Nakal
AZRIZAINALABIDIN
Artikal 42 - Panjang 2728
Rakan sekerja saya ada berkongsi cerita.
Seorang budak lelaki yang nakal tak mahu pergi sekolah. Dia hanya bermula bersekolah pada darjah 6. Sedangkan rakan-rakannya yang lain sudah belajar membaca dan menulis sejak pra-sekolah sehingga ke darjah 5. Ibunya terpaksa mendukung dia pergi ke sekolah setiap hari. Ibunya juga terpaksa menunggu di luar bilik darjah dari mula hingga habis waktu belajar. Ibunya tetap meneruskan rutin harian tersebut walaupun kedengarkan kata-kata "tak payahlah hantar, nanti kerja nelayan juga macam majoriti penduduk di kawasan tempat tinggal mereka".
Suatu hari, ayah kepada budak nakal ni, mengajak mereka tinggal bersama beliau, buat seminggu dua, di johor. Ibu dan anak ini pun pergi berangkat dari terengganu ke johor. Terpaksalah ponteng sekolah buat seminggu dua kerana perkara tersebut. Balik dari johor terus budak nakal ni tak pergi sekolah dah. Takut kena marah dengan cikgulah, malu dengan kawan-kawanlah, dan sebagainya. Sejak itu budak nakal tersebut tidak pergi ke sekolah.
Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang punyai perancangannya yang tersendiri. Suatu hari, rakan budak nakal ni, mengajak dia berjalan-jalan di kawasan sekitar. "cer tengok budak tu, dia pandai membaca, kalau awak tak pandai membaca, nanti awak naik bas, salah naik bas pergi ke thailand kena potong kepala". Siapa sangka, kata-kata sebegitu dapat membuka pintu hati budak nakal ni untuk pergi ke sekolah semula.
Balik ke rumah, budak nakal ni, bertanyakan baju sekolah dengan ibunya. "mana ada, semua dah habis aku bakar dah". Namun kesungguhan budak ni nak belajar semula, dia cari pakaian sekolah abangnya lama-lama. "mak dah tak yah hantar saya pergi sekolah, tak payah tunggu lagi dah, saya boleh pergi sendiri". Kuasa Allah, dapat sahaja tahu membaca, bagaikan mesin photostat, semuanya diresap masuk kat otak budak nakal ni.
Budak ni sekarang penerima anugerah guru cemerlang dalam subjek matetamik tambahan. Budak ni, telah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak.
"Saya harap, anak saya tak macam saya, saya tak mampu untuk lakukan seperti apa yang arwah ibu saya lakukan" laju saja airmata beliau mengalir, bila sahaja beliau teringat akan arwah ibunya. Rakan sebaya beliau, ramai yang dah meninggal dunia kerana mengisap dadah.
"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah, dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya."
"And do not mix the truth with falsehood or conceal the truth while you know [it]."
"Bila kita tahu sesuatu yang bertentangan Al-Quran kita kena tegur"
SETERUSNYA
Seminar

QURAN 2:42
"And do not mix the truth with falsehood or conceal the truth while you know [it]."
KEFAHAMAN AZA
LABEL
Seminar
SEBELUMNYA