati Allah dan bermuhasabah mestilah secara berterusan. Carilah masa dalam kesibukkan harian untuk pergi menghadirkan diri ke alam semulajadi. Tanyakan kepada diri mengenai Allah. Lihatlah kebesarannya. Kaitkan apa sahaja mengenai alam semulajadi itu dengan memikirkan mengenai Allah. Betapa bijak pencipta langit dan bumi. Tiada yang sia-sia setiap apa yang diciptakan Allah.

Segala perkongsian di atas perlu diusahakan untuk dicapai dengan mengurangkan apa yang anda mahukan dan lebihkan untuk memenuhi apa yang Allah inginkan.

Terdapat 2 jenis kebaikkan iaitu

kebaikkan jenis yang pertama adalah dilakukan oleh individu Islam sahaja. Solat bukan berbuat baik dengan individu lain tetapi kerana anda Islam.

kebaikkan jenis yang ke-2 adalah apa jua kebaikkan yang individu bukan islam pun lakukan seperti jujur, menghormati ibubapa dan sebagainya.

Soalan berikut untuk dijawab oleh anda yang beragama Islam dan bukan beragama Islam. Adakah anda akan terus membenarkan diri anda untuk tidak melakukan kebaikkan jenis yang pertama? Mengapa tidak cukup sekadar melakukan kebaikkan jenis yang ke-2?

Anda punyai ibubapa, tak perlu buat baik dengan ibubapa? Anda punyai Tuhan, tak perlu buat baik dengan Tuhan?

Hakikatnya anda tidak boleh memilih antara yang disuruh atau dilarang sahaja. Anda percaya Islam anda mesti percaya semuanya. 100 % tak lebih tak kurang.

Mahu pasangan anda tidak mempercayai anda sepenuhnya? Apa anda rasa bila individu lain tak percaya pada anda?

Ini bukan manusia. Ini soal tuhan. Yang mencipta langit dan bumi. Yang mencipta anda. Yang tahu apa yang anda tak tahu.

Bila anda berada dalam situasi kritikal seperti hampir kemalangan siapa yang anda akan ingat secara automatik? Tuhan bukan. Siapa Tuhan ? Adakah ia Tuhan yang benar ? Macam mana nak tahu benar ke tidak ? Kenalah cari sendiri. Bukan ikut-ikutan sahaja.

Sebagai contoh anda ikut pergi kesuatu tempat. Anda sebenarnya tak suka. Tapi ikut-ikut punya pasal, jadi ikut lah. Sampai bila nak menipu diri sendiri? Sampai mati?

Suka tak kalau anda mati anda dikenang sebagai jahat? Bagaimana anda mati dalam keadaan anda salah pilih agama? Anda pilih agama yang tak benar? Pernah tanya soalan tu pada diri anda? Pernah cari sendiri kebenaran ? Duit kalau tak cari boleh datang sendiri?

Ada kemungkinan tak agama itu dicipta oleh manusia bukan dari Tuhan? Mengapa ada banyak agama? Mana satu agama yang betul?

Ada berapa banyak sistem yang manusia cipta? Mana satu sistem yang terbaik? Mesti ada kelemahan bukan? Agama mana boleh ada kelemahan. Ia dari Tuhan. Terbaik. Sempurna. Tak perlu nak rombak walau sebaris ayat. Jadi mana satu agama yang terbaik dan sempurna ? Yang benar.

Salah ke pilih yang benar?

TITLE : 112:1 - Allah

112:1 "(1)Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah (2)Yang Maha Esa;"

112:1:1 - Ayat pendek di atas jelas meminta individu untuk mengakui Allah adalah Tuhan. Ada banyak agama tentulah ada banyak Tuhan. Boleh ke ada banyak-banyak Tuhan?

Juga meminta individu untuk lafaskan pengakuan tersebut. Lafas tersebut dengan mengucap 2 kalimah syahadah. Allah letakkan syarat paling mudah untuk anda mengakui Allah adalah tuhan yang esa. Tak perlu nak isi dokumen. Dengan melafaskan sahaja sudah cukup. Jadilah anda seorang Islam hanya dengan lafas tersebut. Anda tak perlu kelulusan dari sesiapa pun untuk diterima masuk menjadi seorang Islam.

Juga bermaksud jika anda dilahirkan dalam keluarga Islam, tapi anda tak mengakui Allah adalah tuhan yang esa, tak lafaskan, maka anda bukan Islam. Anda hanya dilahirkan dalam keluarga yang beragama Islam.

Juga bermaksud jika anda dilahirkan dalam keluarga bukan Islam, tapi anda mengakui Allah adalah tuhan yang esa, anda lafaskan, maka anda adalah Islam. Anda adalah orang Islam yang mempunyai keluarga yang bukan beragama Islam.

Mereka tetap ibubapa anda walaupun agama anda dan mereka berbeza. Islam tak letak syarat nak jadi Islam ibubapa mesti Islam. Agama adalah pilihan individu yang mengakui siapa Tuhan mereka.

Agama bukan menyebabkan anda jadi anak yang jahat jika anda tak mengikut agama keluarga anda. Agama menjadikan individu manusia yang baik-baik.

Pernah anda tanya diri anda, adakah ibubapa anda sekadar mengikuti agama dari ibubapa mereka atau mereka sememangnya mengakui dan lafas kebenaran Tuhan agama yang mereka anuti?

Ada orang Islam yang keluar dari Islam. Ada orang bukan Islam yang masuk Islam. Ia soal kepercayaan individu yang bertemu dengan tuhan yang mereka percayai, akui, lantas mereka bertukar agama.

Macam mana nak bertemu Tuhan lain jika anda mengikut sahaja agama dari keluarga anda dilahirkan, tak pernah bertanya mengapa ada lebih dari satu Tuhan, mana satu Tuhan yang betul, boleh ke ada lebih dari satu Tuhan, sedangkan tiada siapa yang punyai pilihan untuk lahir pada keluarga mana, apa agama keluarga tersebut.

Anda bukan mewariskan wang yang tak perlu anda percayai. Hanya gunakan sahaja wang tersebut. Agama bukan diwarisi. Ia melibatkan pengakuan dan lafas.

Mengakui tanpa lafas, anda belum Islam. Lafas tanpa mengakui anda belum Islam. Hanya mengakui dan lafas akan menjadikan anda Islam.

112:2:2 - Iaitu Tuhan yang Esa. Esa bermaksud satu. Kenapa ditegaskan hanya ada satu Tuhan? Kenapa tak boleh ada lebih dari satu tuhan?

Kalau pemimpin ada 2 orang, mesti ada percanggahan pendapat, cara berfikir yang berbeza, kuasa yang berbeza.

Jelas mana-mana agama kalau Tuhan ada lebih dari satu agama itu adalah direka oleh manusia yang gagal mencipta agama yang sempurna dengan kelemahan mempunyai lebih dari satu Tuhan.

QURAN 2:19

"Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita, dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu"

"Or [it is] like a rainstorm from the sky within which is darkness, thunder and lightning. They put their fingers in their ears against the thunderclaps in dread of death. But Allah is encompassing of the disbelievers"

KEFAHAMAN AZA

"Tiada apa yang dapat menghalang kekuasaan Allah atau terlepas dari pengetahuan Allah"

LABEL


SETERUSNYA

Rezeki

SEBELUMNYA

Popular posts from this blog

Tawaran upgrade Unifi speed

Bagaimana untuk reset password maybank2u anda?

Cara guna Maybank E-Wallet (MAE)

Bangsa lebih penting - Artikal 1

Penipu!

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza"

TELEGRAM MESSENGER

Kalau korang dapat apa-apa yang menarik di group korang, sila share ke telegram berikut.

Untuk apa-apa info umum di info umum

Untuk berkaitan Islam di share islam

Untuk berkaitan covid-19 di covid-19

Untuk berkaitan Blog AZA di Komuniti Blog AZA

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

COVID-19

Korang boleh baca fakta sebenar mengenai covid-19 di GLOBAL REPORT 2019-nCOV novel coronavirus kerana tak boleh percaya jika sekadar teori / pendapat / asumsi / imaginasi.

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more

Senarai Penuh Artikal di Blog AZA

Show more