Maju
AZRIZAINALABIDIN
Artikal 38 - Panjang 4055
Entah kenapa, tak sabar-sabar hati ini menunggu azan subuh berkumandang.
Sambil diri masih bermalas-malas di atas katil, tiba-tiba azan yang ditunggu dari masjid berdekatan berkumandang. Bingkas aku bangun mengambil wuduk dan menunaikan solat subuh.
Terasa cepat sangat waktu yang di penuhi dalam solat subuh tadi. 7 jam lagi nak menunggu solat zohor pula. Apalah nak di buat saat ini sebelum keluar untuk bekerja jam 7:00 pagi nanti ? Dalam doa selepas solat subuh tadi, entah mengapa aku menambahkan beberapa nama khusus dalam doa ku, semoga Allah berikan segala kebaikkan buat mereka.
Terlintas hati ini untuk membaca Quran, namun hati membantah meminta lepas berbuka baru baca Quran. Ku turutkan kata hati. Otak pula pantas mencetus idea, dari dibiarkan page di internet tak berisi, baik diisikan dengan misi yang baru terlintas difikiran. Rasa diri yang bertenaga entah mengapa.
Sekali lagi aku bingkas bangun mengemaskan bilik tidur. Tingkap berdaun dua ku singkap satu bagi membiarkan udara segar dari luar masuk ke dalam bilik tidur ku. Pintu bilik ku biarkan terbuka luas, biar angin dari tingkap lalu membawa terus angin dari luar ke dalam bilik, seterusnya ke dalam rumah.
Jari pantas menghidupkan komputer meja untuk membuka website ku. Ku cari ikon browser dan ku taip URL untuk log masuk. Segalanya begitu pantas. Jam di komputer menunjukkan 6:00 pagi. Andai hari-hari ku isi waktu 1 jam yang ada sebelum pergi bekerja di dalam bulan puasa ni, banyak juga terisi page di internet. Namun pada baris ini, akal ku tercari-cari apa yang nak ku isi di dada article ini? jam menunjukkan 6:22 am.
Ahhh.. pantas betul waktu berlalu.
Oh ya..sekarang ni isu minyak naik harga. Mari aku kongsikan rasa ku mengenai perkara itu. Apa yang pasti, harga apa pun akan naik dari masa ke semasa. Yang menjadi isu adalah kekerapan kenaikkan harga itu.
Tak la pula saya mencatit terperinci bila kali terakhir harga naik, namun rasa yang menerjah diri tika mengetahui harga naik itu memberi rasa sebenar. Bukan logik akal tetapi rasa yang lahir secara semulajadi yang hadir tanpa diundang. Rasa beban.
Diri yang makan gaji, tanpa ada sumber pendapatan yang lain membuatkan pendapat bulanan terhad pada satu angka yang diterima bulanan. Minyak kenderaan digunakan harian paling tidak untuk pergi balik kerja.
Jika dahulunya peruntukan bulanan untuk mengisi minyak kenderaan RM20 (contoh), maka apabila harga minyak naik, harga barang yang lain naik, sedangkan pendapatan sama setiap bulan, itulah yang memberikan tekanan. Itu belum lagi kos sara hidup yang lain.
Di sini tak nampak bagaimana diri ini boleh menghalang kenaikkan harga. Apa yang nampak, eh salah.. apa yang ada adalah harapan. Harapan supaya pemimpin sedia ada mengawal dan menjauhkan jarak kenaikkan harga.
Di samping harapan yang ada, diri pula terpaksa korbankan keinginan yang ada dengan mengutamakan keperluan. Rupa-rupanya
"Kemajuan itu dikecap apabila kita dapat penuhi keinginan kita".
Tak begitu? Ishk...dah 6:43 am. Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian. Bersambung pada artikal akan datang dengan izin Allah.
"Kami berfirman lagi: "Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita"
"We said, "Go down from it, all of you. And when guidance comes to you from Me, whoever follows My guidance - there will be no fear concerning them, nor will they grieve"
"Nabi Adam disingkirkan dari Syurga. Allah tetap melimpahkan rahmatnya dengan memberi petunjuk melalui Rasul-rasul dan kitab-kitab yang diturunkan kepada Rasul-rasulNya dan Allah berjanji tiada kebimbangan mahupun dukacita kepada siapa jua yang mengikutinya"
SETERUSNYA
Terjaga
Artikal 38 - Panjang 4055
Entah kenapa, tak sabar-sabar hati ini menunggu azan subuh berkumandang.
Sambil diri masih bermalas-malas di atas katil, tiba-tiba azan yang ditunggu dari masjid berdekatan berkumandang. Bingkas aku bangun mengambil wuduk dan menunaikan solat subuh.
Terasa cepat sangat waktu yang di penuhi dalam solat subuh tadi. 7 jam lagi nak menunggu solat zohor pula. Apalah nak di buat saat ini sebelum keluar untuk bekerja jam 7:00 pagi nanti ? Dalam doa selepas solat subuh tadi, entah mengapa aku menambahkan beberapa nama khusus dalam doa ku, semoga Allah berikan segala kebaikkan buat mereka.
Terlintas hati ini untuk membaca Quran, namun hati membantah meminta lepas berbuka baru baca Quran. Ku turutkan kata hati. Otak pula pantas mencetus idea, dari dibiarkan page di internet tak berisi, baik diisikan dengan misi yang baru terlintas difikiran. Rasa diri yang bertenaga entah mengapa.
Sekali lagi aku bingkas bangun mengemaskan bilik tidur. Tingkap berdaun dua ku singkap satu bagi membiarkan udara segar dari luar masuk ke dalam bilik tidur ku. Pintu bilik ku biarkan terbuka luas, biar angin dari tingkap lalu membawa terus angin dari luar ke dalam bilik, seterusnya ke dalam rumah.
Jari pantas menghidupkan komputer meja untuk membuka website ku. Ku cari ikon browser dan ku taip URL untuk log masuk. Segalanya begitu pantas. Jam di komputer menunjukkan 6:00 pagi. Andai hari-hari ku isi waktu 1 jam yang ada sebelum pergi bekerja di dalam bulan puasa ni, banyak juga terisi page di internet. Namun pada baris ini, akal ku tercari-cari apa yang nak ku isi di dada article ini? jam menunjukkan 6:22 am.
Ahhh.. pantas betul waktu berlalu.
Oh ya..sekarang ni isu minyak naik harga. Mari aku kongsikan rasa ku mengenai perkara itu. Apa yang pasti, harga apa pun akan naik dari masa ke semasa. Yang menjadi isu adalah kekerapan kenaikkan harga itu.
Tak la pula saya mencatit terperinci bila kali terakhir harga naik, namun rasa yang menerjah diri tika mengetahui harga naik itu memberi rasa sebenar. Bukan logik akal tetapi rasa yang lahir secara semulajadi yang hadir tanpa diundang. Rasa beban.
Diri yang makan gaji, tanpa ada sumber pendapatan yang lain membuatkan pendapat bulanan terhad pada satu angka yang diterima bulanan. Minyak kenderaan digunakan harian paling tidak untuk pergi balik kerja.
Jika dahulunya peruntukan bulanan untuk mengisi minyak kenderaan RM20 (contoh), maka apabila harga minyak naik, harga barang yang lain naik, sedangkan pendapatan sama setiap bulan, itulah yang memberikan tekanan. Itu belum lagi kos sara hidup yang lain.
Di sini tak nampak bagaimana diri ini boleh menghalang kenaikkan harga. Apa yang nampak, eh salah.. apa yang ada adalah harapan. Harapan supaya pemimpin sedia ada mengawal dan menjauhkan jarak kenaikkan harga.
Di samping harapan yang ada, diri pula terpaksa korbankan keinginan yang ada dengan mengutamakan keperluan. Rupa-rupanya
"Kemajuan itu dikecap apabila kita dapat penuhi keinginan kita".
Tak begitu? Ishk...dah 6:43 am. Demi masa, sesungguhnya manusia kerugian. Bersambung pada artikal akan datang dengan izin Allah.
QURAN 2:38
"We said, "Go down from it, all of you. And when guidance comes to you from Me, whoever follows My guidance - there will be no fear concerning them, nor will they grieve"
KEFAHAMAN AZA
LABEL
Terjaga
SEBELUMNYA