Rangkaian kerja

AZRIZAINALABIDIN
Artikal 54 - Panjang 3742
Bagaimana untuk meningkatkan tahap mutu kerja disamping dapat balik awal setiap hari seperti biasa tanpa perlu melakukan kerja lebih masa.

Kerja harian mestilah dapat diselesaikan setiap hari setengah jam sebelum waktu balik tanpa melakukan kerja lebih masa. Jika tiada masa terluang sebelum habis waktu bekerja, ini memberi isyarat jelas ada yang tak kena dengan volume kerja individu. Juga pada setengah jam sebelum balik, jika ada kerja yang hadir disaat akhir, ia adalah untuk dilakukan pada esok hari.

Namun jika apa yang hadir pada setengah jam sebelum balik adalah urgent, maka inilah masanya masa terluang tersebut dapat menampung keperluan tersebut. Harus di ingat, urgent bukan berlaku setiap hari. Jelas pihak yang tidak professional mengurus kerja akan sering muncul pada saat akhir setengah jam sebelum habis waktu kerja. Mengapa setengah jam?

Ia bukanlah jangka masa terluang tetap harian namun ia adalah kadar yang bersesuaian bagi menampung volume pertambahan kerja yang datang pada hari tersebut atau berlaku masalah yang pastinya memerlukan wujudnya masa terluang yang dapat menampung. Mana mungkin anda dapat meningkatkan mutu kerja jika pada peringkat asas lagi telah berlaku kesilapan iaitu tiada masa terluang diperuntukkan.

Tiada istilah rugi dari sudut perniagaan dengan memperuntukkan ruang sebagai persediaan. Tetapi jelas strategi perniagaan yang salah apabila sedari awal perancangan dibuat dengan memaksima segala ruang yang ada sehingga menyebabkan apabila hasil yang diharapkan tidak dicapai, langkah memaksimakan segala ruang yang ada telah menyebabkan masalah diheret lebih panjang kerana ruang semua telah dipenuhi. Tiada masa yang berbaki untuk menampung waktu yang diperlukan.

Impak dari perancangan awal yang menggunakan segala ruang tanpa memperuntukkan masa berbaki jelas memberi kesan keseluruhan terhadap rangkaian yang berkaitan. Kini semua yang terlibat turut diheret sama dari hasil kerja anda yang jelas tidak professional. Setiap rangkaian adalah sama penting. Mana-mana antara rangkaian yang tidak professional dalam melakukan tugas pasti akan memberi impak terhadap rangkaian lain yang berkaitan walaupun anda dibayar tahap gaji yang berbeza namun realitinya anda perlu memperuntukkan masa yang secukupnya apabila berurusan dengan pihak lain.

Tidak melanggar tarikh, polisi dan prosedur yang telah ditetapkan. Tarikh, polisi dan prosedur adalah keperluan setiap bahagian bagi melaksanakan kerja dengan sempurna tanpa menyebabkan pihak lain terkesan dengan masa yang tidak mencukupi sehingga menyebabkan kelewatan dan akhirnya menjejaskan setiap rangkaian yang berkaitan.

QURAN 2:54

"Dan (kenangkanlah) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menganiaya diri kamu sendiri dengan sebab kamu menyembah patung anak lembu itu, maka bertaubatlah kamu kepada Allah yang menjadikan kamu; iaitu bunuhlah diri kamu. Yang demikian itu lebih baik bagi kamu di sisi Allah yang menjadikan kamu, supaya Allah menerima taubat kamu itu. Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani"."

"And [recall] when Moses said to his people, "O my people, indeed you have wronged yourselves by your taking of the calf [for worship]. So repent to your Creator and kill yourselves. That is best for [all of] you in the sight of your Creator." Then He accepted your repentance; indeed, He is the Accepting of repentance, the Merciful."

Kefahaman AZA

"Jelas betapa kehidupan ini tidak bermakna jika menyembah selain dari Allah yang telah memberikan petunjuk kebenaran iaitu Al-Quran."

LABEL


SETERUSNYA

Majlis perpisahan

SEBELUMNYA

Popular posts from this blog

Tawaran upgrade Unifi speed

Bagaimana untuk reset password maybank2u anda?

Cara guna Maybank E-Wallet (MAE)

Bangsa lebih penting - Artikal 1

Penipu!

SELAMAT DATANG KE BLOG AZA

Google Blog AZA dengan taip "blog aza"

TELEGRAM MESSENGER

Kalau korang dapat apa-apa yang menarik di group korang, sila share ke telegram berikut.

Untuk apa-apa info umum di info umum

Untuk berkaitan Islam di share islam

Untuk berkaitan covid-19 di covid-19

Untuk berkaitan Blog AZA di Komuniti Blog AZA

CONTACT

Yang nak contact saya kat sini. Yang nak isi borang kat sini.


CARI ARTIKAL DI BLOG AZA

Taipkan apa-apa carian artikal berkaitan yang anda mahukan di Blog AZA yang terletak di penjuru atas sebelah kanan skrin yang berbentuk simbol kanta pembesar

SHARE

Cara untuk share mana-mana artikal dari Blog AZA, tap pada ikon share yang terletak pada sebelah kanan tajuk artikal ATAU pada sebelah kiri label di akhir setiap artikal

COVID-19

Korang boleh baca fakta sebenar mengenai covid-19 di GLOBAL REPORT 2019-nCOV novel coronavirus kerana tak boleh percaya jika sekadar teori / pendapat / asumsi / imaginasi.

APA MAKSUD FAKTA?

Fakta adalah korang tahu sesuatu terbukti benar makanya itu fakta korang. Korang ada fakta seperti gambar/video dan sebagainya. Jika fakta itu bukan milik korang ianya masih belum fakta, belum tentu kebenarannya kerana mungkin sahaja ianya tidak benar kerana pelbagai sebab seperti gambar/video di edit, data yang dimanipulasi seperti data di edit, data tidak real time makanya real time saat itu sebenarnya beda kerana data yang diberikan tidak tepat seperti jauh lebih lambat/cepat dan sebagainya. Ada fakta yang mempunyai expired date seperti hanya betul ketika tarikh itu sahaja. Contoh ada kajian selepas itu membuktikan ianya salah. Ada fakta yang sampai bila-bila betul. Contoh anda dilahirkan pada tarikh bla bla. Sampai bila-bila pun betul. Gitu.

Subscribe Blog AZA by enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Senarai Penuh Label di Blog AZA

Show more

Senarai Penuh Artikal di Blog AZA

Show more